"Macam ni aku nak mintak tolong kau ngorat Mya. Bole kan?" soal Haykal manja. Qairina terkebil sebentar. Mata dikelip dua kali.
"Buat apa aku nak ngorat Mya pulak? Kau bodoh ke aku ngan dia kan sama-sama perempuan" bentak Qairina kuat.
"Ish kau ni membazir duit je pergi sekolah tapi bodo. Maksud aku,aku nak mintak tolong kau ngoratkan Mya untuk aku. UNTUK AKU BUKAN KAU!" Katanya lebih kepada memerli. Qairina hanya menjeling.
"Eleh kacang jela. Kalau Zarif pon aku boleh tolong ni kan kau heh hujung jari je" kata Qairina bangga.
"Zarif?" soalnya pelik.
"Takde papela." Kata Qairina tersenyum manis.
"So start from bila kau nak aku tolong?" soal Qairina kepadanya.
"Erm tak kesah kalau kau rasa ada masa nanti buatla plan. Lepastu message aku tau" kata Haykal mengingatkannya. Qairina tersenyum sambil berlaga penumbuk dengan Haykal.
Rayyan
"Haih apela nasib. Girlfriend curang crush pulak mesra ngan bestfriend sendiri. Hm memang hidup aku ni alone je kot" kataku sendiri sambil berjalan kearah kereta.
"Jom Rin" ajakku.
Haykal? Dah berambus eh silap dah cau dulu.
"Kau asal bengang semacam je" tanyanya setelah masuk kedalam kereta. Aku hanya menggeleng tanda tiada apa. Dia mengangguk dan kembali fokus dengan gajet nipis itu.
"Weh apa perasaan kau kalau orang yang kau sayang tikam belakang?" Tanyaku ragu-ragu.
"Ha? Maksud kau orang yang sayang means kawan?" Tanyanya blur. Aku teragak agak mengangguk.
"Oh kalau aku betul-betul sayang dia tapi dia buat macam tu aku akan jumpa dia and suruh dia explain dulu sebab kalau kita dengar dari mulut orang je,takut perkara tu tak betul so untuk keselamatan kita kena siasat dulu. Kalau betul dia buat benda tu,aku sendiri akan cakap ngan dia yang aku nak putus kawan ngan dia. Biarla dia cari kawan yang sama perangai dengan dia. Aku tak suka toxic people and attention seeker sebab takut nanti dengan kita-kita sekali terkena tempiasnya." Katanya panjang lebar.
"Oh tapi kalau kawan-kawan kau yang lain dah bagi nasihat tapi kau tak nak dengar? Means in love relay" Tanyaku lagi.
"Itu salah aku la sebab tak nak dengar nasihat kawan. Sebenarnya hubungan kawan ni sama je dengan hubungan bercinta. Kalau kita percaya dengan kawan kita tu,kita kena dengar cakap dia jangan bantah. Kadang-kadang apa yang diorang cakap tu betul juga. Tapi ada sesetengah orang dia akan lebihkan girlfriend atau boyfriend dia daripada kawan. Bagi aku orang macam tu dah patut pupus. Menyusahkan je." Katanya menyampah.
Aku terdiam sejenak.
"So... Better cari girlfriend or boyfriend yang kita kenal. Bukan setakat kenal je tapi rapat. Sebab tula kadang-kadang orang yang ada bff lelaki or perempuan ni akan kahwin. Sebab dia dah percaya dan yakin dengan satu sama lain. Tapi depends la kalau nak cari yang baru boleh tapi kena pandai pilihla." Sambungnya lagi.
Bila difikirkan balik,apa yang dikatakan Rin tadi benar. Semua perangai yang dia nyatakan tadi semua perkara yang aku pernah buat.
Aku teringat kembali pesanan dan kata-kata Mya and Haykal.
Aku mengeluh perlahan.
Aku segera memasuki parking lot rumah apartmentnya.
"Kenapa tak balik rumah kau?" Tanyaku pelik.
"Ni lah rumah aku" balasnya pelik.
'haih sayang cantik tapi bodoh' kataku dalam hati.
"Aku kata pasal rumah parents kau" balasku membuat muka menyampah.
"Oh aku nak ambil something kejap kat atas. Lagipun ada baju-baju yang aku bawak dari Italy so dah alang-alamg lalu sini singgahla terus." Balasnya. Aku hanya mengangguk malas.
"Dah la balikla" katanya marah. Aku hanya membiarkan arahanya berlalu seperti angin sepoi sepoi- ok dah.
"Weh aku serious la!!" Katanya bertambah marah.
"Aku nak tunggu sini!" Balasku kembali.
"Buat apa?" Balasnya geram.
"Jaga kaula" dia memandangku tajam.
"Eee pegi balik!" Katanya kuat lagi.
"Ok kalau kau tak nak aku tunggu kat sini jom naik" katanya dan mematikan enjen kereta. Qairina memandangnya besar kecil.
"Sukahati kaula. Dah jom cepat aku rindu kat nenda ni" kata Qairina dan berjalan menuju kelif. Dia hanya mengikut dari belakang.
No one
Belum sempat mereka ingin memasuki dalam lif ada seseorang lelaki menahan.
"Eh tengku tengku" panggilnya. Langkah mereka terhenti dan mereka berpaling serentak.
Qairina hanya mengangkat sebelah keningnya tanda apa?
"Ni semalam ada seorang lelaki tinggalkan ni dekat main counter."
Dahi mereka berdua berkerut.
"Sape?" soal Qairina pelik. Belum sempat dia ingin mengambil kotak itu,Rayyan terlebih dahulu merampasnya.
"Erm saya tak tau tapi dia kata "tolong bagikan dekat Alisya aku" macam tu je lepastu dia pergi" katanya. Qairina semakin pelik. Setahunya orang yang menggelar dirinya Alisya adalah murid disekolah sahaja.
"Ok thanks Rin jom naik dulu. Kita bukak dekat atas" Rayyan yang melihat situasi itu terus mencelah.
Mereka berjalan memasuki lift. Didalam lift Rayyan segera bertanya.
"Kau rasa sape?" Tanya Rayyan curiga.
"A-aku pon t-tak tahu" balas Rin gagap. Sejujurnya dia benar-benar takut sekarang. Nasib baik sahaja dia sudah berpindah kerumah parentsnya yang terletak diDamansara kalau tidak mungkin dia akan diganggu oleh manusia misteri itu.
Rayyan menghela nafas berat.
"Aku harap dia tak jejak kau lepas dapat tau kau pindah nanti" kata Rayyan menyedapkan hati Qairina. Qairina hanya mengangguk lemah.
"Btw apa yang Haykal cakap dengan kau tadi?" Tanya Rayyan curious.
"Takde pape hal personal je" balas Rin acuh tak acuh.
Ting!
Qairina berjalan keluar lift. Rayyan sempat memberikan pandangan maut kepadanya sebelum membontotinya dari belakang.
Semasa berlalu dikoridor rumahnya,dia ternampak dua orang lelaki bertuxedo menjaga didepan pintu.
Dahi mereka berkerut lalu memandang sesama sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
QAIRINA ALISYA
Novela Juvenil[ C O M P L E T E D ] 🏅#1 in school category - 2020 🏅#1 in nerd category - 2020 🥉#10 in bullying category - 2020 🥉#18 in spm category - 2020 Mengisahkan tentang seorang gadis Italy yang perlu berpindah ke Malaysia untuk menguruskan sekolahnya y...