Danial terus memandang kearah lain apabila melihat pemilik wajah yang datang menjenguknya. Aira terus meletakkan buah tangan yang dibawa olehnya keatas meja.
"So how your feeling ? Getting better ?" soalnya pendek.
"Getting better ? Are u crazy girl ? Manusia manalah yang akan okay bila heartbroken ? Ada ke manusia macam tu ?" jawab lelaki itu kasar tanpa memandang wajah gadis itu.
"Hmm I mean, deman kau. Dah kebas kan ?" soal gadis itu lagi.
"Deman ? Setakat sakit and deman macam ni I can handle. Ala kacang je . Tapi u tau tak sakit apa yang tak boleh diubat ? Sakit hati sebab patah hati."
"Patah hati sebab tetiba girlfriend mintak break tanpa tahu sebab dan punca. Secara tetiba je .Yang tu memang sakit. U tau tak kat mana kedai or whatever je lah yang jual ubat penyakit tu ? Kalau ada tolong belikan untuk i. Manalah tau tak sampai satu hari penyakit I boleh sembuh ke !" sindir lelaki itu pedas.
"Nampak macam kau tak sihat lagi. Kau lapar tak ? Nak aku kupaskan buah epal ni ?" tanya gadis itu tidak ingin mengalah.
"Tak payahlah Aira. Aku tak lapar. Tak payah nak act like kau care sangat kat aku. I don't need ur symphaty. Not at all. Stop laa act like kau ambik berat pasal aku. Kau bawak balik jela buah yang kau bawak !"
"Kalau aku rasa lapar aku boleh beli sendiri takpun Laila kan ada. Tak perlu suruh pun dia dah beli. Btw kau tahu kan Laila ? Girlfriend baru aku !" perli Danial bengang.
Mereka berdua terus saling berpandangan. Aira hanya merenung Danial lama. Sebaliknya Danial hanya merenung Aira dengan pandangan penuh tajam.
"Oh baguslah kalau macam tu. At least kau dah jumpa someone better kan ? Aku doakan kau dan Laila kekal ke jinjang pelamin." ucap gadis itu pula.
"Ke jinjang pelamin ?"
Danial terus gelak.
"Thanks Aira thanks, tak pernah lagi aku jumpa a supportive friend oh not friend but a supportive bestfriend macam kau. Kalaulah dalam dunia ni ada 10 orang macam kau, entah apa yang jadi agaknya, tapi guess what ? Hm ,akan ramailah hati yang terluka. Terluka macam aku !" maki Danial lantang.
Aira hanya diam seketika.
"Hmmm kau patut rest. Kau belum sihat lagi. Aku balik dululah." ujar gadis itu ingin berlalu.
"Yes people came and go, is it ? Mula - mula datang pastu bagi harapan and then buang macam sampah. Senang je kan permainan kau. Kau dapat apa eh dengan buat macam ni ? Happy ?" tanya Danial tiba-tiba.
"Yes i am happy. I am really happy. Puas ?" jerit Aira lantang.
"Aku happy je bila dapat hancurkan hati kau. Tu kan jawapan yg kau nak dengar ? So aku dah explain." luah Aira lagi.
"Okay. Aku dah puas. Kau boleh pergi sekarang." ucap Danial lemah.
"Tak perlu suruh, aku memang nak pergi pun. Takecare." ucap Aira pendek.
"Wait, aku perlu tau satu hal. Kau tak pernah sayang aku ke ? I mean...ye lah sepanjang 3 tahun kita kenal kau tak pernah....
"Ye aku tak pernah sayang kau !" ucap Aira tegas lalu meluru keluar dari wad Danial.
"Thanks Aira." ucap Danial lemah.
Tanpa mereka berdua sedari ada sepasang mata yang sedari tadi mendengar perbualan mereka.
Laila hanya terdiam seketika.
Dia tidak menyangka lelaki pujaannya adalah merupakan bekas kekasih sahabatnya. Laila terus meluru masuk kedalam wad Danial.
"Danny tadi siapa yang datang ?" tanyanya pendek.
"Entahlah. Hmmm bila aku boleh discharge ?" tanya Danial segera ubah topik.
"Oh, petang ni u dah boleh discharge. So u better siap - siap. I hantar u balik." pelawa Laila.
"No its ok Laila. Aku boleh balik sendiri. Aku boleh drive lagi." tolak lelaki itu.
"No, u masih tak okay Danny. I akan hantar u okay." potong Laila tegas.
"Hmmm okay." balas Danial acuh tak acuh.
Di rumah Aira
Datin Maria masih setia menenangkan anak bongsunya.
Sedari tadi anaknya menangis dalam pelukannya. Dia mengusap lembut rambut anaknya.
"Dah, don't cry ok. Ni dugaan untuk b. B kuat kan kan ? Anak mami kuat kan ?" ujar Datin Maria lembut.
"Nooo mami. Kenapa b yang kena hadap semua ni. Kenapa bukan orang lain ? B tak kuat mami. Tak..." rintih Aira lemah.
"Anak mami kuat. U mampu hadap semua ni b. Mami trust u. Now kalau u nak nangis, nangis je. Mami kan ada b." ucap Datin Maria sayu.
Datin Maria masih mengusap rambut anak bongsunya lembut.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...