Pagi itu, Aira telah bersiap awal. Pembalut luka di dahi mula direnung.
Ingin sahaja dibuangnya, namun hasratnya dia batalkan saja kerana dia tahu dahinya masih terluka.
Datin Maria terus meluru masuk ke dalam bilik Aira sambil membawa sepinggan nasi berserta dengan semangkuk ayam masak merah dengan segelas air putih. Dia terus meletakkkan dulang tersebut ke atas katil.
"Dah solat subuh ?" tanyanya prihatin.
"Dah mami. Hmmm mami, kalau harini b nak attend class boleh ? Bukan apa, b dah banyak ketinggalan ni. Lagipun b sorang je yang tak amik test lagi. Bolehlah mami." pujuk gadis itu lagi.
"Hmmm no b. Selagi b tak getting better, selagi tu mami nak b rest kat rumah je. Lagipun dahi b masih luka tu. Dah sekarang ni b makan nasi ni, nah mami masak lauk fav b ni. Habiskan ye, then makan vitamin." ucap wanita itu sejurus meletakkan dua botol kaca yang berisi vitamin milik anak bongsunya itu.
"Hmmmm baiklah bos."
"Mami keluar dululah eh, mami lupa nak basuh kuali yang mami guna tadi. B makan ye." arah wanita itu lalu terus keluar dari bilik anaknya.
Aira terus membawa dulang tersebut ke ruang tamu. Dia ingin menonton televisyen sambil sarapan. Dia begitu terkejut sekali apabila kelibat Danial muncul di ruang tamu.
"Morning luv." tegur lelaki itu ramah sejurus menghampiri gadis itu.
"Jap - jap bila kau datang ?" soal Aira inginkan kepastian.
"Sejak aku dalam perut mama lagi aku dah ada kat sini, eh aku gurau jela."
Danial terus sengih apabila melihat wajah Aira yang mula menyampah dengan dirinya.
"Aku baru je datang." respon Danial lagi.
"Btw, kau still tak breakfast kan so why not aku tolong kau." pelawa Danial tiba - tiba.
"Open your mouth, daddy nak suap ni." acah Danial sambil menyuakan sudu kearah Aira.
Aira kelihatan senang lalu segera membuka mulutnya, menanti nasi itu masuk ke mulutnya. Bahu Danial terus ditampar kasar apabila lelaki itu mula mengenakannya.
Danial terus gelak tatkala dia menyuapi dirinya sendiri.
"Ok serius, tadi aku gurau je. Meh aku suap kau." ucapnya lalu segera menyuapi gadis itu.
Aira kelihatannya lebih senang. Laju sahaja masakan maminya dihabiskan olehnya. Aira terus pura - pura tidur apabila selesai makan.
"Jangan nak mengada ! Makan ubat ni dulu !" arah Danial sedikit tegas.
"Taknak aku ! Aku dah tak sakit kan ? Asma pun dah taknak serang aku lagi then buat apa aku nak kena makan..."
Dahi Aira terus dijentik oleh Danial.
"Kau ni ! Mulut tu kau jangan nak celupar sangat. Elok - elok dah penyakit kau tu baru nak beransur pulih, macam ni pula kau cakap. Haih, Airabella ni." keluh Danial.
"Nah makan cepat ! Lagipun ni bukan ubat tapi vitamin. Kau ni selalu je nak skip dari makan vitamin. Vitamin ni bagus untuk kesihatan kau."
"Hmm yelaaaa. Aira akur lalu terus menelan 2 biji vitamin miliknya, usai itu air putih terus diteguknya.
"Haaa good girl, anak papa memang hebat." puji Danial dalam usikan.
"Hmm, Danny. Betul ke aku kena samun ?" soal Aira yang mula ingin tahu.
Danial terus kerling Aira lama.
"Hmm cantik, i got to go b. Lagipun harini....."
Danial mula ubah topik.
Aira terus jeling Danial tajam.
"Hm today kau ada ujian kan, pastu kau ada group discussion. What most important, maybe kau balik lambat. Bijak kan aku ?" potong Aira selamba.
"Wah bijaknya kau. Macam mana kau boleh tau ?"
"Wahai calonku, dah berminggu - minggu aku guna phone kau. Buka data je penuh chat pasal hal study saje. Nak layan movie pom tak senang, sikit-sikit masuk chat. Ahhh I miss my iphone." bebel Aira sedikit kesal.
"Calonku ?" Pipi gebu gadis itu terus dikuis- kuis dengan kunci keretanya. Definisi halal gap.
"Wahai calon isteriku....kau ni dahlah natural beauty, aku tak boleh nak marah kau b. Nak tau kenapa ? Tengok muka kau yang terlebih isi ni pun dah boleh cairkan hati aku, nak - nak lagi kalau kau membebel. Cute weh dah macam mak - mak aku tengok." puji lelaki berserta dengan perlian.
Mesti korang tak salah dengar kan ? Haha iya betul ! Buat pertama kalinya Danial Lee baru menurunkan egonya untuk memuji girl friendnya sendiri. Eh silap ! Calon isterinya !
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...