Kakcik mula disalahkan ! 🦋

2.2K 115 0
                                    

"Saya tau saya dah buat salah, saya tak patut buat macam tu. Sekarang mesti b dah benci saya. Apa saya dah buat ni." ujar Sheila penuh kesal.

"No, calm down Sheila . You tak salah pun. Maybe sekarang ni adik you sukar untuk faham and maybe sekarang ni dia benci you tapi percayalah suatu hari nanti, dia akan faham. Dah jangan sedih-sedih." pujuk Ikram aka abang ipar Aira itu.

Sheila hanya terdiam.

Di dalam kereta

"Kau tunggu dalam kereta jap, tak lama pun. Aku nak packing baju." arah Danial pendek sebelum keluar dari kereta.

Dia terus meluru masuk kedalam rumahnya setelah pintu rumah berjaya dibuka dari luar.

Masuk sahaja dalam rumah, kelibat Hazim terus muncul. Danial hanya merenung wajah abangnya tajam.

"Balik pun kau, aku ingat kan dah lupa jalan nak balik rumah. Maklumlah kan baru je kahwin. Mesti dah tak ingat kat family ni !" sindir Hazim tiba-tiba.

"Dahlah aku takde masa nak gaduh dengan kau. Lagipun aku ada hak nak balik sini atau tak balik sini terus. Ni rumah mama aku bukan rumah kau !" marah Danial sambil mula packing pakaiannya kedalam bagasi.

"Ooo kau dah nak bla dari rumah ni eh ?Baguslah kalau macam tu. Lagipun aku dah muak tengok muka kau kat sini." ujar Hazim kasar.

Danial tidak mempedulikan kata-kata Hazim. Dia sibuk mengemas barangannya. Lagipula dia memang merancang untuk keluar dari rumah.

Lagipom Aira tidak akan suka untuk tinggal di rumahnya. Yang paling penting, dia sendiri tidak berkenan jika Aira menetap di rumah mamanya kerana gadis itu akan selalu terserempak dengan Hazim.

"Aku dah siap packing. Cakap kat papa terima kasih sebab dah tatang aku, eh aku silap cakap kat Tan Sri aku tak perlukan harta dia untuk hidup. Takecare bro !" ucap Danial sinis sambil terus beredar dari biliknya.

Hazim terus ketap bibirnya.

"Oh dah pandai berlagak eh kau sekarang, takpe kita tengok siapa yang perlukan siapa. Wait and see !" ucap Hazim penuh dendam.

Di dalam kereta

"Masa first time kita break haritu, kau ke bawa aku pergi hospital ? Yang aku pengsan dalam library sebab kena serangan asma." soal Aira lagi.

Danial hanya mengangguk laju.

Aira mula mengeluh berat.

"Kenapa kau tanya ? Benda tu dah lama kot." soal Danial pula.

"Nothing." respon Aira pendek.

"Aku taknak stay rumah mami and aku taknak stay rumah kau, kondo kau pom aku taknak " tutur Aira tegas setelah Danial masuk kedalam kereta.

"Habis tu kau nak stay mana ? Takkanlah hari - hari kita nak stay hotel, habis bajet la kalau stay hotel terus !" keluh Danial pula.

"Dahlah aku ni student lagi, kerja pun tak !" keluh lelaki itu lagi sambil memandu.

"Aku nak stay hostel, and aku dah lama apply!" terang Aira tegas.

"Hostel ? Apply ? Cepatnya, aku taktau pom. Kenapa tak stay kondo aku je ?" tanya Danial lagi.

"Aku dah apply awal sebelum kita kahwin lagi. Saja nak try berdikari. Yang penting aku dah apply, and aku dah pass untuk stay hostel. Esok hantar aku." terang Aira selamba.

"Tapi kenapa ? Kenapa taknak tinggal kondo aku ?"

"Aku taknak stay rumah mami sebab aku tak sanggup nak stay situ. Kalau aku stay maybe aku akan depress sebab aku akan asyik teringatkan mami. Satu lagi pasal kondo kau, aku tak ready nak tinggal sana. Aku harap kau respect keputusan aku." ujar Aira menutup bicara.

Danial hanya mengangguk tanda setuju. Lagipula dia tidak mahu memaksa isterinya.

Sampai sahaja di rumah maminya, Aira terus meluru masuk kedalam bilik maminya. Lantas pintu bilik tersebut terus dikunci rapat dari dalam. Danial terus berehat di ruang tamu. Fikirannya mula kembali bercelaru. Lantas iphonenya terus dicapai.

"Assalamualaikum kak, Danny call ni sebab Danny nak bagitau yang Aira akan stay hostel. Maybe Aira takkan datang rumah kakak buat masa yang terdekat ni.

"Hmm kakak, Danny nak minta maaf lagi bagi pihak Aira. Dia tengah marah and dia tak sedar apa yang dia buat. Maafkan dia kak." rayu Danial di talian.

"Waalaikumusalam Danny, takpa kakak faham. Lagipun kakak yang salah, kakak sepatutnya tunggu dia dulu before teruskan pengebumian arwah mami kami. Tapi akak...."

"No, kakak tak salah pun. Okaylah kakak Danny letak dulu, ada assignment yang Danny nak kena siapkan. Pape nanti Danny call lagi, bye."

Danial terus mematikan talian. Kini dia sedikit berasa lega.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now