Langgar lari ? 🦋

1.7K 127 1
                                    

Danial sedikit terkejut apabila melihat kelibat Aira di biliknya.

Walaubagaimanapun dia tidak mampu untuk mengungkapkan apa-apa kata kerana dirinya terlalu penat.

Aira terus membiarkan pintu bilik Danial sedikit terbuka, bukan apa dia bimbang kalau - kalau dirinya akan disalah anggap nanti. Lantas, mangkuk yang berisi bubur itu terus dicapainya sejurus melihat wajah lesu Danial.

Wajah Danial kelihatan pucat.

"Nah, ngangga mulut tu, aku suap kau." arah Aira sambil sua bubur kearah Danial.

Dek kerana tidak larat untuk menolak, Danial terus mengikuti kehendak Aira.

Bubur yang disuap Aira terus masuk kedalam mulut Danial. Aira terus meletakkan mangkuk yang berisi bubur tersebut di tepi katil setelah Danial tidak mahu lagi memakan bubur tersebut.

Kata lelaki itu dia tiada selera.

"Hmm kau baliklah, aku dah okay." halau Danial lemah.

"No, aku takkan balik !"

Danial terus angkat kening sebaik sahaja kata - kata itu terluncur dari mulut Aira.

" I mean selagi keadaan kau tak sihat, aku taknak balik. Lagipun jangan risau. Aku datang dengan mami. Nah minum air ni dulu." arah Aira sambil serah segelas air putih kepada Danial.

Danial terus meneguk air putih itu hingga habis.

"Ok, aku keluar dulu ye."

Aira terus beredar dari bilik Danial kerana dia ingin menyimpan bubur tersebut kedalam peti.

'Senang nanti bila Danial ingin makan lagi, panaskan je dalam microwave.' desis hati Aira.

Aira terus meluru ke arah pintu setelah bunyi ketukan seseorang dari luar didengarinya.

"Mana mami dengan bibik ?" soalnya dalam hati. Pintu itu segera dibuka. Dia terus tergaman.

Di ruang tamu

"Saya rasa pakcik berdua ni dah salah faham, memang ini rumah Doktor Hazim. Tapi saya bukan berdua tapi berempat." terang Aira jujur kepada dua orang lelaki yang memakai kopiah.

"Maafkan kami cik, tapi kalau cik tak keberatan, mana 2 orang lagi ?" tanya salah seorang lelaki yang memakai kopiah tersebut. Aira terus diam.

Akhirnya dia terus berasa lega setelah kelibat mami dan bibik pia muncul di ruang tamu.

"Ada apa ni ? Kenapa ada pencegah maksiat kat sini b ?" tanya Datin Maria pelik.

"Maafkan kami berdua puan, kami tak sangka kami akan ditipu sebegini. Kami salah kerana cepat bertindak. Kami ingatkan cik Aira berdua-duaan dengan Doktor Hazim, sebab itu kami serbu rumah ini." terang mereka berdua.

"Oh takpe, lagipun bukan salah korang." ucap Datin Maria penuh bertolak ansur.

"Kalau macam itu, kami mintak diri dululah. Maaf menganggu." pinta dua orang pegawai itu.

"Boleh saya bercakap sekejap ?" tegur satu suara dari arah dapur.

Kelihatan tubuh tinggi lampai Danial muncul di ruang tamu.

Aira, Datin Maria dan berserta bibik Pia terus berlalu ke dapur setelah dipinta oleh Danial.

"Kalau pakcik berdua tak keberatan, boleh saya tau siapa yang fitnah kami ? Siapa yang laporkan hal ni pada pakcik berdua ?"tanya Danial ingin tau.

"Kami sebenarnya tak berapa kenal dengan orang yang melaporkan tentang hal ini, tapi dia sebaya cik Aira, tak silapnya. Haa sebaya Aira. Katanya cik Aira berdua-duaan dengan Doktor Hazim, sebab tu kami berdua serbu rumah ni." terang 2 orang lelaki tersebut.

"Kalau pakcik berdua tak keberatan, boleh saya tengok nombor gadis tu ?"

"Boleh encik, tiada masalah."

Dua orang lelaki tersebut terus meminta diri setelah urusan mereka selesai.

Danial terus mengepal penumbuk.

"Laila, kau lagi !" ujarnya penuh benci.

Di luar rumah Danial

"Betul ke ni aunty taknak Danny je hantar ?" tanya Danial sedikit risau.

"Takpe Danny, kamu rehatlah. Kamu tu tak sihat. Aunty kan ada, aunty boleh jaga b." ucap wanita itu sekilas memandang kearah Aira yang sedari tadi menunggu dalam kereta.

"Tapi, ni dah malam aunty. Danny rasa tak sedap hatilah, Danny risau. Biarlah Danny hantarkan." terang Danial penuh risau.

"Dah, kamu berehat ok. Jangan fikir negatif, fikir positif. Dahlah aunty pergi dulu ok, dah lewat sangat ni." pinta wanita itu sambil meluru masuk kedalam kereta.

"Drive safe aunty." laung Danial lantang.

Entah kenapa hatinya berasa tidak tenteram saat itu.

Sebaik sahaja kereta Datin Maria hilang dari pandangan matanya, Danial terus ambil kunci kereta.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now