Dating di Mall 🦋

2.4K 158 12
                                    

Laila segera mengeluarkan not 100 ringgit dan meletakkannya di atas meja yang didiami oleh mereka.

"Ni payback kau, aku nak kau intip Aira. Sebab sekarang ni setahu aku dia dah lama discharge. Aku taknak dia mengedik dengan Danny. Aku ingatkan dia dah mati, tapi kau ni lembik sangat. Lembik buat kerja,  hmm kerja yang senang pun jadi susah. Kalini aku nak kau intip segala kegiatan dia, then report kat aku. Kalau perlu bunuh je dia, aku dah muak tengok muka dia. "ujar Laila keras.

"Intip dia, no problemlah sis. Jap aku nak tanya kau. Sebenarnya aku peliklah dengan kau. Setahu aku kau dengan Aira kawan rapat, tapi kenapa kau benci kawan kau sendiri ?" soalan Adam membuatkan Laila naik bengang.

"Aku takde kawan macam perempuan tak guna tu, dia dah tikam aku dari belakang !" marah Laila bengang.

"Tak sis tak. Aira tak tikam kau dari belakang. Yes I know aku agak lembik tapi selembik - lembik aku, aku still boleh beza apa yang baik dan apa yang buruk. Kalau pasal Danny, diorang dah lama in relationship. Dah masuk 3 tahun dah. Diorang start couple pun sebelum diorang kenal kau !"

"Hehehe aku bukan nak backup diorang ! Chill sis minum air dulu sejukkan hati yang panas tu." ujar Adam cuak apabila melihat mata Laila yang sedari tadi tajam merenungnya.

Di rumah Aira

Aira sedikit tergaman apabila pagi - pagi lagi Danial mengunjungi rumahnya.

Melihatkan saja kain di kepala Danial, dia terus gelak.

"Style baru ke bang ? Dah macam monyet !" sakatnya sambil gelak lagi.

Danial terus senyum sinis.

"Weh pergi siap sekarang, kalau kau siap sekarang maybe around jam 9 kita dah boleh gerak !" anggar lelaki itu sambil renung jam tangannya.

"Siap ? Nak gi mana pagi - pagi buta dah datang rumah aku then ajak keluar ! At least col dulu, bagitau. Ni tak datang dengan mengejut, kan aku yang terkejut !"

Danial terus gelak.

"Wah hebat pantun kau b, macam mana nak call ? Phone kau kan takde. So better aku guna instinct aku je."

'Instinct kepala otak hang." marah Aira.

"Btw kau dah tak perlu gitau aunt pasal ni. Dia dah tau dah, aku dah inform dia awal - awal lagi. Aku cakap aunty Danny nak booking b then dia terus approved." tutur Danial sambil buat simbol call menggunakan tangannya.

Lantas dahinya terus dipukul oleh gadis itu menggunakan kusyen sofa.

"Booking ! Kau ingat aku barang ke nak booking - booking." marah Aira lalu segera meluru kearah biliknya.

Dahinya terus disentuh.

"Aku dah expect dah, nasib baiklah dahi aku ni berlapik dengan kain ! Kalau tak memang penuh dengan darahlah. B pun satu hal, takde part lain ke nak pukul. Dahi aku juga yang dia lepaskan kemarahan dia !" keluh Danial sambil gosok dahinya yang mula terasa sakit kembali dek pukulan gadis itu.

Di dalam kereta

Danial hanya fokus kearah pemanduannya. Dia langsung tidak cuba untuk berbual - bual dengan Aira.

Kebiasannya, kalau dia sekereta dengan Aira pasti ada saja yang dibualkannya, sampaikan gadis itu muak dengannya.

"Where are we going ?" tanya Aira pendek setelah lama mendiamkan diri. Danial terus memberikan iphone miliknya kepada Aira.

"Kau main je phone ni dulu, tak pun kau tidur. Nanti kalau dah sampai ke destinasi yang dituju, aku kejut kau." arah Danial tanpa menjawab soalan Aira.

"Tapi...."

"Dah anak papa baik kan, dengar cakap papa okay ?  Main je phone tu. Buka youtube tengok didi and friends. Have fun." sakat Danial sambil gelak.

Aira terus jeling Danial.

'Ingat aku budak-budak ke ?' desis hati kecilnya.

Sampai sahaja di destinasi yang dituju.

Danial terus memberhentikan keretanya. Lantas suis kereta terus dicabut setelah dia selesai memarkir keretanya. Dia terus senyun.

"Laa patutlah senyap, tidur rupanya." ujarnya.

Pipi gebu gadis itu terus disentuh perlahan dengan kunci keretanya.

"Kita dah sampai ni, bangunlah wahai tuan puteri." kejut Danial lembut sebelum dia mula  membuka pintu kereta.

Aira yang mula bangun dari mimpi terus keluar dari kereta seperti yang dipinta.

"Laaa pergi mall je, tu pun susah nak bagitau !" bebel gadis itu tatkala keluar dari kereta.

"Dah jom." Danial terus heret Aira ikut bersamanya berbataskan iphone di tangan. Aira laju membuang kain di dahi Danial. Danial hanya jeling Aira.

Saat itu ada sepasang mata yang sedari tadi asyik merenung mereka berdua.

Adam yang memakai topeng berwarna hitam terus mengikuti langkah Danial dari belakang.

Dia sengaja memakai topeng dek kerana dia serik kerana ditumbuk Danial tempoh hari, lagipun Danial tidak akan mengenali dirinya jika ditutupi dengan topeng.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now