NM🦋- Laila perampas ?

4.7K 310 15
                                    

Aira terus membuka laman instagram miliknya. Sudah seminggu dia tidak on. Tangannya laju meleret ke atas bagi melihat post selanjutnya. Tiba - tiba hatinya mula menjadi rapuh apabila dia melihat dan membaca kapsyen di posting sahabatnya Laila.

"Official or tak I tak kesah. Asal I jadi girlfriend u. #DannyLailayangpunya.

Tulis Laila di gambar tersebut. Aira mula sedih lagi. Gambar Danny dan Laila begitu tampak mesra lagi. Dia melihat gambar tersebut lagi.

Kelihatan dalam gambar tersebut, Laila tampak gembira menyuap kek kearah Danny. Air mata Aira mula gugur. Dia tidak mampu menahan airmatanya dari gugur. Tanpa dia sedar, ada sepasang mata sedari tadi memerhatinya dari jauh.

Doktor Hazim turut kelihatan sedih apabila melihat gadis yang diminatinya menangis. Entah kenapa dia juga mula menangis tanpa dia tahu sebabnya.

Aira bingkas bangun dari katil. Beg hitam yang berisi pakaiannya itu segera dia ambil.

Tanpa membuang masa, dia terus meluru keluar dari wadnya tanpa menyedari kehadiran doktor tersebut. Dia laju mengatur langkah keluar dari hospital.

Nasib baiklah, pada hari itu dia sudah dibenarkan untuk discharge dari hospital yang didiaminya itu.

Aira terus meluru masuk kedalam teksi dan teksi tersebut segera meninggalkan perkarangan hospital tersebut.

Doktor Hazim hanya terdiam.

"Kenapa aku turut sedih ?" soalnya pendek.

"Kau dah kenapa bro ?" teguran Doktor Aman lantas menyedarkan Hazim dari fantasinya.

"Takde apalah aku okay. Dah waktu rehat kan ? Jomlaa gi kafe. Aku belanja." ajak Doktor Hazim.

"Waktu rehat kepala otak hang. Dah petang dahni. Jomlah balik." ajak Doktor Aman.

"Oh ok."  Hazim terus mengikuti langkah Aman.

Di rumah Aira

"Laila, what are u doing here ?"  tanya Aira sebaik sahaja melihat Laila.

"Oh beb sorry sangat. Aku tak dapat nak melawat kau kat hospital. Hmm, lagipun kau kan tau banyak assignment yang aku kena bereskan.  Ye lah kau kan masuk hospital so aku yang kena cover semua tu."

"Hmmmmm whatever Laila. I don't care ok, whether kau nak melawat aku or tak. Tapi yang aku kesah, kau melawat aku tapi tak bawak apa-apa. Sahabat macam apa kau ni. Dah bahagia senang - senang je lupa sahabat sendiri !" sndir Aira saja.

"Alaaa beb sorry, apekata petang ni kita keluar. I treat u." ajak gadis itu.

"Hmmm we see. Tapi kita berdua je okay ?"

Laila terus mengangguk.

"Orite before that, kau kena masak untuk aku. Aku lapar weii."

"Yelaaa."  Laila segera bergegas ke dapur.

Tiba-tiba bunyi deringan iphone milik Laila kedengaran.

'Huh, alarm ! Wait asal dia kunci alarm ? Nak cakap dah masuk waktu zohor, azan pun tak kedengaran lagi.' desis hati kecil Aira.

Aira terus menghampiri Laila.

"Beb, asal kau kunci alarm ?" Laila terus tergaman.

"Beb tolong kacau jap, jap lagi aku datang balik."

Laila terus berlalu dari situ.

Lantas Aira tutup api gas dan dia terus memerhati Laila dari jauh. Laila terus menelan ubat miliknya.

Lantas dia terus simpan botol ubat tersebut kedalam beg miliknya.

Ketika nampak Laila segera bergegas meluru kedapur, Aira segera meluru kedapur.

"Hmmm beb, tetiba aku sakit perutlah. Aku gi toilet jap eh." bohong Aira.

"Hmm ye lah beb." Laila mula akur.

Aira segera berlari ke ruang tamu, lantas segera botol ubat milik Laila dikeluarkan dari beg tangan Laila.

Dia segera mengambil gambar botol ubat tersebut. Selesai sahaja mengambil gambar, dia segera menyimpan botol ubat tersebut semula.

Di luar rumah Aira

"Hmmm, penat - penat aku masak beb. Last - last perut kau pula buat hal. Habis tu sape je yang nak makan masakan aku ? Last - last buang kat tong sampah." Omel Laila.

"Okaylah tu, atleast tikus dengan lipas boleh makan. Eh jangan buang ! Membazir nanti ! Simpan je dekat fridge."

"Ok beb see u tomorrow, bye." laung Aira apabila kereta Laila mula meluncur keluar dari perkarangan rumahnya.

Aira segera keluar daripada rumahnya.

"Yes I need to find out." ucap hati kecilnya.

Di hospital

"So dok, can u tell me more detail about this photo?" tanya Aira ingin tahu.

Doktor Hazim kelihatan terkejut sekali setelah melihat gambar tersebut.

"How u get this photo ? I mean, this medicine is belonging to someone who is having mental illness."

"Ni ubat siapa ?" pertanyaan Doktor Hazim mengejutkan Aira.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now