Datin Maria terus memberikan anaknya segelas air putih dan sebotol ubat milik anaknya.
"B time to....."
"Time to makan ubat. Mami ni ubat patah hati ke ?" sempat lagi Aira mengusik maminya.
"Ye b ni ubat patah hati, so telan cepat."
"Ala mami. Deman b dah kebas dah. Asma pun dah beransur hilang." tolak Aira.
"No b ! Demam b masih tak kebas lagi tu. Makan okay. Mami nak b cepat sembuh." arah maminya lagi.
"Okay mami." Aira yang mula akur itu terus menelan ubatnya dan dia pun segera meneguk air putih itu.
"Mami alangkah bestnya kalau esok hati b akan pulih. B harap rasa sakit hati ini akan sembuh."
Aira terus memeluk maminya.
"Yes b yes." Mereka berdua terus ketawa.
Datin Maria terus tersenyum apabila melihat anaknya sudah mampu untuk tersenyum. Tapi dia tahu dalam gembiranya Aira, dia masih tetap berada dalam kesedihan. Dia faham benar dengan perangai anaknya itu.
Sebenarnya, Airabella ni kerap mengalami demam panas. Ini kerana antibodi badannya adalah sangat lemah. Sejak dari kecil lagi, kesihatannya mudah merosot. Ini kerana juga faktor daripada penyakit asma yang dihidapinya juga.
Kalau nak tahu, daddynya juga turut menghidapi penyakit asma.
Di kelas
Di dalam kelas Aira hanya fokus sahaja kearah pembelajarannya. Wajah Danial langsung tidak dipandangnya walaupun Danial adalah rakan semejanya. Begitu juga dengan Danial. Danial juga tidak memandang wajah Aira. Dia juga kekal fokus.
"Okay guys, today prof akan bahagikan kumpulan. Sebab kita akan buat discussion next week. Macam biasa Danial, u satu grup dengan Aira. Okay kan ?" tanya Prof Aiman.
"Hmmm sorry Prof, tak boleh kut. Sebab saya tak pandai nak handle tugasan tambah - tambah lagi dengan perempuan. Change lah Prof . Saya dengan Adam je. Aira dengan Laila ke." cadang Danial sengaja.
"Hmm okay jugak. Tapi before ni awak okay je kalau satu grup dengan Aira. Never mind, Aira how about you ?" soal Prof Aiman.
"Yes Prof I okay. Saya dengan bestfriend saya je, Laila." ucap Aira pendek yang malah berbasa - basi.
"Okay good. Yang lain ikut list lama." ucap Prof Aiman menutup perbualan.
Habis sahaja kelas, Aira bingkas berdiri. Dia terus meluru kearah Laila.
"Laila, jom lah cari bahan assignment sekarang. Aku tak nak tangguh. Yang selebihnya nanti kita search internet je." arah Aira.
"Oh ok beb jomlah. Jap eh beb."
Laila terus menghampiri Danial yang sedang leka berbincang dengan Adam.
"Eh korang, korang punya tajuk sama dengan kitorang kan, so why not kita gi library sama-sama. Jomlah." ajak si Laila.
"Okay jom." jawab Adam.
Danial akur lalu terus mengikuti langkah Laila dan Adam.
Di perpustakaan
Kelihatan masing - masing sibuk mencari bahan rujukan untuk tugasan masing - masing. Aira leka mencari bahan rujukan sampai dia lupa untuk makan ubat.
Danial juga kelihatan leka mencari tugasan. Adam dan Laila pula kelihatannya bekerjasama mencari bahan rujukan.
Tiba - tiba tanpa Aira sedar, darah mula mengalir ke pipinya. Darah tersebut berpunca dari hidungnya.
Ini pasti disebabkan sikap degilnya yang kebelakangan itu, kurang meminum air putih dan memakan vitamin.
Darah tersebut mula menitik ke atas lantai.
Adam yang menyedari akan hal tersebut segera meluru kearah Aira.
"Aira, hidung awak berdarah. Awak okay ke ?" tanya Adam risau.
Aira terus menyentuh hidungnya
"Oh aku okay Adam. Aku pergi bathroom jap. Kau sambunglah cari bahan. Kalau jumpa jangan lupa share ye." usik Aira tukar topik.
"Oh okay, no prob." ucap Adam sambil senyum.
Aira terus meluru kearah bilik air. Dia segera mengelap darah yang tidak henti - henti mengalir membasahi bibirnya.
Selesai sahaja mengelap darah tersebut, Aira segera mencari botol ubat dan inhaler miliknya di dalam beg pemberian daddynya.
Namun mukanya terus cuak apabila dia mula sedar yang dia lupa untuk memasukkan botol ubat dan inhaler itu ke dalam begnya.
'Hmmmm bertahan Aira bertahan.' desis hatinya.
Dengan serta - merta rasa sakitnya mula menyerang iaitu penyakit asmanya mula menyerang kembali.
Aira mula sesak nafas saat itu. Dahinya yang panas itu mula berpeluh.
Aira segera mencapai iphonenya. Nombor maminya segera didail.
"Yes assalamualaikum b. Kenapa col mami ni ?" soal wanita itu di talian.
Tanpa sempat Aira ingin menjawab, dirinya sudah tidak mampu untuk bertahan. Tubuh kecilnya terus jatuh keatas lantai.
Di library
"Mana Aira ni ? Dah lama sangat ni dia pergi tandas, kita dah habis cari bahan pun." keluh Adam.
"Hmm aku rasa dia dah balik lah. Jomlah kita balik." ajak Danial malas ambik tahu.
"Betul jugak tu. Jomlah kita balik." ajak Laila selamba walaupun Aira adalah sahabatnya sendiri.
Mereka bertiga terus berlalu dari perpustakaan.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
Storie d'amoreUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...