Lily merenung sekilas kearah bilik Danial.
"Hmmm Hazim, kenapa Danny tak pergi kelas? I bukan nak sibuk tapi lately ni dia kerap sangat tak hadir? U tau kenapa?" tanya Lily setelah terserempak dengan Hazim di dapur.
Hazim yang baru sahaja selesai membasuh pinggan, terus mengeleng tanda tidak tahu.
"Taktaulah mami,dia pun dah jarang keluar bilik sekarang. Btw mami tak keluar ke harini?" tanya Hazim ubah topik.
"Keluar? Eh mestilah I nak keluar, okaylah I nak keluar ni. Nanti suruh bibik masakkan bubur buat adik u, manalah tau dia deman ke apa" pesan Lily tiba-tiba.
Hazim hanya senyum. Padahal dia sedikit hairan, selama ini Lily tidak pernah pula mengambil tahu tentang keadaan adik tirinya.
'Dah buang tabiat kut.' teka Hazim dalam hati.
"Btw kamu tak keje ke harini?
"Haaa Hazim off harini,saja nak rest.respon lelaki yang iras pelakon Malaysia,syazwan Hassan.
"Okaylah I pergi dulu." Lily terus beredar dari situ.
Baru sahaja Hazim ingin melabuhkan punggug ke sofa, dia terus jeling iphonenya.
Niatnya untuk mengambil cuti hari ini terpaksa dibatalkan apabila dia menerima mesej daripada ketuanya untuk datang ke hospital. Seragam putihnya terus dicapai.
Di dalam kereta
"B, memang confirm ke ni nak pergi rumah Danny? Taknak call dia dulu ke, manalah tau dia ada dekat luar ke?" tanya Datin Maria yang tetap fokus memandu.
"B dah call tadi tapi masuk voicemail, jap b try lagi."
Aira terus mendail nombor Danial buat kali yang kedua. Akhirnya dia berasa lega apabila panggilannya diterima oleh Danial.
"Assalamualaikum." ujar Aira di talian.
"Walaikumusalam." respon lelaki itu sedikit serak.
"Hmm kau okay?" tanya Aira pula.
"Aku okay je, takyah risau. Kau tak perlu terima pun lamaran aku. Aku tak paksa pun...."
"Tapii dari gaya kau cakap macam kau..."
Panggilan terus ditamatkan. Aira terus mengeluh kerana dia belum selesai berbicara.
"So, otw rumah Danny ?" tanya wanita itu lagi.
Aira hanya mengangguk kerana saat ini dia betul-betul risau akan Danial.
Mendengarkan sahaja dari percakapan Danial, sepertinya lelaki itu deman.
Mereka berdua terus keluar dari kereta sejurus selesai memarkir kereta. Pintu rumah Danial terus diketuk dari luar.
Bibik Pia terus bergegas membuka pintu. Bibik itu terus sengih.
"Bik, Danny ada tak?" tanya Aira sejurus masuk ke dalam rumah.
"Oh, tuan mudanya ada. Tapi saat ini kondisinya lagi ngak stabil tu. Dia lagi demam" ujar Bibik Pia jujur.
"Dah agak dah, hmm bibik dengan mami tunggu kat ruang tamu je. Biar Aira pergi dapur." arah Aira sedikit tegas lalu segera berlalu ke dapur.
Segera dia panaskan air.
Lantas dia masak bubur.Dia pom segera mengupas kulit buah epal hijau dan segera dia potong kecil- kecil.
Aira terus menghidangkan bubur tersebut ke dalam mangkuk, lantas segelas air putih, semangkuk bubur dan berserta dengan semangkuk kecil buah epal diletakkan ke dalam sebuah dulang.
Tanpa membuang masa, dia segera membawa dulang tersebut ke dalam bilik Danial. Mujurlah bilik lelaki itu berhampiran dengan dapur.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...