Aira Tension ! 🦋

2.5K 134 0
                                    

Di ruang tamu

Aira kelihatan mula kembali tenang.

Mukanya masih pucat dan matanya juga menjadi bengkak dek air mata yang kerap gugur. Dia hanya diam sahaja.

Wajah Danial langsung tidak dipandangnya. Danial asyik mengeluh dari tadi.

"Malam ni kakcik buat majlis tahlil dekat rumah dia, kita pergi eh ? Along dengan angah pun ada sekali dekat sana." ajak Danial tiba-tiba.

"Majlis tahlil ? Aku tak fahamlah, kenapa bila nak buat majlis tahlil baru nak ajak aku ? Kenapa tak tunggu aku dulu before korang cepatkan pengebuminya mami hah ?" jerit Aira yang mula menangis lagi.

"Aku tak sempat nak mintak maaf dekat mami. Aku tak sempat nak peluk dia, nak cium dia. Aku tak sempat.. Hati aku sakit, sakit bila aku tak dapat nak cium mami buat kali terakhir." luah Aira sambil nangis.

Danial terus menjadi sebak.

Aira terus meluru masuk kedalam biliknya. Lantas pintu biliknya terus ditutup dengan kuat. Danial juga mula menangis.

Saat itu dia mula teringatkan arwah ibunya.

Di dalam bilik

Aira hanya merenung bingkai gambar Datin Maria.

"Kenapa mami tinggalkan b ? Mami dah janji taknak tinggal b, tapi kenapa..." jeritnya penuh hiba.

Di kafe

"Weh Laila, kau better cari orang lainlah. Aku dah taknak buat kerja haram ni, cukuplah sekali aku dah bunuh orang. Lagipun polis tengah cari aku sekarang ! Aku taknak masuk penjara. Better kau transfer 10 k dalam akaun aku sekarang, kalau tak aku bagitau Danny yang kaulah dalang semua ni !" ugut Adam di talian.

Laila terus mematikan talian.

"Tak guna punya laki. Dahlah buat kerja pom lembik ! Eh ada hati nak 10 k !" arah Laila tidak puas hati.

Di rumah Sheila

Sepanjang berada di rumah kakciknya, Aira langsung tidak berbicara.

Dia hanya diam sahaja.

Selesai sahaja majlis tahlil, Aira terus bergegas keluar ke luar rumah.

"Kesian betul kan dengan pengantin muda tu, yela baru je akad nikah dah jadi anak yatim." ucap salah seorang wanita yang merupakan tetamu kakaknya kepada kawannya.

Aira terus meluru kearah wanita itu.

"Apa yang makcik borak ni ? Takde kerja eh ? Dekat sini pun nak membawang. Dah tua - tua kerepot pun still nak buat dosa !" marah Aira lantang.

Kedua - dua wanita tua itu terus diam.

Sheila yang mendengar suara Aira terus bergegas keluar dari rumah.

"Aira kenapa ni ? Kenapa marah Makcik tipah ?" tanya kakaknya pelik.

Wajah kakaknya terus direnung penuh benci.

"Kau tanya aku kak ? Bukan ni semua salah kau eh ? Kenapa kau gedik sangat nak cepatkan majlis pengebumian tu ? Sedangkan aku masih dalam keadaan pengsan. Kau sepatutnya tunggu aku, aku tak sempat pun nak cium mami buat kali yang terakhir. Sampai hati kau, kau kejamm.." laung Aira penuh hiba sambil menampar Sheila.

Danial terus meluru kearah isterinya.

Kakaknya hanya terdiam kaku, dia terus memegang pipinya yang mula terasa sakit.

"Maafkan Aira kakcik, Danny tau isteri Danny stress tu. Danny nak minta maaf bagi pihak dia." Ucap Danial ikhlas.

"Dahlah aku nak balik, anggaplah kita tak pernah kenal." ucap Aira kasar sambil terus masuk kedalam kereta.

"Maafkan Aira ye kakcik. Danny balik dulu." pinta Danial sopan.

Sheila hanya mengangguk sahaja. Air mata mula membasahi pipinya.

Di dalam kereta

"Kau tak patut layan kakcik macam tu !" marah Danial tegas.

"Aku tak patut ? Aku peduli apa, korang semua tak pernah nak fikir pun tentang aku. Lagipun aku dah takde kakak, so tak perlu sebut nama dia depan aku !" marah Aira lantang.

"Ye aku tau kau tengah marah tapi dia tu kakak kau, dia cuma taknak kau sedih je ! Sebab tu dia nekad nak........"

Aira terus jeling Danial.

"Oo so korang semua berkomplotlah ! Apa kau cakap ? Taknak tengok aku sedih. Mr Danial Lee, for your information, korang semua dah pun bunuh aku ! Sebab tu aku dah taknak kisah pasal famili aku. Aku dah takde family, kau jangan mention lagi pasal hal ni !" ugut Aira penuh benci.

Danial terus mengeluh berat.

Dia juga tidak faham kenapa Aira boleh menjadi degil seperti itu. Padahal dia cukup kenal dengan perangai Aira. Aira yang dulu bukan seperti Aira yang sekarang. Langsung tidak sama.

"Aku nak melawat mami." pinta gadis itu lemah. Wajah gadis itu terus dipandang seketika.

"Tapi ni dah malam b. Kita pergi melawat mami pagi esok ok ?" ujar Danial mematikan perbualan yang cukup singkat itu.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now