"Khusyuk nampak? Ni mesti tengah layan drama kan?" tegur Aira yang kembali tenang.
"Haa Liyaa tengah tengok drama, best laa ketua drama ni. Tengok tu hero dia sampai menangis bila gf dia kena buang dalam air sungai tu. Liyaa pun turut rasa sedih. Yelaa mungkin gf dia dah mati, kesian kat lelaki ni." terang Liyaa sambil tunjuk kearah laptopnya.
Air mata Aira kembali gugur setelah melihat adegan yang ditunjukkan Liyaa.
Liyaa yang menyedari kesilapannya terus menutup laptopnya.
"Ya Allah, ketua sory. Liyaa takde niat pom nak lukakan hati ketua." ujar Liyaa jujur.
"Takpela, bukan salah kau pun, btw drama ni nice. Aku nak keluar jap, nanti bagitau charly." ujar Aira sejurus mengelap air matanya.
Aira terus mengambil beg tangannya, lantas kakinya laju melangkah keluar dari kondo Danial.
Di wad Danial
Aira sedari tadi asyik memandang wajah Danial.
Air matanya laju gugur membasahi pipi.
"Happy birthday suamiku. Dah tua dah kau hubby. Finally 21 tahun juga kau. Doa aku semoga kau cepat sedar. Aku rindukan kau. Sangat - sangat." ucapnya sejurus mencium dahi suaminya lama.
Tak lama selepas itu Aira terus membaca yaasin buat Danial. Dia juga berdoa untuk suaminya. Tangan Danial masih setia digengamnya.
"Hmm hubby kali ni aku pulak yang akan celebrate birthday kau. Hubby aku dah bawak kek ni. Kek ni special aku buatkan untuk kau. Aku sanggup belajar buat kek dark chocolate ni demi kau hubby. Sekarang ni kau tiup lilin dulu okay ? Jap aku kira 1, 2, 3. Okay tiup." arah Aira sambil sua sekotak kek dark chocolate yang dipegangnya ke arah Danial.
Air matanya yang ingin jatuh ke pipinya terus ditahan laju menggunakan jarinya. Dia tahu dia tidak kuat saat itu tetapi demi suaminya dia perlu kuat.
"Tiup lilinnya, tiup lilinnya sekarang juga. Sekarang juga. " nyanyi Aira dalam pedih.
"Okay hubby disebabkan kau tengah rest, aku tolong tiupkan lilin bagi pihak kau okay? Kau izinkan kan ?" soalnya lagi sambil menahan rasa sebaknya.
Aira terus pura - pura senyum.
"Okay memandangkan kau dah bagi keizinan, aku akan tiup lilin ni. Sekali lagi happy birthday Muhamad Danial Lee bin Aidan Lee. Happy birthday to you. I love you so much. " ucapnya sebelum dia meniup tiga batang lilin yang terpacak di atas kek dark chocolate tersebut.
Aira terus memotong kek tersebut. Kek tersebut terus disuakan ke arah mulut Danial.
Air matanya tidak dapat dia tahan saat itu. Sudu yang berisi kek yang berada ditangannya terus terlepas ke atas lantai. Dia terus terduduk ke atas lantai. Kalini dia tidak dapat untuk menahan tangisannya lagi. Air matanya laju mengalir membasahi pipinya.
Tangannya hanya dikepal sahaja. Wajah suaminya tidak lagi dipandangnya. Tiap kali dia memandang wajah suaminya, dia tidak akan kuat lagi. Tidak akan kuat untuk menerima kenyataan yang suaminya tidak lagi bersamanya.
Namun saat itu dia cuba untuk bangkit. Dia terus paksakan dirinya untuk bangun lagi dan menemani suaminya. Dia terus duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil suaminya.
Tangan suaminya terus diletak ke arah kepalanya lama.
"Hubby, cantik tak aku pakai hijab ?" soal Aira lembut yang masih meletak tangan suaminya ke arah selendang yang menutupi rambutnya.
Dia terus gelak kecil. Wajah Danial yang tampak pucat saat itu dipandangnya seketika.
"Maafkan aku hubby. Patutnya dari awal kau tegur aku lagi, aku patut dengar cakap kau. Maafkan aku kalau aku dah tambah dosa kau. Kau yang terpaksa tanggung dosa aku. Aku bukan isteri yang baik." Aira diam seketika. Sebak dia saat itu.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...