Aira pregnant ? 🦋

3.2K 132 3
                                    

"Makan ni !" Hazim terus lempar kotak mcd kearah Aira.

"Macam mana aku nak makan? Kau kan ikat tangan aku?"  Tanya Aira.

Hazim terus membuka ikatan di tangan Aira.

"Dah makan cepat." arah Hazim lantang.

Aira terus membuka kotak ayam mcd tersebut. Laju tangannya menyelak kain di mulut suaminya.

Dia terus menyuap ayam kedalam mulut Danial. Danial hanya mengunyah isi ayam tersebut dengan perlahan lahan kerana mulutnya masih berasa sakit.

"Ni yang aku benci ni! Kau dah lebih ni!"  ucap Hazim sambil mengheret tubuh kecil Aira dengan kasar. Tangannya laju ingin menumbuk perut Aira dek kerana Aira meludahinya.

"Kalau kau masih ada sifat simpati, kau sanggup ke nak bunuh anak dalam perut aku?"  tipu Aira. Danial terus tergamam mendengar kata - kata Aira.

Hazim terus membatalkan niatnya.

"Kau pregnant? Tak guna! Takpe esok aku nak kau gugurkan kandungan ni. Aku taknak kau mengandungkan anak adik aku ! Kau patut mengandungkan anak aku !" jerit Hazim penuh benci sambil menuding jari kearah perut Aira.

Aira masih menangis.

"Nooo aku takkan gugurkan kandungan aku, ni anak aku." tolak Aira penuh tegas.

"Ahhhhhh !" jerit Hazim lantang.

Hazim terus mengamuk, habis meja dan kerusi di gudang itu dilemparnya kasar.

Danial memandang wajah isterinya lama meminta kepastian. Aira terus mengeleng kepala tanda dia bohong.

Johan terus berasa lega setelah mengetahui aira hanya berbohong.

Aira terus mencapai iphonenya yang telah disorokkan dalam poket seluarnya.

Dia terus membuka recorder, lantas iphonenya disorokkan kembali dalam poket seluarnya. Hazim terus membuka ikatan di kaki Aira.

"Kau rest, jangan cuba nak lari.Bila anak kau dah lahir nikah dengan aku !" ugut Hazim sambil acu pisau kearah perut Aira.

Hazim terus beredar dari situ.

"Guys bertahan okay, kita akan segera keluar dari tempat ni." bisik Aira perlahan. Tubuh Danial terus dipeluknya erat.

"Maafkan aku Danny." ucap Aira penuh sebak.

Darah di bibir Danial terus dilap dengan jarinya. Air mata juga mula mengalir di pipi Danial.

Johan yang berasa cemburu terus memalingkan wajahnya kearah lain.

Seminggu kemudian

Aira terus menghampiri Hazim.

"Hmm I nak pergi tandas, I dah tak tahan ni. " bohong Aira bijak.

Hazim terus mengheret tangan Aira mengikutinya.

"Pergilah, I tunggu kat luar, ingat jangan cuba nak lari, kalau tak siap you !" ugut Hazim tegas.

Aira segera meluru masuk ke dalam tandas. Lantas pintu tandas dikuncinya.

Aira mula menelefon balai polis. Dia mula bercakap dengan perlahan - lahan supaya perbuatannya itu tidak kantoi di tengah jalan.

Bak kata orang, buat kerja biar clean.

Selesai sahaja bercakap, Aira terus matikan iphonenya, lalu iphone tersebut terus disimpan semula kedalam poket seluarnya.

Aira segera keluar dari tandas.

"Asal lama sangat ?" tanya Hazim sedikit curiga.

"I  sakit perut tadi you sebab tu lama. Hmm .." tipu Aira bijak.

"Dahlah pergi duduk dekat sana semula." arah Hazim sambil tuding jari kearah Danial.

"Okay." Aira segera beredar dari situ.

Sejam kemudian, Laila terus kelam kabut berlari masuk kedalam gudang lama tersebut.

Dia terus menghampiri Aira.

"Kau, mesti kau yang report polis kan?" tanya Laila sambil cekik leher Aira kasar.

Hazim terus menolak tubuh Laila jauh daripada Aira.

"Wei kau dah kenapa? Asal kau kelam kabut sangat ni ?" tanya Hazim sedikit pelik.

"Lelaki bodoh, pihak polis dah ada dekat luar gudang bodoh. Mesti perempuan tak guna ni yang report ! Baik kau mengaku cepat perempuan kalau tak aku bunuh kau !" jerit Laila bengang.

Namun Aira tidak memberi sebarang respon. Dek kerana bengang, Laila terus menendang perut Aira berkali-kali.

Laila terus gelak apabila melihat Aira mengerang kesakitan.

"See? Pregnant konon, lelaki bodoh dia dah tipu kau hidup - hidup !" ucap Laila sambil mengheret rambut perang Aira dengan kasar.

Hazim terus menghampiri Aira.

"Kau kau tipu aku? Tak guna punya perempuan ! "  Dia terus menampar pipi Aira bertalu-talu.

Pipi Aira mula berdarah.

"Dasar psycho! Pengecut! Takpe bunuh je aku, tapi lepaskan diorang semua. Korang nak aku kan so just kill me. Tapi aku tak risau pom even korang dah bunuh aku, korang takkan selamat. Korang akan mati di tali gantung, terutamanya kau perempuan gila !" jerit Aira sambil tuding jari kearah Laila.

"Apa ? Perempuan gila ? Aish Aira, kau memang tak bersyukur kan. Kau tu hanya bernasib baik. Kalaulah mami kau aka wanita tua tu tak tahan kau, mesti kau yang mati ! Sebab apa?"

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now