Nampak sahaja kelibat Danial, Laila mula laju mengatur langkah menuju ke pintu keluar.
Danial yang menyedari kehadiran Laila, terus mengejarnya hingga ke pintu keluar.
"Wait, kau nak pergi mana ?" soalnya tegas.
"Aaa..aku ada kelas ni Danial. So aku kena gerak sekarang." tipu Laila sedikit cuak.
"Kita kan satu course tapi setahu aku, harini kita takde class. Hmm jap lagi kita ada ujian. Am I right ?" sindir lelaki itu.
Laila hanya diam kerana dirinya sudah cuak dengan lelaki itu.
Dia bimbang kalau - kalau lelaki itu sudah mengetahui bahawa dialah dalang dalam tragedi yang menimpa Aira.
"Dah don't talk too much, follow aku. We need to talk, yes but kau yang perlu explain !" Danial terus heret Laila sedikit kasar.
Di wad Aira
"Thanks Dok." ucap Aira sebaik sahaja plastik yang berisi ayam mcd kegemarannya diberikan kepadanya. Laju sahaja dia mengigit ayam mcd tersebut.
"But Dok, seriously I really don't know yang doc pom tau ni makanan fav saya. Macam tiba - tiba je padahal kita baru je kenal. Soalnya Danial sorang je yang tau." terang gadis itu sambil makan.
Doktor Hazim hanya senyum.
"Jap, don't move."
Lelaki itu ingin mengelap bibir Aira yang mula comot dek terkena sos, namun laju tangan Aira menepis.
"Takpe, saya boleh lap sendiri." tolak Aira lalu segera mengelap bibirnya dengan tisu.
"Oh sorry, saya keluar dulu." ucap Doktor tersebut dan terus mengatur langkah keluar dari wad gadis itu.
Selesai sahaja makan, Aira terus tidur dalam keriangan.
Malam seterusnya seperti biasanya, gadis itu hanya menghabiskan masanya dengan bermain iphone Danial.
Tiap kali maminya meninggalkannya untuk menunaikan solat magrib secara berjemaah di masjid, itulah rutinnya.
Aira terus mengeluh berat kerana dia sudah bosan berada di hospital. Laju tangannya membuka laman instagram menggunakan akaun Danial.
"Pautlah, Laila boleh upload gambar editan tu. Danny tak follow dia pun dekat ig. Kalau Danny nampak gambar edit ni, habis lah kau Laila !Hmm sia - sia je aku nangis haritu."
"Tapi mana kau Laila ? Kau tak rindu aku ke ?" tanyanya perlahan sebaik sahaja dirinya mula teringatkan Laila.
Di rumah Danial
Danial kelihatan sibuk menyiapkan assignmentnya. Minggu itu dia langsung tidak sempat untuk menjenguk Aira di hospital.
Hazim yang cuti pada hari itu terus menghampiri Danial.
"Bro, sibuk nampak." tegur Hazim sambil melabuhkan punggung ke atas sofa.
"Haa aku busy bro. Minggu ni minggu paling busy satu dunia, nak makan pun aku tak sempat. Tu yang aku kesal." keluh Danial tanpa memandang abang tirinya kerana matanya khusyuk kearah skrin laptopnya.
"Oh I see, so kau tak pergi melawat girlfriend kau ke ? Tak mengamuk ke dia, yela biasanya kan kau akan pergi jenguk dia. Tiap - tiap hari pula tu. Ni kau tak pergi jenguk dia. Kau jangan salah faham bro aku bukannya apa, aku cuma risaulah kut - kut dia mengamuk ke. Aku cuma taknak kau ditinggalkan bro ! Aku dah pernah rasa tau betapa sakitnya ditinggalkan oleh orang yang kita sayang. Aku cuma nak nasihat kau je. Dia tu cantik, ramai lagi lelaki kat luar sana yang berkenan kat dia." luah Hazim panjang lebar.
Danial terus gelak.
"Wah dah pandai bermadah kau bro, btw thanks sebab dah nasihat aku. Ha'aa sepanjang 18 tahun aku hidup, ni baru first time kau bagi aku nasihat yang sangat bermanfaat. Terima kasih my big brother. Aku hargai effort kau."
"Ni kau cuti takpe ke ? Kang ramai pula pesakit yang merana kat hospital tu nanti, al - maklumlah kau kan doktor terhandal kat sana. Jap ni aku tak puji kau tapi aku cuma repeat kata - kata papa je. A reminder, gf aku setia orangnya !!!" sindir Danial pedas.
Hazim terus beredar dari situ.
Danial hanya jeling sekilas kearah lelaki itu. Jarinya mula berhenti menaip.
Sungguh ketika itu dia hilang mood untuk menyiapkan assignmentnya.
Mukanya terus diraup buat kedua kalinya. Saat itu ingatannya terhadap peristiwa lama mula menerjah mindanya. Sesungguhnya dia tidak ingin lagi mengingati peristiwa itu, kerana baginya peristiwa itu, hari itu, masa itu dan detik itu tidak pernah terjadi dalam hidupnya.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...