Yeay ! Roommate baru 🦋

2K 113 0
                                    

Selesai sahaja urusan pendaftaran, Aira terus bergegas menaiki anak tangga satu persatu menuju ke hostelnya yang berada di tingkat 2.

Eh iya lupa nak gitau, Aira terpaksa menaiki tangga kerana hari tu lift rosak dan masih berada dalam penyelenggaraan.

Jadi nak taknak, dia terpaksa rajinkan kakinya untuk mengatur langkah ke hostelnya.

Sampai sahaja di muka pintu utama dorm yang didiaminya, dia terus mengetuk pintu beberapa kali. Lantas dengan serta-merta pintu dorm tersebut terus dibuka dari dalam.

"Surprise, welcomeeeee." jerit tiga orang gadis yang sebaya Aira sebaik sahaja Aira melangkahkan kaki kedalam dorm itu.

Jeritan dari mereka bertiga itu lantas membuatkan Aira tergaman buat seketika.

Tiga orang gadis tersebut terus sengih.

Aira terus mengheret bagasinya dan terus menerpa kedalam dorm.

Matanya ligat memerhati di setiap penjuru dorm tersebut.

Berdasarkan pemerhatian Aira, terdapat 6 buah katil bertingkat.

Aira kelihatan lega buat seketika. Namun dia terus jeling kearah tandas dalam dormnya. Salah seorang gadis yang menyambut kedatangan Aira tadi terus menghampiri Aira.

"Toilet memang ada dua je dalam dorm kita, so kita share." terang gadis itu tanpa dipinta setelah melihat reaksi Aira.

Aira tidak memberi sebarang respon.

Dia terus meluru kearah katil yang beralaskan alas yang berwarna coklat.

Lantas bagasinya terus dicampakkan keatas katil tersebut.

Tiga orang gadis tadi terus meluru kearah Aira.

"Hi, lupa nak perkenalkan diri. Nama saya Shaila, yang ni Liya dan yang ni Ana." terang Shaila yang sedikit rendah dari Aira.

Manakala Liya dan Ana masih sedari tadi senyum kearah Aira.

Mereka bertiga terus menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Okay, btw katil yang aku pilih still tak berpunya kan?" tanya Aira pendek tanpa menyambut salam.

"Haa, actually kitorang dah prepare katil ni awal - awal untuk penghuni baru, baguslah kalau awak suka. Tak sia - sia kitorang hias kan Liya, kan Ana ?" tanya Shaila ramah.

Mereka berdua hanya mengangguk.

Aira tidak memberi respon.

Dia terus mengeluarkan pakaiannya untuk disimpan kedalam kabinet kecil di hujung sudut dormnya.

"Hmm, okaylah awak kemaslah dulu pakaian awak. Btw kalau awak perlukan apa - apa just panggil saya ye." ujar Shaila masih lagi ramah seperti tadi.

Ketiga - tiga gadis tadi terus berlalu ke katil masing-masing.

Aira mula sedar bahawa katil Shaila bersebelahan dengan katilnya.

Sedang Aira sibuk menyimpan pakaiannya, dia terus disapa sekali lagi.

"Nah." Shaila terus hulur satu kotak mcd yang berisi dua ketul ayam mcd kepada Aira.

"Why ?" tanya Aira pendek.

"For you, btw harini kan kafe tutup so kalau awak lapar awak makan ni je. Sorry ni je yang Shaila sempat beli." ujar gadis itu penuh naif.

"Just put it there !" arah Aira pendek malas bicara.

"Okay, hmm sorry menganggu. Nama awak ?" tanya gadis itu lagi. Wajah Shaila direnung tajam.

"Spesies mulut taip ke apa ? Tak reti nak duduk diam !" ujar Aira lantang.

Shaila masih lagi setia menanti jawapan dari penghuni baru tersebut.

"Airabella, dah aku taknak diganggu. Boleh tak senyap kejap !" arah Aira bosan.

"Oh sorry, cantik nama awak. So......."

Aira terus membuat simbol senyap menggunakan tangannya.

"Oh okay Shaila diam." respon Shaila penuh ramah.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now