"Sebab aku nak tengok kau mati tapi apakan daya mami kau pulak yang terima padahnya! Kesiannya, tapi kalini aku akan pastikan kau mati ditangan aku !" jerit Laila sambil gelak.
Air mata Aira terus mengalir. Dia terus meluru menghampiri Laila. Lantas pipi Laila ditamparnya bertalu-talu.
Leher Laila terus dicekiknya.
"Kauuu dah bunuh mami aku ! Kau patut mati ! Perempuan tak guna. Apa salah mami aku hah !" jerit Aira penuh sebak.
Danial juga turut menangis.
Danial, Johan, dan Liyaa terus tergamam apabila melihat tindakan Hazim yang tanpa rasa bersalah menikam perut Aira bertalu - talu dari belakang.
Danial terus berlari kearah Hazim. Lantas muka Hazim ditumbuknya kasar dengan tangannya yang masih terikat. Dia terus memeluk tubuh Aira dari arah belakang.
Keadaan Aira kelihatan sangat tenat.
Mulutnya tak henti - henti mengeluarkan darah. Danial terus menangis.
Air matanya gugur membasahi pipi Aira.
Mulut Danial terus berdarah apabila 5 tikaman menikam perutnya. Laila terus senyum kerana puas hati.
Dia terus membantu Hazim untuk bangun. Belum sempat Laila dan Hazim ingin melarikan diri, kedua-duanya terus terduduk lemah diatas lantai setelah 1 tembakan hinggap di badan mereka. Tubuh mereka berdua mula dipenuhi dengan lumuran darah merah pekat.
Pihak polis terus melepaskan ikatan di tangan Johan dan Liyaa.
Aira sedari tadi mula tidak sedarkan diri. Danial terus meraung penuh sebak apabila Aira mula menutup mata.
Tak sampai setengah jam, tubuh Danial juga mula tumbang mencecah lantai.
2 bulan kemudian
Shaila sedari tadi masih setia menanti Aira. Sudah hampir 2 bulan ketuanya koma. Shaila kelihatannya masih bersedih melihat keadaan Aira yang dipenuhi dengan wayar.
Air matanya asyik menitis tanpa henti. Dia terus berasa lega setelah jari Aira mula bergerak-gerak.
Akhirnya Aira mula membuka mata. Pandangannya terasa cukup silau. Aira terus menyentuh dahinya yang masih berbalut.
Dia terus memandang di sekelilingnya.
Aira gagahkan diri untuk bangun.
"Mana Danial ?" tanya Aira penuh serak kepada Shaila. Shaila hanya diam.
Aira terus mencabut semua wayar di badannya, dan dia terus keluar daripada wad. Shaila yang cemas terus mengikuti langkah Aira dari belakang.
Aira masih cuba untuk melangkah laju walaupun pada ketika itu perutnya terasa sangat sakit.
Dia terus berlari masuk kedalam sebuah wad yang tertulis nama Danial walaupun dia dihalang oleh jururawat yang bertugas.
Aira terus meluru kearah Danial yang terbaring diatas katil. Tubuh Danial juga dipenuhi oleh wayar.
Aira terus meraung penuh sedih dan kesakitan apabila melihat keadaan Danial.
Air matanya terus mengalir jatuh membasahi pipi Danial.
Shaila terus menghampiri Aira.
Tak sampai 5 minit tubuh Aira mula rebah ke pangkuan Shaila.
Shaila terus memapah tubuh Aira dengan dibantu oleh sepupu Aira, Ryan.
Johan terus merenung Aira dari luar wad.
Air matanya ingin gugur tetapi dia tetap kentalkan jiwa.
"Bertahan Aira! Lawan kesakitan you. Jangan sia - siakan pengorbanan suami you !" Ucap Johan penuh sebak.
Liyaa yang melihat Johan dari jauh hanya terdiam. Dia terus teringatkan peristiwa buruk yang berlaku 2 bulan yang lalu.
Di hospital
Liyaa dan Johan mula ditahan di wad dan dirawat sepenuhnya di hospital.
Mujurlah, mereka berdua hanya luka ringan sahaja. Sementara Aira sejak semalam masih koma kerana banyak kehilangan darah.
Di wad Danial
"Tolong doktor, please." rayu Danial penuh lemah yang masih tersandar di birai katil.
Doktor yang merawat Danial dan Aira hanya terdiam bingung.
Wajah Danial dipandang lama.
"Are u serius Danial ? Risiko besar kalau kamu yang dermakan darah kamu, nyawa kamu yang jadi galang gantinya. Saya tak sanggup nak ambil risiko. Ini soal nyawa pesakit saya !" terang doktor itu penuh cemas.
Lantas tangan doktor itu terus dipegang lama oleh Danial.
"Doktor, saya tak kisah kalau nyawa saya yang jadi galang gantinya tapi saya tak sanggup nak tengok isteri saya hidup menderita ! Tolong saya doktor ! Saya mohon, jalankan pembedahan ini ! Saya mohon." rayu Danial penuh sebak.
Doktor itu terus memandang lama wajah Danial.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...