Aira kelihatan penuh sayu apabila menziarahi kubur maminya. Air matanya asyik mengalir dari tadi. Dia menjadi sebak. Johan dari belakang turut menjadi sebak apabila gadis idamannya mula menangis.
"Mami, b minta maaf sebab b dah lama tak jenguk mami. Mami b rindukan mami, b rindu nak peluk mami. B rindu mami.... " ujar Aira sebak.
Air mata Johan juga mula mengalir tanpa Johan sedar. Aira mula berdiri.
"Mami, nanti b datang lagi, ingat lah yang b sayang sangat kat mami." tutur Aira sebak sambil melangkah pergi dari situ. Johan juga mula mengikuti langkah Aira.
Di dalam kereta
Aira masih merenung iphonenya. Dia begitu berharap Danial akan menelefonya. Namun dia begitu kecewa sekali kerana Danial tidak menelefonnya.
"You, ikut I harini." tutur Johan tiba - tiba.
"Pergi mana ?" tanya Aira pendek.
"Rahsia, you ikut je okay." ucap Johan riang.
Aira hanya angguk.
Dia terus menghantar pesanan kepada Danial sekali lagi.
Danial kelihatan sedikit marah apabila membaca pesanan dari Aira. Laju dia mencapai kunci keretanya. Dia terus keluar dari dorm.
Aira begitu tergamam sekali apabila Johan membawanya ke rumahnya.
Aira hanya mengikuti langkah Johan yang mula meluru masuk kedalam rumah.
Kedatangan Aira disambut dengan baik sekali. Aira terus diajak oleh mami Johan kedapur.
Di dapur
Mami johan kelihatannya begitu ramah sekali.
"Cantik betul Aira." puji wanita itu sambil senyum.
"Thanks aunt, tapi Aira biasa - biasa je." ucap Aira merendah diri.
"Nah minum dulu." ucap Datin Arina sambil menghulurkan segelas jus oren kepada Aira.
Aira terus meneguk minuman tersebut.
"Kalau Aira nak tahu, inilah kali pertama Johan bawak gadis kat rumah kami. You know what, aunty rasa dia suka Aira." tutur kata wanita itu membuatkan Aira sedikit tergamam.
"Oh, tak kut aunty. KItorang kawan je."ucap Aira jujur.
Bahu Aira terus dipegang lama.
"Thanks Aira, even aunty baru je kenal Aira tapi aunty tau Aira gadis yang baik. Aira tau tak ? Sejak dia kenal Aira, dia dah tak keluar dari rumah. Aira pom tau kan yang dulu Johan seorang playboy. Tapi alhamdulilah Johan dah berubah sekarang. Aunty bersyukur sangat kerana dia bertemu dengan Aira. Aunty rasa bahagia sekali apabila dia dah berubah." terang Datin Arina sebak.
"Hmm baguslah aunty but Aira tak rasa dia berubah sebab Aira. Lagipun kitorang baru je kenal."
Datin Arina hanya senyum.
"Aunty dapat rasa Aira. Lagipun dia selalu cakap pasal kamu di rumah. Bila dah jumpa kamu baru lah aunty faham. Tak hairan lah kalau dia suka kamu, kamu cantik sangat dan kamu baik. Aunty harap kamu boleh terima dia. " ucap wanita itu lagi.
"Hmm aunty, boleh tak kalau aunty ajar Aira masak something ?" Aira terus menukar topik.
"My pleasure Aira, cakap je pape aunty tolong. Btw bila birthday Aira ?"
"Lusa aunty. Lagi 2 hari lah. Why ?" tanya Aira ingin tahu.
"Lah so maknanya birthday kamu sama dengan birthday Johan ! Wah ! Nanti datang rumah aunty ok, kita sambut birthday kamu berdua." ajak wanita itu.
"Hmm." Aira hanya senyum.
Di meja makan
"Tambah lah nasi tu lagi Aira, sikit sangat kamu makan. " tawar Datin Arina ramah.
"Thanks aunty tapi takpe. Aira dah kenyang." tolak Aira sopan.
Johan terus menuangkan air putih buat Aira.
"Thanks johan." Aira terus meneguk air tersebut.
Johan hanya memandang Aira dengan senyuman.
Aira hanya memandang kearah lain kerana dia begitu tidak selesa sekali dengan pandangan Johan.
Di luar rumah
"Thanks aunty sebab dah layan Aira dengan baik. Ucap Aira ikhlas.
Datin Arina terus memeluk tubuh Aira dengan erat.
"Takecare okay Aira, aunty sayang Aira. Betul ni kamu nak naik teksi je ? Taknak Johan hantar ?" Aira terus meleraikan pelukan.
"Takpe lah aunty, Aira naik teksi je. Lagipom ni dah malam tak elok kalau Aira tumpang Johan.
"Aira balik dulu, Johan aku balik dulu ! Jumpa esok." ucap Aira lembut lalu terus meluru keluar dari perkarangan rumah Johan.
Johan hanya senyum.
"Bahagia nampak !" sakat Datin Arina.
"Mestilah mom." ucap Johan sambil gelak kecil.
Jujur saat itu dia begitu bahagia sekali.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...