Gitar milik Danial terus dilempar ke dinding. Danial yang melihat tindakan drastik papanya terus meluru kearah gitarnya, laju tangannya mengambil semula gitar tersebut.
"Apa ni papa ? Tak payahlah lepaskan kemarahan dekat gitar Danny. Marah Danial panas.
"Danny, kau jangan nak kurang ajar dengan papa eh. Kau patutnya bersyukur sebab hanya gitar ni je yang jadi galang gantinya, kalau tak dengan kau sekali yang kena." marah Tan Sri Aiman tegas.
"Papa kalau papa dah benci sangat dengan Danny, papa pukul je Danny. Danny tak kisah. Kalau perlu, buang je Danny. Tapi jangan sesekali rosakkan gitar Danny lagi. Tolonglah." rayu Danial lagi.
Tan Sri Aiman terus acu tangan kearah Danial.
"Kau jangan macam- macam Danny. Jangan sampai papa naik tangan kat muka kau. Berapa kali aku nak pesan hah ? Jangan pernah bertindak bodoh, jangan cuba nak malukan aku." Lelaki tua itu mula merenung tajam ke arah Danial.
"Aku ni Tan Sri, kau tu anak aku. Anak Tan Sri. Lagipun apa yang kau dapat hah dari gitar buruk tu ? Gitar buruk yang selalu kau petik ni takkan beri apa - apa faedah pom kat kau. Sebab tu aku banyak kali pesan jangan nak jadi anak yang tak berguna. Yang kau gatal sangat nyanyi kat hotel aku kenapa ? Kau nak cari pasal dengan papa ke eh?" maki hamun Tan Sri Aiman lantang.
Puan Sri Alia hanya diam sahaja. Dia sendiri tidak berani ingin membela anak tunggalnya walaupun jauh di sudut hatinya, ingin sahaja dia membela anak tunggalnya. Tetapi dia diam kerana dia sudah cukup lama mengenali penyakit baran suami barunya itu.
"Apa papa merepek ni ? Danny punya sukalah nak nyanyi kat mana pun, dah orang ajak so Danny nyanyi jela. Lagipun Danny nyanyi je Danny takde kaitkan nama papa pun. Jangan risaulah Danny takkan malukan nama papa. Untuk pengetahuan papa, Danny tak pernah sudi pun nak mengaku yang Tan Sri Aiman papa Danny." ujar Danial bengang.
Pang ....
Satu tamparan hinggap ke pipi putih Danial.
"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku, aku ni papa kau. Hanya aku sorang je papa kau, respect aku sikit sebagai papa kau. Jangan nak ingkar cakap aku. Aku paling pantang bila orang ingkar cakap aku !" laung lelaki itu lagi.
"Oh papa dah berani naik tangan kat muka Danny. Tak sangka kan Tan Sri Aiman yang bertanggiungjawab, baik hati, penyayang dan pemurah di mata dunia sanggup pukul anaknya sendiri. Oh Danny lupa, papa pukul Danny sebab Danny bukan anak kandung papa."
"Yang tu Danny sedar diri, Danny tau Danny anak tiri. Sebab tu Danny tak pernah sikit pom nak mengaku yang Danny still ada papa. Papa Danny hanya sorang and takde sapa yang mampu ganti papa Danny. Even Tan Sri Aiman pun tak boleh !" Danial terus gelak.
"Oh maybe, dekat mata semua orang bolehlah Tan Sri Aiman tipu oh I mean papa. Tapi kat mata Danny tak !"
Kolar baju Danial terus diheret oleh Tan Sri Aiman. Lelaki tua itu mula mengacukan penumbuk kearah Danial.
"Tumbuk jela, Danny tak kisah !" laung Danial lantang.
Baru sahaja, lelaki tua itu ingin menumbuk Danial namun tumbukannya hinggap tepat ke muka isterinya sendiri.
Isterinya terus jatuh ke lantai. Danial segera menghampiri tubuh mamanya. Air matanya gugur apabila melihat hidung mamanya mula berdarah.
"Mama, maafkan Danny." ucapnya perlahan sambil mengelap darah mamanya menggunakan jarinya. Tanpa dia pinta air matanya gugur keatas wajah mamanya.
"Danny sayang, Danny....dengar cakap mama. Bilaaaaa ma...ma dah takde nanti, Danny kena beha...ve ok, respect papa.. Even dia papa tiri Danny tapi ma...ma sayang dia Danny."
"Mamaaaaa sayang Danny. Nanti .....Tetap tinggal kat rumah ni,jangan sese..kali Danny angkat kaki dari rumah ni. Ni rumah Danny, hak Danny. Mama dah tak boleh nak ada dengan Danny sayang. Maafkan mama sayang. Mama dah lukakan hati Dann...ny." ucap Puan Sri Alia lemah.
"Mama bertahan ok, bertahan ma. Kejap lagi doktor sampai. Tolong mama, demi Danny tolong bertahan ! Jangan tutup mata, Danny mohon." rayu Danial lemah.
Tan Sri Aiman hanya melihat sahaja, dia seakan - akan patung. Dia langsung tidak bersedih apabila melihat keadaan isterinya yang mula nazak.
Hazim juga sama. Dia hanya mampu mengintai dari luar bilik Danial.
" Ma...ma sayang Dannyy..."
Danial terus meraung sekuat hatinya apabila mata mamanya mula tertutup usai sahaja meluahkan rasa sayangnya.
Dia tidak henti - henti menangisi pemergian mamanya.tangan mamanya digenggam erat.
Dia masih meratapi pemergian mamanya.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...