"Jemput makan." pelawa makcik Kiah sambil menuangkan air the kedalam cawan yang berada diatas meja.
"Wah nampak sedap, jomlah melantak." ujar Liyaa terlebih gembira.
Dahi Liyaa terus dijentik Aira.
"Doa first !" tegur Aira tegas.
"Yeeyeye sorry lupa." ujar Liyaa naif.
Aira, Liyaa dan Shaila kelihatan enak menjamu selera.
Makcik kiah pula terus bangun menuju ke arah pintu keluar setelah pintu diketuk bertalu-talu dari arah luar.Wajah makcik Kiah terus menjadi ceria setelah melihat wajah tetamunya.
"Laa, Aiman jemput naik man." ajak makcik Kiah sejurus Aiman bersalam dengannya.
Aiman terus menerima pelawaan makcik Kiah. Mereka berdua terus berjalan kearah ruang makan. Shaila terus tersedak apabila melihat wajah Aiman.
Aiman terus duduk di sebelah Aira.
"Hai, makcik Kiah diorang berdua ni sape?" tanya Aiman sejurus merenung kearah Aira.
"Laa, diorang ni kawan Shaila. Sama - sama belajar dekat U man, ni makcik kenalkan yang comel sangat ni Aira, yang manis ni pula Liyaa." perkenal makcik Kiah.
Aiman terus menghulurkan tangan untuk bersalam kearah Aira namun salamnya tidak disambut Aira.
"Airabella." ujar Aira pendek.
Aiman hanya senyum.
"Dah - dah jom kita makan." arah makcik Kiah.
Di pondok
"Cantik betul view kampung kau ni charly." puji Aira sambil memandang pemandangan kampung Shaila yang dipenuhi dengan sawah padi.
"Tulaa, kan Charly dah cakap, ketua mesti jatuh cinta punya dengan kampung Charly. " ujar Shaila pura-pura ceria seperti biasa.
Aira terus memandang wajah Shaila lama.
"Kenapa ketua pandang Charly macam ni? Charly ada buat salah ke?" ujar shaila naif.
Bahu Shaila terus dipegang lama.
"Kau suka abang Am kan?"
Shaila terus menunduk.
"Macam mana ketua tau?" tanya Shaila dalam nada yang agak mendatar.
"Kau kan kembar aku, mestilah aku boleh rasa perasaan kau hehe. Okay Charly listen here, jika kau betul - betul suka dekat dia, so pertahankan. Jangan pernah mengaku kalah ! Jangan jadi macam aku, yang tewas dengan permainan aku sendiri." nasihat Aira panjang lebar.
"Ketua tak pernah tewas pom tau, lagipom ramai je laki yang suka kat ketua. Hm contohnya Rayyan and even abang Am pom macam ada hati je kat ketua. Tapi Charly tak kisah pom. Charly redha kalau dia tak suka Charly." ujar Shaila sedih.
"Apa yang kau merepek ni? Dia baru je 2 minggu kenal aku, takkan dah falling in love. Okay let' say dia suka aku, tapi aku tak suka dia pom. Takkan pernah ok? Jadi pertahankan cinta kau, aku nak tengok kau happy. Aku sayang kau tau. Kau dah macam adik aku sendiri walaupun kita sebaya." ucap Aira ikhlas.
Shaila terus memeluk Aira.
"Terharulah ketua, sayang ketua." ucap Shaila penuh sebak.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...