Epilog 11 : Yang terindah

4.4K 142 9
                                    

Lily dan Sheila sudah pun menemani Aira di dalam wad.

Mereka berdua juga tidak putus - putus memberikan kata - kata semangat kepada Aira yang sedari tadi tampak lemah semangat.

Aira sedari tadi juga meluahkan rasa takutnya tentang kesakitan "melahirkan" kepada kedua - dua wanita tersebut.

Tetapi kedua - dua wanita itu tetap menenangkan Aira supaya kuat semangat.

Eh tapi kalau fikir balik melihatkan Aira saat itu yang masih mampu lagi untuk meluahkan isi hatinya, dia cukup kuat juga eh.

Bukan apa, kebiasannya kalau ibu mengandung yang lain yang sudah berada di tahap yang sama dengan Aira sudah pasti mereka tidak ada kemampuan untuk bercakap lagi.

Hal ini kerana di fasa itu mereka sudah pun menanggung kesakitan.

Tetapi jangan fikir bukan - bukan eh ? Aira pun saat itu sudah tampak pucat dan lemah.

Tetapi dia tetap paksa diri untuk tampak lebih kuat.

"Aira rest lah dulu eh ? Akak dengan aunty nak pergi surau jap. Dah masuk waktu subuh ni." ujar Sheila yang mewakili Lily juga.

Mereka berdua juga bingkas bangun dari kerusi yang diduduki oleh mereka itu.

Aira hanya mengangguk sahaja.

Dia sudah tidak larat saat itu untuk kerap memberi respon.

Rasa sakitnya masih menikam dirinya.

Dia hanya memerhati sahaja kelibat kakak dan ibu mertua tirinya beredar dari situ.

Setengah jam kemudian, Aira terus senyum manis saat kelibat suaminya muncul di dalam wadnya.

Di tangan Danial sudah ada sebungkus nasi kerabu kegemaran isterinya dan sebotol air mineral.

Danial bingkas melabuhkan punggung ke atas kerusi yang berdekatan dengan katil isterinya itu.

"Mummy, meh makan sikit. Mummy belum jamah apa - apa makanan lagi ni." ujar Danial yang mula membuka bungkusan nasi kerabu tersebut.

Danial terus tampak risau sejurus Aira mula mengelengkan kepalanya tanda dia enggan makan.

"Tak boleh macam tu mummy. Makan sikit pun jadi lah. Janji ada tenaga nanti. Kalau tak makan nanti masuk angin. Sikit je okay ? Dua sudu pun jadi. Janji makan." pujuk Danial lagi lembut sambil sua sudu ke arah mulut isterinya.

"Taknak daddy. Nanti kalau makan mesti nak kena pergi toilet. Mummy tak larat. Sakit tahu tak." respon Aira yang mula bersuara.

Tangan isterinya terus dipegangnya lama.

"Yes daddy faham mummy. Tapi sikit je okay. Makan sikit je mummy. Mummy kena ada tenaga tahu. Kalau esok tetiba betul - betul bersalin macam mana ? Sebab tu lah daddy suruh mummy makan sikit. Buat isi perut." pujuk Danial lagi lembut.

Aira masih mengelengkan sahaja saat itu.

"Mummy, jangan risau okay ? Daddy kan ada ? Mummy nak pergi toilet pun pasti daddy akan temankan. Dah jangan risau. Makan sikit." pujuk Danial lagi yang masih tidak putus asa.

Danial terus senyum saat Aira mula akur ketika itu.

Usai Aira menbaca bismillah, Danial terus menyuap nasi kerabu tersebut ke dalam mulut isterinya.

Tak sampai tiga suap, Aira sudah enggan untuk makan lagi.

Dia tidak larat saat itu. Rasa sakitnya semakin menerkam dirinya.

Danial terus menuangkan air mineral tersebut ke dalam gelas yang sudah tersedia ada di atas meja. Pasti gelas itu milik kakak isterinya, Sheila yang khas untuk kegunaan Aira.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now