Aira terus bangun daripada tidur setelah dikejutkan oleh Danial.
Dia terus senyum apabila nampak sahaja kotak yang berisi ayam mcd.
"Kau ni memang kan ? Demam pom still nak makan benda ni, kau ingat benda ni elok ke untuk kesihatan kau ?" marah Danial sambil menyuap ayam McD tersebut kedalam mulut isterinya.
"Sihat okay, kau tak makan sekali ke ?" tanya Aira sambil mengunyah isi ayam tersebut.
"Tak aku dah kenyang, kau makanlah. Nah minum air ni dulu. Lepasni makan vitamin tu. Jangan nak buat lupa pula." arah Danial tegas sejurus membuka penutup botol air mineral yang dibelinya.
Aira terus meneguk air tersebut dengan serta - merta.
"Dah sekarang ni kau rest dulu." arah Danial tegas.
"Demam kau tak kebas lagi tu so jangan banyak gerak. Hmm, malam ni member kau yang teman kau okay ?" ujar Danial lagi sambil membantu Aira bersandar di birai katil.
Aira terus menepuk dahinya apabila mendapati iphonenya kehabisan bateri.
"Kau ni kan ! Berapa kali aku nak pesan ? Powerbank tu selalu bawa, buat apa beli powerbank kalau tak nak guna, sia - sia je." bebel Danial tegas.
" Hmm, dah - dahlah membebel tu. Dah macam mak - mak pula." marah Aira selamba.
Aira terus mencebik sejurus melihat riak wajah Danial.
"Monyet ! Kau pergi tutup langsir tu !" arah Aira secara tiba - tiba.
"Tutup langsir ? Kenapa ?" tanya Danial sedikit hairan.
Aira terus tunjuk ke arah kelibat Shaila dan Liyaa yang sedari tadi asyik mengintai di sebalik tingkap yang terbuka.
Danial terus gelak seketika.
Dia terus menuruti kemahuan Aira.
Lantas tubuh suaminya terus dipeluk Aira lama.
Danial yang tadinya marah terus sengih. Dia terus mengusap rambut isterinya lembut berulang kali.
"B, kenapa dengan kau lately ni ? Manja semacam je ?" tanya Danial pula.
"Biarlah ! Suami aku juga ! Tak boleh eh aku nak manja - manja dengan kau ?" soal Aira pula pura - pura merajuk.
Aira terus meleraikan pelukan.
Danial terus gelak. Dia terus menghampiri isterinya.
"Merajuk eh ? Meh aku pujuk !" ucap Danial.
Dia terus mencium pipi isterinya lama.
Aira terus senyum tanda dia bahagia. Dia mula memeluk suaminya lagi.
Mereka berdua terus tergamam sejurus kelibat Shaila muncul di situ.
Shaila terus ternganga tanda dia terkejut. Lantas pelukan terus dileraikan dengan serta - merta.
"Sorry, ganggu ketua dan senior ! Charly keluar dulu ! Charly tak sengaja !" ucap Shaila penuh rasa bersalah.
Aira dan Danial terus saling menatap antara satu sama lain. Mereka berdua terus gelak.
"Tunggu sini !" ujar mereka berdua serentak.
Shaila terus terdiam kaku.
"Kitorang dah nikah. So jangan fikir yang bukan - bukan. Dah lama dah sah." ujar Aira dan Danial secara serentak.
Aira terus gelak kecil sejurus Shaila mula pitam di atas lantai.
Hahahaha. Shaila, Shaila.
30 minit kemudian
Kelibat Johan muncul di hospital.
Liyaa sedikit tergamam apabila melihat Johan meluru masuk ke wad Aira. Jauh di sudut hatinya dia sedikit kecewa.
Aira hanya selamba memandang Johan yang muncul di wadnya. Johan terus meletakkan bakul yang berisi buah epal hijau keatas meja.
"Macam mana kau tahu aku ada kat sini ?" tanya Aira pelik.
"I ikut instinct I je, btw you dah okay ke ? Feeling better ? You nak makan tak ? I boleh kupaskan buah epal untuk you." tanya Johan penuh prihatin.
"Aku okay la, aku cuma demam je. Hmm takpe, aku tak lapar. Hmm, Johan sebenarnya aku nak berehat ni so why not kau tinggalkan aku sendirian ? Hmm satu lagi, jaket kau tu. Nanti bila aku dah cuci jaket kau aku serah kat kau ye !" ujar Aira serius.
Johan terus senyum.
"Hmm okaylah you, you rehat jela ye. I taknak kacau you. Takecare and pasal jaket tu, tak payah kembalikan pun takpe. Anggap je hadiah I untuk u." usik Johan sambil kenyit mata.
"Okaylah I balik dulu, takecare !" ujar Johan sambil meluru keluar dari wad Aira.
Kemudian dia terus berselisih dengan Danial yang mula mengatur langkah ke wad Aira. Danial hanya merenung Johan tajam.
Danial terus meluru masuk ke dalam wad isterinya. Laju tangannya meletakkan powerbank keatas katil Aira. Aira terus tersenyum lebar.
"Ada orang jenguk kau ke tadi ?" tanya Danial seakan cemburu.
"Oh tadi ada. Johan budak satu kelas dengan aku haa tadi dia datang melawat aku." terang Aira selamba sambil bermain iphonenya.
"Johan ? Dah kenapa dia nak lawat kau pula ?" tanya Danial bengang.
"I don't know okay ? Don't ask me ! Ala yang kau nak marah marah ni kenapa ? Chill la, dia rakan sekelas aku je. Dah kitorang satu kelas, so wajarlah kalau dia nak datang melawat aku, lagipun buat apa kau nak jeles ? Aku tak pernah jeles pun bila kau lepak dengan kawan perempuan kau." tutur Aira panjang lebar.
"Chill kau cakap ? Selamba je kau boleh cakap macam ni ? Apa ni b ? Kau tak boleh anggap hal ni as a small matter. Who know he likes you huh ! Kau jangan nak layan dia sangat ! Aku tak suka !" marah Danial bengang.
"Ala Mr Danial Lee cemburu eh ? Meh sini ! arah Aira sambil angkat kening.
Danial terus mengikuti kemahuan Aira. Aira terus tunjuk ke arah pipinya.
"Apa maksud kau ?" soal Danial yang masih tidak faham.
"Kiss aku lah !" marah Aira sambil jeling Danial.
"Kenapa nak kiss kau ? Aku ke kau yang merajuk ?" sakat Danial.
Danial terus gelak sejurus Aira mula pura - pura main iphonenya.
Lantas tubuh isterinya terus dipeluk lama.
"Aku jealous sebab aku sayang kau !" ucap Danial pendek.
Aira hanya senyum sahaja. Bahagia sekali dia saat itu.
" Hmm, kau restlah. Aku balik dulu ! Call aku asap bila kau dah boleh discharge."
"Hmm, takyahlah balik ! Temanku aku !" pinta Aira sambil buat muka comel.
Danial terus senyum manis. Lucu dia melihat kerenah isterinya.
Jarang sekali Aira bersikap manja seperti itu. Tetapi peduli apa, dia lagi sukakan sikap isterinya seperti itu.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...