Di HospitalDanial tidak putus - putus mendoakan isterinya. Isterinya sudah berada dalam wad.
Entah kenapa isterinya pitam tadi. Mungkin kerana tekanan emosi.
Di luar wad, Sheila dan Ikram juga sudah setia menunggu Aira yang sedang diperiksa oleh Doktor yang bertugas.
Nampak sahaja kelibat doktor yang yang bertugas keluar dari wad Aira, mereka bertiga terus bergegas menghampiri doktor tersebut.
"Doktor, macam mana dengan keadaan wife saya ? Keadaan baby kami ? Okay kan ?" tanya Danial penuh panik.
Bahu Danial terus disentuh seketika oleh doktor tersebut.
"No worries, both of them selamat. Wife kamu cuma penat. Satu lagi lepas ni jangan biarkan emosi wife kamu terganggu. Ibu mengandung ni, emosi dia tak selalunya stabil." pesan doktor tersebut sambil senyum.
"Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih sebab dah lindungi isteri dan anak hamba". ucap Danial sejurus dia sujud syukur tanda dia bersyukur.
Sheila dan suaminya juga kelihatan lega mendengarkan berita tersebut.
"Btw, isteri kamu dah sedar. Dia nak jumpa kamu sekarang. Kamu dah boleh jenguk dia." ucap doktor itu sebelum beredar dari situ sejurus Danial mengucapkan terima kasih.
"Hm akak, abang. Danny masuk dulu. Korang taknak masuk ?" soal Danial prihatin.
Sheila terus senyum.
"Takpe Danny masuk dulu. Lagipun akak tahu Aira masih belum ready nak maafkan akak. Akak taknak keruhkan keadaan lagi. Akak tunggu dekat luar je." respon Sheila yang mula bertimbang rasa.
"Hmm ok." respon Danial pendek. Dia terus meluru masuk ke dalam wad isterinya.
30 minit kemudian
Sheila terus tergamam sejurus kelibat Lily dan Tan Sri Aiman muncul di situ. Lily yang merangkap ibu tiri kepada Danial saat itu sudah memakai hijab.
Manis sekali bila wanita itu memakai hijab.
Tan Sri Aiman terus berjabat tangan dengan suami kepada Sheila iaitu Ikram.
Lily terus menghampiri Sheila.
"Maafkan i sebab datang sini. I takde niat nak ganggu you. I tahu yang you takkan... maaf...."
Ayat Lily terus terhenti di situ sejurus tubuhnya mula dipeluk oleh Sheila.
"Saya dah maafkan awak. Lagipun setiap manusia perlu diberikan peluang kedua. Perkara yang lepas tu, biarkan ia berlalu. Sekarang ni kita berdua perlu lebih memperbaiki diri kearah yang lebih baik." nasihat Sheila penuh tulus.
Lily terus sebak saat itu. Dia tidak sangka Sheila akan memaafkannya. Dia merasa dirinya tidak layak untuk dimaafkan atas apa yang telah dilakukan oleh arwah adiknya, Laila kepada keluarga Sheila itu.
Pelukan terus dileraikan.
"Terima kasih Sheila." ucap Lily penuh ikhlas.
"Sama - sama. Saya ikhlas maafkan awak." respon Sheila sambil senyum.
Tan Sri Aiman dan Ikram juga senyum. Mereka berempat mula mengucapkan rasa syukur saat itu.
Di wad Aira
Nampak sahaja kelibat Danial yang mula menghampiri katilnya, Aira terus menangis.
Lantas, tubuh isterinya itu terus dipeluknya.
"Dah kenapa b nak nangis pula. No worries okay ? Baby kita selamat." pujuk Danial lembut sambil gosok belakang isterinya.
"Hubby, b nak mintak maaf sebab biadap dengan hubby tadi. B takde niat pun. B cuma kesal. Maafkan b." pinta Aira sejurus pelukan dileraikan.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomansaUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...