Di dalam wad Aira
Aira terus senyum sejurus melihat suaminya sudah selesai menunaikan solat isyak ketika itu.
Dia hanya memandang suaminya sahaja ketika itu.
Danial juga sempat memanjatkan doa kepada Tuhan yang Maha Esa.
Bersyukur sekali dia saat itu kerana dengan kuasa Allah yang Maha Esa yang telah melengkapkan keluarganya semula.
Usai berdoa, dia terus lipat sejadahnya dan meletakkannya ke atas meja yang berdekatan dengan katil isterinya.
Esok isterinya sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Seperti biasa, tiap kali Aira masuk hospital dialah yang akan menemani Aira disitu.
Dia terus melabuhkan punggung di atas kerusi yang berdekatan dengan katil isterinya.
Danial masih memakai songkoknya kerana dihalang oleh Aira untuk menanggalkannya.
"Handsome juga suami b ni. Okay 1,2,3 smile." ucap Aira sebelum menangkap beberapa keping foto suaminya. Pelbagai gaya disuruhnya Danial gayakan.
Usai itu, Danial terus menanggalkan songkok hitam yang disarung kepalanya itu.
Keluarga Danial dan keluarga Aira telah pulang terlebih dahulu. Ini kerana mereka juga ada urusan lain yang harus diuruskan.
Kakak Aira terpaksa pulang awal petang lagi kerana dia perlu menguruskan butik milik arwah maminya.
Suaminya pula, iaitu Ikram harus pulang ke kafe kerana keramaian pelanggan di sana.
Rezeki Ikram kan. Alhamdulillah.
Aira batalkan sahaja hasratnya untuk mengajak suaminya berborak sejurus dia melihat Danial sudah terlelap di kerusi yang didudukinya.
Suaminya juga banyak kali tersengguk - sengguk.
Dia tahu suaminya keletihan saat itu. Sehari suntuk memandu kereta.
Belum kira lagi dengan melayani sikap degilnya. Eh silap sikap egonya yang tinggi bak gunung - ganang.
Rambut suaminya diusap lembut.
"Goodnight." ucap Aira pendek sebelum dia menutup lampu di wadnya.
Pagi itu
Selesai solat subuh berjemaah, Aira kelihatannya sudah mula bersarapan. Tetapi lucunya, awal pagi lagi dia hanya memilih mangga muda sebagai menu sarapan utamanya.
Lain macam si Aira ni. HAHAHA.
Walaupun banyak kali dihalang oleh Danial, dia tetap berkeras juga ingin memakannya pagi itu.
Nak tak nak permintaan ibu mengandung terpaksalah si suami turutkan.
Danial hanya memerhati gelagat isterinya yang tampak enak menjamu selera.
Dia sempat mencebik saat itu. Bukan apa, dia ada tertanya - tanya juga kenapalah ibu yang mengandung sukakan buah yang masam.
Tak sanggup dia nak makan buah semasam itu.
Kalau disuruh tukar posisi dengan isterinya pun dia tidak sanggup.HAHAHA. Kurang asam si Danial Lee.
Saat Aira menawarinya buah mangga itu, laju dia tolak.
Jangan mengutuk eh ! Ya dia memang sayangkan isterinya tapi dia juga sayangkan dirinya.
Lagipun tekaknya tidak akan dapat menerima buah yang masam tersebut.
Ceh Danial Lee, banyak alasan.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
Roman d'amourUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...