Happy graduation day sweetie 🖤🦋

2.2K 131 9
                                    

Petang itu Aira hanya menghabiskan masanya dengan berada di pondok usang di depan rumah Shaila.

Dia sedari tadi asyik tersenyum sejurus melihat pemandangan yang begitu indah itu.

Aira memilih untuk menghabiskan masanya di situ memandangkan hari esok dia dan rakannya akan bertolak pulang ke kl.

Dia terus senyum sahaja setelah Aiman melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Jauh termenung, fikirkan siapa?" tegur Aiman pendek.

"Teringatkan someone sebab dah lama tak contact." ujar Aira selamba.

"Oh boyfriend ke?" tanya Aiman sedikit cemburu.

Aira terus merenung wajah Aiman lama.

"Abang am taknak kahwin ke?"

Aiman terus gelak.

"Mestilah nak Aira, siapa je yang taknak kahwin, cuma takde calon lagi." ujar Aiman pendek.

"Abang Am takde calon ke, or abang Am memilih ? Abang Am, kalau ada je mana - mana perempuan yang suka kat abang, u should accept her." Aira terus mengeluh berat.

"Bila dia dah ikhlas sukakan abang, abang Am tak patut tolak dia. Tau tak bukan senang tau nak cari orang yang betul - betul sayangkan kita. Nanti bila orang tu dah takde, jangan nak menyesal pula." ujar Aira pedas.

"Apa maksud Aira? Abang Am tak faham."

Aira terus berdiri.

"Tak, abang Am faham. Kalau abang Am tak pernah ada hati dekat Shaila, jangan pernah bagi dia harapan! Shaila tu naif, tapi dia baik sangat. Tolong jangan lukakan hati dia." ujar Aira ingin berlalu.

"Pandai Aira bermadah, siapa yang ajar." sindir Aiman pedas.

Aira terus merenung wajah Aiman.

"Suami Aira yang ajar." ujar Aira sambil tunjuk cincin di jarinya.

Aiman terus tergamam setelah mengetahui Aira sudah berkahwin.

Aira terus senyum.

"Ingat tau, waktu ni memanglah abang takkan rasa sakit tapi bila dia dah pergi jauh dari hidup abang Am, hmmm perit rasanya. Oklah Aira naik dulu, nak packing baju. Abang Am patut balik rumah kut, dah senja ni." ujar Aira sejurus mengangkat kaki dari situ.

Aiman hanya terduduk lemah. Hatinya cukup sakit saat ini. Dia tidak menyangka yang Aira sudah berkahwin. Pedih hatinya ketika itu.

Pagi itu mereka bertiga mula bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Aira hanya merenung wajah Shaila melalui cermin kereta. Riak wajah Shaila tampak muram.

Hari Graduasi 🤍

Hari yang ditunggu akhirnya tiba jua.

Aira dan rakan - rakan sebiliknya sedari tadi sudah mengenakan jubah graduasi mereka.

Student-student lain juga sama.

Habis sahaja sesi pengagihan sijil dan anugerah, Aira dan rakannya terus bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.

Liyaa pula sedari tadi asyik bergambar dengan Johan.

Aira yang leka termenung terus berpaling ke belakang setelah namanya dipanggil dari arah belakang.

"Airabella, will you marry me?" lamaran dari Rayyan aka sepupunya terus membuatkan Aira tergamam.

Semua mata student mula tertumpu kearah mereka berdua. Cincin di tangan Rayyan hanya direnung sahaja.

"No." tolak Aira pendek.

"But why ? Why Aira ? Kenapa you bodoh sangat eh? You dah tau Danny takkan bangun so tak berbaloi pom kalau you tunggu dia! Baik you kahwin dengan I, I boleh jaga you ! Lebih dari lelaki tak guna tu!!!!"

Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Rayyan.

Rayyan terus memegang pipinya.

"Never Rayyan, sampai bila-bila pun I takkan pernah terima you. Satu lagi mulut you tu jaga sikit ! Suami i akan bangun ! I percayakan dia ! Tiada siapa pun yang boleh gantikan posisi dia ! No one !" ujar Aira penuh emosi.

Dia terus berlari dari situ. Rayyan hanya diam.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now