Aira terus meluru keluar daripada bilik doktor Hazim. Saat ini fikirannya benar-benar terganggu.
Danial yang kebetulan datang ke hospital terus terserempak dengan Aira namun gadis itu seolah - olah langsung tidak mempedulikannya malah tidak menyedari kehadirannya.
Belum sempat dia ingin tegur, gadis itu terlebih dahulu laju keluar dari hospital.
'What wrong with her ?' desis hati kecilnya.
Di rumah
"Mami, mami rasa betul ke apa yang Aira buat selama ni ?"
Datin Maria hanya tersenyum.
"B actually, bila mami find out yang b dah break dengan Danny mami kesal tau. Sebab apa mami kesal ? Sebab he is a good boy, respect orang tua and tahu jaga batas dengan b. Tapi apapun mami tetap support b ok."
Aira terus memeluk maminya.
"Kejam ke b mami ?" soalnya pendek.
"No b baik, b tak kejam pom. Lagipom b dah move on kan ? Dah 5 bulan kut b break. Mami rasa b getting better." soal wanita itu.
Aira hanya terdiam sahaja.
"B, keluar jap. Someone want to see u." panggil Datin Maria dari luar.
Aira terus meluru ke ruang tamu. Hatinya sepertinya berasa tidak tenteram apabila melihat wajah yang mengunjunginya. Masing - masing hanya menatap sesama sendiri.
"Dah - dah tak payah nak tatap mata sangat. U guys settle la masalah u guys elok - elok, discuss elok - elok. Lepasni mami dah taknak tengok sorang menangis kat dalam, and sorang lagi menangis kat luar." sakat Datin Maria.
"Mamiiii !!!" marah Aira.
Datin Maria terus meninggalkan Aira dan Danial sendirian.
Aira hanya menunduk. Danial pula sebaliknya.
"Taknak cakap dengan aku ke ?" tanya lelaki itu tiba - tiba.
"Hmm, buat apa kau datang sini ?" tanya Aira ubah topik.
"Kau tak sayang aku ke ?"
Pertanyaan itu membuatkan Aira diam seribu bahasa.
"Betul ke selama ni, kau tak pernah sayang aku ?Aku hitung sampai 3, kalau kau tetap diam aku akan anggap kau dah tak sayang aku and aku akan cuba untuk move on.1......2....."
Aira terus memukul dahi Danial menggunakan pen di jarinya.
"Gila tak sayang, aku sayang hmmm. Aku nak mintak maaf. Aku tak patut buat kau macamni, aku tak harap kita baik semula. Cuma aku taknak lukakan hati kau. Pape tahniah. Jaga Laila elok - elok." ucap Aira sambil senyum paksa.
Danial hanya gelak.
"Laila dengan aku ? Jangan nak mengarutlah b, aku tak pernah couple dengan dia. Aku cuba, tapi aku tak boleh. Aku hanya nak kau sorang je, aku takde hati kat perempuan lain. Aku harap kita baik semula."
Aira terus renung Danial.
"Pastu yang Laila post gambar kau dengan dia kat ig tu ? Tanya Aira menginginkan kepastian.
"Nonsense ! Bila masa pula aku ada gambar dengan Laila! Fyi b, aku hanya selfie dengan orang - orang yang aku sayang je ! Kau taknak tahu ke siapa mereka tu ?" pancing Danial sambil senyum nampak gigi.
'Oh mungkin Laila edit foto tu. Aih Aira, Aira boleh pula kau percaya bulat - bulat dengan foto yang Laila post tu. Dah sah - sah dia edit.' bentak hati kecilnya itu.
"Mereka ? Oh ramai sangat orang yang kau sayang !"
Bahu Danial terus dihempuk dengan kusyen sofa.
"Aku gurau jela. Kau la ! Fyi dalam galeri phone aku penuh gambar kau tahu." terang Danial selamba.
"Eleh kau ni poyo ! Kau juga yang nak jadi photographer tak berbayar aku, dahtu nak ungkit pula !" arah Aira bengang.
"Okay fine, aku gurau je okay. So, macam mana ? Kita ni dah berbaik ke ?" tanya Danial kembali serius.
"Sebenarnya aku dah ada boyfriend. So aku tak rasa aku boleh terima kau lagi." ucap Aira serius.
"Siapa ? Bagitahu aku, aku nak jumpa lelaki tak guna tu !" tanya Danial bengang.
"Danial Lee." ucap Aira sambil gelak.
" Ya Allah, b kau ni saje je kan."
Danial ingin mencubit pipi Aira, tetapi terus dipukul oleh Aira.
"Rindu betul. Dah lama aku nak cubit pipi kau yang chubby ni, tapi tak boleh lagi. Still haram. Tunggu kita halal." ucap Danial ikhlas.
"Tak payah nak gedik okay, belum sah !" respon Aira.
"Aku tak tanya pun." Bidas Aira lagi sambil gelak.
"Okay gurau okay." tutur Aira lagi saat wajah Danial berubah serius.
"Hmm, Danny. Kau tak pernah sukakan Laila ke ? Sikit pun ? Takkan tak pernah walaupun sekecil zarah." soal Aira yang ingin tahu.
Danial terus gelak kecil.
"Tak pernah ! Aku dah anggap Laila tu macam adik aku. Kau pun tahu dia tu kan adik kepada wife baru papa tiri aku. So, aku memang takde perasaan dekat dia. Walaupun sekecil zarah, tetap takde." terang Danial serius.
Aira mula diam seketika.
Dia mula terfikirkan Laila. Sebenarnya, dia agak terkejut dan seakan tidak percaya dengan kebenaran yang baru diketahuinya itu tentang sahabatnya, Laila.
Laila sakit. Dia seharusnya dirawat dengan teliti. Jauh di sudut hati Aira, dia ingin membantu sahabatnya itu. Sungguh dia betul - betul sayangkan Laila.
Walaupun mereka baru berkawan, tetapi dia tahu Laila ikhlas berkawan dengannya dan dia juga sama.
Lamunan Aira terus pudar sejurus dahinya mula dikuis oleh kunci kereta Danial Lee.
"Sakitlah ! Hm, lunch sini je lah harini." ajak Aira yang mula gosok dahinya yang mula berasa pedih itu.
"Okay je. Tapi aku nak kau yang masak." ujar lelaki itu.
"Hmmmmmmm, kau lah ! Kau jela yang masak ok."
Aira terus tolak tubuh tinggi lampai Danial Lee berbataskan bantal ke dapur diiringi dengan gelak tawa.
Datin Maria terus tersenyum.
"Tengok b ketawa pun dah buat mami bahagia."
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...