Lelaki itu terus meluru keluar dari bilik anak tirinya.
Rambut Danial yang sedari tadi kemas mula menjadi serabai. Air matanya masih gugur tanpa dipinta. Tangannya terus dikepal.
Sungguh, dia bencikan peristiwa itu. Dia tidak mahu lagi mengingati peristiwa itu kerana setiap kali peristiwa itu menerjah mindanya, rasa rindunya kepada arwah mamanya akan menyerangnya lagi.
Saat Puan Sri Alia meninggalkannya, dia masih lagi kecil hanya berumur 13 tahun dan papanya mula bernikah lagi walaupun kubur mamanya masih lagi merah. Itu pun bernikah dengan gadis yang baru mencecah umur 20 an.
Sejak dari itu, dia mula membiasakan dirinya untuk berdikari. Dia mula meneruskan hidupnya dengan caranya.
Benar, dia tidak pernah angkat kaki dari rumah itu namun dia tidak pernah menggunakan kemewahan milik papa tirinyapada mulanya.
Dia mula menyara hidupnya dengan hasil jualan barang - barang miliknya.
Malah gitar pemberian datuknya juga terpaksa dia korbankan. Memang papa tirinya selalu memberikan wang belanja, namun sikit pun dia tidak guna. Namun dia sedikit beruntung kerana arwah mamanya ada meninggalkan sejumlah wang yang agak besar juga nilainya, cukup baginya untuk meneruskan kehidupannya. Hazim pula berkat kemewahan dan pengaruh papanya, dia senang - senang sahaja menjadi doktor tanpa perlu mengikuti temuduga.
Hubungan Danial dan Hazim tidak pernah baik.
Danial terus mengeluh berat.
Laptop jenama apple miliknya terus dimatikan. Lantas laptop tersebut terus dibawanya masuk kedalam bilik. Pintu biliknya terus ditutup kasar.Di rumah Danial
"Hazim, u tak kerja ke harini ?" soal Lily merangkap isteri baru Tan Sri Aiman.
Lily membahasakan I , U kerana beza umurnya dengan Hazim hanya 4 tahun.
Hazim terus senyum.
"Yes mama. I cuti harini. Ha mama, papa mana eh ? Soalnya Hazim tak nampak dari tadi lagi papa." soal Hazim lebih sopan.
Walaupun umurnya hanya beza 4 tahun, tetapi baginya dia wajar menghormati isteri baru papanya. Ini kerana wanita itu jugalah yang telah membahagiakan papanya.
"Oh lupa nak bagitau. Papa u outstation, seminggu kat Europe. Since pagi tadi lagi, dia bertolak. Flight dia awal pagi. Hazim, I keluar dulu eh." ucap wanita muda itu sebaik sahaja beg tangannya yang berjenama gucci dicapai.
"Okay mama." respon lelaki itu pendek seperti biasa kerana dia sudah cukup masak dengan rutin harian Lily.
Lily merupakan wanita yang gemar membeli belah.
Apabila papanya outstation, Lily tidak pernah lekat dirumah.
Hazim terus meluru kedalam biliknya.
Di Hospital
Aira masih sibuk mengemas pakaiannya. Akhirnya setelah 2 minggu ditahan di hospital, baru harini dia dibenarkan pulang ke rumah.
Itupun setelah dia menyuruh maminya memujuk pihak hospital.
Aira sedikit senang kerana dia sudah tidak perlu bermalam di hospital. Iphone dan powerbank milik Danial terus dimasukkan kedalam beg tangannya. Namun dia sedikit terkilan, kerana Laila langsung tidak menjenguknya.
"B, dah siap packing ?" tegur Datin Maria yang muncul tiba - tiba.
"Dah jom mami. B dah tak sabar nak balik rumah. I miss my bed." jerit Aira sedikit ceria.
"B, nak mami gitau Danny ke ?"
"Tak payah la mami. Lagipun dia mungkin busy. Ni minggu test plus assignment lagi. Takpe nanti b gitau je sendiri."
"Okaylah b jom."
Datin Maria terus membantu Aira untuk berdiri. Dia terus memapah anaknya berjalan keluar dari wad.
Di rumah
Aira yang sedari tadi melayan Youtube akhirnya terlena dibuai mimpi, tapi bukan di katil sebaliknya di atas sofa.
Buat pertama kalinya dia terlihat begitu lena sekali tidur di atas sofa.
Datin Maria yang melihat keadaan Aira terus tersenyum.
"Like father like daughter." Dia terus menyelimutkan Aira.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...