5 bulan kemudian
Di luar gelanggang futsal
Aira terus meneguk air mineral sejurus tekaknya mula berasa dahaga. Sedari tadi dia hanya menunggu suaminya bermain futsal.
Sebenarnya pada mulanya, Danial melarangnya dari menemaninya bermain futsal kerana dia kesian dengan isterinya yang masih sarat mengandung itu. Tunggu hari delivery je.
Usia kandungan Aira sudah mencecah 9 bulan 10 hari waktu itu.
Tetapi Aira berkeras ingin menemani Danial bermain futsal.
Sudah hampir 1 jam suaminya itu bermain futsal.
Dia pula sedari tadi hanya ditemani dengan surah Yusuf yang dipasang melalui iphonenya.
Seperti biasanya, setiap kali malam hari Aira pasti akan mendengarkan surah Yusuf kepada baby yang berada dalam perutnya.
Perutnya terus diusap lembut.
Yang paling mengembirakan Aira adalah apabila dia mengetahui baby yang berada dalam rahimnya adalah sepasang baby kembar.
Gembira sekali dia. Tapi orang yang paling gembira adalah suaminya, iaitu Danial Lee.
Kata Danial dia lagi la suka bila ada anak kembar.
Kalau sorang perempuan, bolehlah belajar mekap dengan Aira supaya jadi cantik dan kalau sorang lagi lelaki bolehlah bermain bola dengannya dan juga bermain pubg dengannya.
Eh ada - ada je Danial Lee ni.
Dia hanya duduk sahaja di luar gelanggang futsal itu kerana jujur dia katakan dia sudah tidak larat untuk kerap berdiri.
Kakinya yang sudah sembap itu mula diusapnya perlahan - lahan.
Dia terus senyum sejurus dari jauh suaminya sempat mengenyitkan mata kepadanya.
Eh Danial Lee ni menyempat ye.
Aira terus tepuk tangan sejurus mendengar jeritan lantang dari suaminya apabila dia berjaya menjaringkan gol buat pasukannya.
Hahaha pasukan eh ? Dah macam pemain bola sepak handalan pula.
Habis sahaja perlawanan futsal tersebut Danial terus berlari menuju ke luar gelanggang futsal.
Dia terus menghampiri isterinya.
Sebaik sahaja Danial melabuhkan punggung di sebelah isterinya, tangan Aira laju menghulurkan sebotol air mineral kepada suaminya.
Air mineral tersebut juga sudah dari awal dia buka penutup botolnya.
Sweet kan Airabella ? Cieee jangan iri. HAHAHA.
"Thanks mummy." ucap Danial sebelum dia meneguk air mineral tersebut dek tekaknya berasa dahaga.
"Okaylah, jom kita balik." ajak Danial sejurus menutup semula botol air mineral pemberian isterinya itu.
"Jap, daddy lap peluh dulu." ujar Aira sejurus dia mula mengelap peluh yang mengalir di dahi suaminya itu dengan sehelai tisu yang diambilnya dari dalam beg tangannya.
Danial terus mencium dahi isterinya saat itu. Prihatin sekali isterinya terhadapnya.
"Okay jom." ujar Aira yang mula dibantu oleh Danial untuk bangun.
Danial terus memapah isterinya untuk keluar dari kawasan tersebut.
Mereka berdua mengatur langkah menuju ke arah tempat parkiran kereta suaminya yang diparking di luar kawasan itu.
Di dalam kereta
"Daddy, nanti singgah beli McD. Mummy mengidam ni."
"Mummy tak tipu. Ni baby yang dalam perut yang nak." ujar Aira mula menyakinkan Danial sebaik sahaja dia melihat riak wajah suaminya itu.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...