Danial Lee suami idaman ❤️🦋

2.2K 117 1
                                    

Sedang rakan sebilik Aira nyenyak dibuai mimpi indah, Aira masih lagi tidak dapat tidur.

Hatinya menjadi tidak tenang. Air matanya gugur membasahi pipinya. Dia mula menangis lagi apabila melihat foto maminya di galeri iphonenya. Dia segera mengesat air matanya apabila Danial membuat video call di whatsapp.

Aira segera menerima video call tersebut. Kelihatan Danial mula merenung kearahnya.

"B, kenapa mata kau bengkak ? Kau nangis lagi eh? " tanya lelaki itu penuh risau.

Aira hanya diam.

"B, ni yang aku tak suka !" marah Danial tiba-tiba.

"Apa ?" tanya Aira perlahan.

"B, kalau kau sedih nangis jela. Takyah pendam - pendam."

"Kau boleh luah kat aku je, aku ni..sua...."

"Syhhh jangan cakap kuat-kuat, nanti orang lain dengar ! Lagipun aku kan stay hostel ni." marah Aira sambil buat simbol diam.

Danial terus gelak.

"B serius ahhh, kau comel gila time kau marah. Adoiilah kenapa kita mesti berpisah. Aku dah mula rindu dekat kau." luah Danial jujur.

Aira terus jeling.

Tiba-tiba sahaja air matanya gugur lagi.

Danial yang menyedari isterinya mula menangis terus mengeluh berat.

"B, aku tau kau teringat kat mami kan ? B, aku faham kau. Aku pun pernah rasa semua tu, sakit sedih hanya Allah yang tau b. Memang perit bila kita kehilangan orang yang kita sayang kan. Memang sukar untuk kita terima hakikat tu tapi percayalah semua yang berlaku pasti ada hikmah. Dia nak kau kuat b. Dah kau nangis je, aku ada untuk kau. Aku takkan off vc ni sampai pagi besok."

Aira terus gelak.

"Gila ke ? Pagi besok ? Kau ni...." marah Aira sambil kesat air matanya. Danial terus sengih.

"Akhirnya kau gelak jugak."

"Hmm aku nak off dululah, aku dah ngantuk." ucap Aira yang mula menguap setelah hampir 2 jam vc.

Danial hanya senyum.

"Okay offlah, lagipom dah lewat dahni. Esok kau ada kelas kan ?"

Aira hanya mengangguk.

"Okaylah jom end vc sama-sama." ajak Danial selamba.

"Jap, kau ada kat mana sekarang ?" tanya Aira pelik setelah mula sedar Danial bukan berada di kondonya."

"Dahlah b aku ngantuk, aku end dulu ye, Bye......looooov."

Aira terus end video call tanpa Danial sempat menghabiskan kata-katanya.

Danial terus senyum sejurus video call dimatikan.

Laju sahaja jarinya membuka galeri.

Dia terus senyum bahagia apabila melihat foto Aira yang diambilnya dalam diam.

Foto itu direnung tajam.

Danial hanya sempat mengambil foto itu ketika Aira tidak sedarkan diri tempoh hari.

Foto itu cukup manis bagi Danial kerana Aira masih memakai gaun kahwinnya.

Keesokkannya

Aira bangun awal pagi lagi.

Tepat sahaja pukul 6.30 pagi dia sudah mula bersiap. Prinsip hidup Aira cukup mudah.

Dia tidak suka melambatkan masa tambah-tambah lagi apabila dia terpaksa berkongsi tandas dengan rakan-rakan sebiliknya.

Disebabkan prinsipnya itulah dia bersiap awal kerana enggan berebut tandas di dormnya.
Shaila juga mula selesai bersiap.

Shaila tampak manis sekali mengenakan baju kurung moden yang berwarna ungu muda.

Shaila terus tersenyum apabila melihat Aira sedang khusyuk mengeringkan rambutnya.

"Ketua tampak kuat dari luar." desis hatinya perlahan.

Dia tahu yang Aira menangis semalam, kerana dia juga tidak dapat tidur semalam.

Liyaa dan Ana kelihatannya seperti sedang berebut bilik air.

Di dalam dewan kuliah

Aira sedikit tergaman apabila Shaila mula melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Shaila tak expect pun yang kita amik course yang sama." ujar Shaila membuka bicara.

Namun masih tiada respon daripada gadis dingin itu.

"Hmm, nanti waktu lunch kan Shaila nak join Bella boleh ?" tanya gadis itu lagi enggan mengalah.

"Up to u !" balas Aira pendek.

Dia mula fokus kearah pembelajarannya.
Shaila juga sama.

Johan aka playboy di U tersebut sedari tadi asyik memandang Aira dari jauh.

Matanya tidak berkedip memandang wajah gadis yang berambut perang itu.

Dia terus senyum sinis.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now