Iphone milik Danial terus direnung tajam. Jari Aira laju membuka galeri phone Danial.
Air matanya gugur apabila melihat foto-fotonya yang masih utuh tersimpan dalam galeri iphone Danial.
"MasyaAllah banyak sangat gambar aku, i am speechless." tutur Aira penuh sebak.
Lantas iphone tersebut terus diletak atas meja. Aira segera baring di atas katil.
Dia terus memegang perutnya yang masih terasa sakit.
Pap, lampu bilik terus dipadam.
Pagi itu Shaila sudah muncul di kondo Danial. Dia juga sudah membawa bagasi milik Aira dan juga bagasi miliknya kerana bermula hari ini dia akan stay di kondo tersebut dek bimbang akan keselamatan ketuanya.
Aira kelihatan sudah bersiap awal. Dia juga sudah tidak menggunakan kerusi roda lagi.
Aira dan Shaila terus meluru keluar dari kondo. Aira terus tepuk dahinya setelah terpandangkan tubuh Rayyan yang tersadar di luar kondo.
"Hmm charly, tolong ambil selimut jap." pinta Aira pendek.
Shaila terus mengambil selimut, lantas selimut tersebut diberikan kepada Aira.
Aira terus menyelimuti tubuh Rayyan.
"Dah jom kita gerak sekarang, u drive.," ujar Aira sejurus menyerahkan kunci kereta milik danial kepada Shaila.
"Ok, ketua jalan slow - slow." respon Shaila sambil memapah Aira masuk kedalam lif.
Rayyan yang mula sedar daripada tidur terus senyum sejurus melihat selimut tersebut.
"Sayang jugak u kat I eh." desis hati Rayyan penuh gembira.
Hari berganti hari, Aira masih menjalankan tugasnya sebagai seorang pelajar Universiti.
Habis sahaja kelas, dia akan melawat Danial di hospital. Sudah hampir setahun Danial koma.
Aira pula masih belajar untuk kuatkan diri.
Petang itu Aira memilih untuk mengemas bilik Danial.Hanya dirinya saja yang berada di rumah kerana Shaila keluar ke bandar bersama dengan Liyaa.
Aira terus membuka sebuah kotak yang berwarna koko.
"Milik Danial kut." teka hatinya. Jarinya laju mengeluarkan surat yang berada dalam kotak tersebut. Dek kerana perasaan ingin tahu, dia terus membuka surat tersebut. Surat Danial dibaca satu persatu.
Assalamualaikum my wife, mungkin bila kau baca surat ni aku dah takde di sisi kau, b aku cuma nak kau tahu yang cinta aku kat kau takkan pudar. Aku always sayang kau.
B bila aku dah takde nanti takecare ok? Ingat makan ubat on time, bila penyakit asma kau datang menyerang. Inhaler kau jangan lupa pula ! Aku dah tak boleh nak bebel kat kau lagi, sebab selalunya bila kau lambat makan ubat aku yang over macam aku pula yang sakit. Hahaha. Hmmm b aku taknak tulis panjang - panjang. B satu je yang aku nak dari kau, kalau sesuatu yang menimpa aku. Tolong, jangan tunggu aku b. Aku taknak kau menderita seumur hidup. Terimalah lelaki yang betul - betul sayang dekat kau, jangan tunggu aku b.
Aku taknak kau kecewa b. Aku nak kau gembira je. Hidup lah dengan bahagia, aku selalu doakan kau hidup bahagia walaupun bukan dengan aku. Aku redha b, aku redha jika jodoh kita sampai sini je. Oklah b takecare ok.
Love you so much - Danial Lee 🖤
Ps- Takpun kau nikah je dengan oppa kau, Jungkook. Lagipun dia boleh jaga kau. Aku percayakan dia. Hahaha kau kan minat sangat dengan dia 🙃🤍.
Air mata Aira laju membasahi pipi. Surat pemberian Danial terus dipandang lama.
Hati Aira cukup pedih saat ini. Air matanya tidak henti - henti gugur membasahi surat tersebut.
"Bodoh, nikah dengan Jungkook oppa? Jungkook oppa susah untuk aku gapai. Dia ramai fans. Cukuplah aku minat dia sahaja." ujar Aira mencuba untuk gelak kecil.
"Tapi kau suami aku. Aku tunggu kau. Aku taknak kahwin dengan lelaki lain. A..aku...." ucap Aira sebak tak mampu untuk berkata - kata lagi. Air matanya semakin laju mengalir membasahi pipinya.
Shaila yang baru muncul terus meluru memeluk tubuh kecil ketuanya. Rambut Aira segera diusap lembut.
Dia memilih untuk tidak bertanya kepada Aira. Dia tahu saat ini Aira masih sedih.
Air mata Aira semakin laju membasahi pipi.
"I miss him Charly, I really miss him. Miss him so bad." ujar Aira penuh sebak.
"Yes, Charly tau ketua. Senior pom mesti lebih rindukan ketua. Sabar ok, takpe Charly ada. Charly akan sentiasa ada dengan ketua. Sama - sama kita doakan agar senior cepat sedar dari koma." respon Shaila penuh ikhlas.
Liyaa hanya memandang Aira dan Shaila dari jauh. Dia juga turut sebak saat itu.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
Storie d'amoreUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...