Aira terus gelak apabila mendengarkan kata-kata Danial.
"Sorrylah, aku lupa nak mute." tutur Danial jujur.
Aira segera menyerahkan iphone milik Danial semula kepada danial.
"Sorry monyet, 0 battery, 0 data and powerbank pun takde bateri. I forget to charge." luah Aira sambil senyum comel sebaik melihat Danial ingin membuka iphonenya.
"Makcik, kau ni memang...."
"Haih dahlah b aku kena gerak dulu. Kang makin lama aku kat sini makin lemah aku nanti. Kang tak pergi kelas aku, melekat dengan kau 24 jam." sakat Danial sambil ketawa.
"Gila kau monyet." Aira terus gelak.
"Weh, kau tau tak muka kau iras siapa ?" tanya Aira sebaik sahaja Danial selesai memakai kasut pemberian Aira ketika ulang tahun Danial yang ke 17 tahun.
Dia sebenarnya senang apabila melihat Danial masih lagi memakai kasut pemberiannya, bahkan lelaki itu menjaga kasut itu dengan baik.
"Macam monyet !" jawab Danial selamba.
Aira terus gelak.
" Sedar diri pun kau kan, bukanlah monyet ! Muka kau mirip ...."
"Mirip siapa ?" soal Danial lagi.
"Mirip monyet laaaa, tadi pun kau dah ngaku. Hahaha" Gadis itu terus gelak.
"Hmm yela makcik, aku gerak dulu. Bye assalamualaikum, btw say thanks to aunt." laung Danial lantang dari dalam kereta.
Dengan serta - merta kereta BMW merah miliknya terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Aira.
"Thanks, for what ?" tanya Aira sedikit keliru.
Aira segera mengunci pintu rumahnya.
Laju dia berlari masuk ke dalam biliknya.
Di kelas
Danial merenung sekilas kearah kerusi Laila masih kosong.
"Sakit ke apa perempuan ni, dah seminggu dia tak datang kelas." teka Danial dalam hati.
Adam yang melihat Danial terus melabuhkan punggung di sebelah Danial.
"Eh bro, lama termenung. Fikirkan siapa ? Aira eh ? Bro btw say sorry dekat Aira, aku tak dapat nak gi melawat dia haritu. Malang betul nasib dia kan. Tak pasal - pasal kena samun. Btw aku turut simpati, aku dengar phone dia hilang. Gila untung besarlah orang yang samun Aira tu. Iphone terbaru kut kalau jual dapat beribu - ribu. Senanglah hidup dia."
Danial terus merenung Adam tajam.
Kalau ikutkan hati, Adam mungkin akan merasa penumbuknya free, tapi dia tetap sabar.
Mendengarkan kata - kata Adam tadi sudah membuatkannya keliru.
Dia sendiri pelik mengapa Adam mengetahui banyak tentang tragedi buruk yang menimpa Aira sedangkan dia hanya memaklumkan bahawa Aira cuti sakit bukan sebaliknya.
"Bro, better kau duduk dekat kerusi kau je lah ya" halau Danial tiada mood.
"Oh okay." Adam segera beredar dari situ.
Habis sahaja kelas, Danial terus menghampiri Adam.
"Bro, jom minum. Jangan risau aku belanja." ajak Danial.
Adam tampak akur.
Mereka berdua terus ke kafe. Belum sempat Adam ingin order makanan, lantas kolar bajunya direntap oleh Danial.
"Danny, bukan aaaaku yang cederakan Aira. Aaaku hanya ikut arahannnn." laung Adam tergagap - gagap kerana cuak.
"Kau, aku memang dah agak. Kau yang cederakan Aira. Kau bagitahu aku siapa yang upah kau, kalau tak lebam biji mata kau !" ugut Dnial sambil acu penumbuk.
"Aaa.......ku.....taktauuu...aku merayu tolong jangan pukul aku. Aku miskin Danny, nak pergi hospital pun takde duit." rayu Adam minta simpati.
Laju sahaja penumbuk Danial singgah ke muka Adam. Orang ramai yang berada di kafe hanya tergaman apabila situasi tersebut terjadi.
Bertalu - talu tumbukan Danial singgah ke muka Adam. Amarah Danial menjadi semakin hangat.
Ikutkan hati ingin sahaja dia bunuh Adam, tetapi dia sedar dirinya hanya dikuasai oleh amarahnya.
"Sorry dik, tak elok gaduh kat tempat umum. Benda kalau boleh setel, setel elok - elok." tegur pemilik kafe tersebut.
Danial terus letak not RM 20 ringgit di atas meja.
"Sorry." ucap Danial pendek sambil heret Adam keluar dari kafe itu.
Sampai sahaja di tempat parkir kenderaan, Danial sekali lagi menyoal Adam.
"Baik kau cakap, siapa yang upah kau ? Eh bodoh, aku tanya siapa yang upah kau ? Baik kau cakap sekarang before aku col polis !" jerit Danial lantang sambil tunjuk iphonenya.
"Orang tu.....kauuuu....kenal.....broooo."
Hanya 3 perkataan tersebut yang sempat didengari oleh Danial apabila dirinya mula hilang kawalan dek dipukul dari belakang.
Adam yang melihat Danial mula rebah itu terus melarikan diri. Kepala Danial sudah dipenuhi darah.
Laila tersenyum apabila melihat Danial sudah tidak sedarkan diri. Kayu di tangannya yang dipenuhi dengan tompokan darah mula direnung tajam.
Tanpa buang masa, dia terus meninggalkan Danial sendirian di situ.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomansaUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...