Di dalam bas
Aira terus meluru duduk di sebelah Shaila.
Johan terus jeling Shaila tajam.
"Eh ketua, takpe ke ketua duk sini ? Johan nampak macam marah tu ?" tanya Shaila sedikit cuak.
"Takpe lah, lagipun buat apa dia nak marah ? Aku bukan girlfriend dia pun ! Dahlah aku penatlah Charly. Nanti bila dah sampai Kl kejutkan aku !" arah Aira yang ingin tidur.
"Orite boss." ucap Shaila bersemangat.
Di hostel
Aira terus menyambung kembali tidurnya setelah sampai di dormnya.
Iphonenya yang sedari tadi asyik berdering tidak dihiraukannya. Aira kelihatannya benar - benar penat.
Shaila terus menjawab panggilan di telefon Aira kerana dia kesian dengan pemilik yang menelefon Aira.
30 minit kemudian, Shaila dan Liyaa mula memapah tubuh kecil Aira masuk ke dalam lift.
Sampai sahaja di pintu keluar asrama, mereka berdua terus membiarkan Danial memapah Aira masuk kedalam kereta.
Setelah selesai meminta kebenaran dari pak guard hostel, Shaila dan Liyaa juga turut masuk kedalam kereta.
Kereta lamborgini merah itu kemudian terus meluncur laju keluar dari perkarangan asrama mereka.
Di hospital
Aira akhirnya ditahan di wad.
Danial, Shaila dan Liyaa masih setia menunggu di ruang menunggu.
"Hmm, petang nanti boleh Shaila bawakkan baju b ?" tanya Danial ramah.
Shaila dan Liyaa saling menatap satu sama lain tanda mereka keliru.
"B ? Singkatan baby eh ?" tanya mereka berdua serentak.
Danial terus sengih nampak gigi tanda dia malu.
Dia terus mengangguk seketika."Boleh je senior, takde hal la. Hmmm kesian dekat ketua. Tak sangka sampai kena tahan kat wad." ucap Shaila risau.
"Hmm tula, tapi thanks kalau korang dua takde taktaulah apa yang yang nak jadi dekat b. Hmm I nak pergi belikan makanan jap, korang berdua tolong jagakan b okay ?" pinta Danial sambil buat simbol ok.
"Okay senior." ucap kedua-dua gadis itu.
Danial terus beredar dari hospital.
"Fuhh hensem gila boyfriend ketua kan." ujar Shaila bersemangat.
"Tu lah beb, fuhh handsome gila bf ketua. Jeles aku tengok. Aihh bilalah aku nak merasa macam tu."puji Liyaa diseliti dengan keluhan.
Sejam kemudian, Danial muncul kembali di hospital.
Dia terus menghulurkan dua bungkus nasi kerabu kepada Shaila dan Liyaa yang sedari tadi setia menunggu Aira di luar wad.
"Thanks senior !" ucap Shaila dan Liyaa serentak.
"Welcome, korang makanlah dulu. Korang mesti lapar kan ? Ni ada air buat korang." ucap Danial ramah sambil tunjuk kearah 2 botol air mineral.
"Okay lah, I nak jenguk B jap."
Danial terus meluru masuk kedalam wad Aira.
Shaila dan Liyaa kelihatan mula menjamu selera.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...