NM🦋- Aira koma ?

4.1K 255 7
                                    

Aira terus meluru masuk kedalam rumah yang disewa oleh Laila.

'Black out ke ni ?'  desis hatinya setelah melihat keadaan rumah itu yang begitu gelap.

Dia cuba menyelongkar beg tangannya bagi mendapatkan iphonenya.

Namun dia sedikit kesal pabila melihat iphonenya kehabisan bateri.

Aira segera mencari suis lampu.

Belum sempat dia ingin menekan suis tersebut, tiba - tiba kepalanya terus dipukul dari belakang.

Kepalanya mula terasa berat dan dengan serta - merta tubuh kecilnya mula rebah ke lantai. Saat melihat Aira mula tidak sedarkan diri, pemilik wajah yang memukul Aira laju mengheret tubuh Aira keluar dari rumah tersebut. Lantas tubuh Aira dibaringkan di luar rumah.

"Apa kita nak buat dengan dia ?" soal suara lelaki tersebut.

"Tinggalkan je perempuan tak guna ni kat sini." respon satu suara lagi.

"Dah tugas kau dah settle. Kau better balik. Nanti aku bank in upah kau." ujar suara itu lagi.

Dalam keadaan itu, Aira hanya dapat melihat wajah yang memukulnya samar - samar sahaja namun dia terus mula tidak sedarkan diri dek kerana dia mengalami pendarahan di kepala.

Lelaki tersebut terus berlari keluar meninggalkan Aira dengan rakan subahatnya. Rakan subahatnya terus merenung tubuh Aira.

"Nasib baiklah, aku masih ada hati ! Kalau tak dah lama aku bunuh kau." ucap gadis itu.

Lalu dia terus menghantukkan dahinya kedinding. Dahinya terus berdarah.

Gadis itu mula gelak. Dia terus mencapai iphonenya dan mula menelefon seseorang.

Di hospital

Datin Maria sedari tadi asyik mundar - mandir di luar bilik pembedahan.

Dirinya betul - betul lemah sekarang. Dia begitu terkejut sekali apabila dikhabarkan dengan tragedi buruk yang menimpa anaknya itu.

Saat Danial mengatakan Aira telah disamun, Datin Maria mula lemah.

Danial yang melihat keadaan wanita itu terus menerpa kearah wanita itu.

Dia terus hulur sebotol air mineral kepada wanita itu.

"Aunt, minum air ni dulu. Since semalam lagi aunt tak jamah apa - apa, minum pom tak. Kalau b tau sedih dia nanti. Minum okay." pujuk Danial ikhlas.

"Thanks Danny." ucap wanita itu lemah lalu meneguk air tersebut.

Laila yang telah selesai mendapatkan rawatan terus menghampiri danial.

"Sabar ok Danny." ucapnya sambil mengosok bahu lelaki itu.

Danial hanya diam. Sungguh hatinya betul - betul tidak tenang.

Ketika Laila menghubunginya dan mengabarkan dia dan Aira telah disamun, jantungnya terasa bagai direntap.

Laila tidak henti - henti memberikan kata semangat dan menenangkan Danial.

Datin Maria hanya memandang Laila tajam saat melihat Laila asyik tidak berganjak menenangkan Danial.

Doktor Hazim terus keluar dari bilik pembedahan.

Datin Maria dan Danial terus menerpa kearahnya.

"Bro, macam mana dengan keadaan dia ? Dia akan okay kan ?" tanya Danial penuh risau.

"Hmm, she getting better. Alhamdulilah pendarahan di kepalanya dapat dihentikan, tapi sehingga sekarang pesakit masih tidak sedarkan diri. Mungkin dia akan sedar tapi bukan hari ini atau esok. Maybe seminggu she been like this." terang Doktor Hazim.

Danial terus mengeluh berat.

"Tapi ada harapan kan doktor ? Anak saya akan sedar kan ?" soal Datin Maria lemah.

"InshaAllah datin. Sama - sama kita doakan dia." respon Doktor Hazim pula.

Laila sedari tadi asyik tersenyum.

'Kalau mati terus lagi baik.' desis hati kecil Laila.

Sepanjang Aira tidak sedarkan diri, Danial tidak henti - henti membacakan al quran buat gadis itu. Dia jugalah yang selalu menemani Datin Maria menjaga Aira.

Datin Maria tersenyum apabila melihat Danial mula mengaji lagi usai sahaja menunaikan solat asar.

'Kalaulah b mampu lihat kesungguhan Danny.' Keluh hatinya.

Hampir seminggu Aira tidak sedarkan diri. Tiba - tiba ketika Danial sedang khusyuk mengaji, jari Aira mula bergerak - gerak.

Danial yang mula sedar akan reaksi Aira, terus berlari keluar memanggil abangnya.

Setelah diperiksa oleh Doktor Hazim, keadaan Aira mula menunjukkan reaksi yang positif.

"Alhamduliah tuhan dah dengar doa kita semua, keadaan Aira dah makin baik. Maybe esok dia akan sedar." terang Doktor Hazim.

"Alhamdulilah ya Allah." ucap Danial dan Datin Maria penuh syukur.

Dari jauh Laila tajam merenung Aira.

"Kenapa kau tak mati je ? Menyusahkan aku je." ucap Laila penuh benci dari luar wad.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now