Aira kena culik ? 🥺🦋

1.9K 110 0
                                    

Danial terus memberhentikan keretanya setelah sampai ke destinasi yang dituju. Nasibnya begitu baik kerana kelibat Johan muncul di luar pagar. Dia terus meluru kearah Johan.

Lantas kolar baju Johan direntap kasar.

"Mana b ?"  tanya Danial kasar.

"Aira ? Mana lah aku tau !"  Respon Johan cemas.

Lantas Danial acu penumbuk.

"Kau jangan nak main - main dengan aku, kau kerap jumpa dia kan ? Mana dia ! Dah 2 hari dia tak balik dorm." tanya Danial tegas.

"Wei, memang aku ada jumpa dia 2 hari yang lalu. Tapi aku taktau pom dia pergi mana, harini dia takde col aku pun, kelas pom dia tak datang. Dia sakit ke ?"  tanya Johan sejurus menepis tangan Danial.

Danial terus mengeluh berat.

"Habistu dia ada kat mana ? Ya Allah lindungilah b." ucap Danial lemah.

Johan terus menepuk bahu Danial.

"Bro, even aku tak kenal kau tapi nampak macam kaulah lelaki yang b sayang, dia ada mention tempoh hari waktu dia reject aku. Hmm aku rasa aku boleh tolong jejak location b ! Jom ikut aku !"  arah Johan ingin membantu.

Danial terus mengikuti langkah Johan tanpa ragu - ragu.

Di dalam bilik Johan

Johan kelihatan sibuk bermain laptopnya. Sementara Danial hanya memerhati Johan yang sedang berusaha mengesan lokasi keberadaan Aira.

Johan terus gelak.

"Finally, I got it !"  ucap Johan puas hati.

"Bro, aku dah dapat location b ! Jom kita gerak sekarang !"  ajak Johan sejurus menutup laptopnya.

"Wait Johan, kita singgah satu tempat dulu ! jap." Danial pendek.

"Okay !"  respon Johan akur dengan arahan Danial.

Di dalam kereta

Danial yang duduk di seat belakang kelihatan masih risau.

Sementara Liyaa iaitu rakan satu dorm Aira duduk di sebelah Johan yang sedang khusyuk memandu.

Di gudang lama

Aira terus tersedar dari pengsan setelah disimbah air oleh Laila.

"Weii perempuan, kau ingat kau permaisuri ke hah ? Asyik nak tido je kerja, alah takkanlah setiap kali kena lempang dah nak pengsan ! Over je kau ni ! Dah makan ni ! Kang tak makan mati pulak kau !"  jerit Laila sejurus melempar satu bungkusan yang berisi nasi kepada Aira.

Botol air minuman terus dilempar kasar kearah Aira.

"Aku tak lapar. Aku tak inginlah nak makan makanan kau. Jijik aku !"  jerit Aira penuh berani. Laila terus gelak.

"Oo tak lapar, okay jap !" Laila terus membuka bungkusan nasi tersebut.

Dia terus membuang nasi tersebut keatas lantai. Terus kakinya laju memijak nasi tersebut. Air minuman terus dicurahkan keatas kepala Aira. Rambut Aira terus basah.

"Okaylah, kau kan tak lapar. Tapi Airabella, kalau kau lapar kau tahu mana nak cari makanan kan ?"  sindir Laila sambil tuding jari kearah nasi diatas lantai.

Kaki Aira laju menendang perut Laila.kerana bengang dengan tindakan Aira, Laila terus mengikat kaki Aira.

"Tak guna kau perempuan !"  ucap Laila sambil pegang perutnya yang terasa sakit.

Aira hanya renung wajah Laila penuh benci.

"Laa, kenapa tak makan lagi sweetheart ?" tanya Hazim penuh risau sejurus melihat nasi diatas lantai yang masih belum terusik.

"Kau gila ke nak suruh aku makan nasi yang kotor tu, aku lapar ! Belikan aku Mcd !"  arah Aira tiba - tiba.

"Laa asal you tak gitau I awal - awal. Kesian dekat you, lapar kan. Okaylah I pergi beli mcd dulu ! You rehat okay " respon Hazim lembut.

Lantas jarinya laju menyentuh bibir Aira yang dipenuhi darah dan kelihatan lebam.

Aira terus menepis jari Hazim kasar.

"Kesian kat you sweetheart, kenapa bibir you jadi macam ni ? Siapa yang lempang you ?"  tanya Hazim acah - acah caring.

"Aku lapar, kau nak aku mati kebulur ke ?"  ugut Aira sambil mengelap darah di bibirnya.

"Oh sorry sweetheart, okaylah I gerak dulu. Takecare !" ucap Hazim pendek sejurus beredar dari situ.

'Dasar psycho.' jerit Aira dalam hati.

Ikatan di tangan cuba dilepaskan namun Aira gagal kerana ikatan tali di tangannya terlalu ketat.

Dia juga tidak mampu untuk mengerakkan kakinya dek kerana diikat oleh Laila. Air mata membasahi pipi Aira yang dipenuhi darah.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now