"Apa ? Kahwin ? Kamu dah gila ke Danny?" tanyanya sedikit tergaman.
"Aunt, Danny tau apa yang Danny mintak ni tak logik tapi percayalah Danny nak kahwin dengan b for her godsake aunt. Yes memang Danny masih muda, like people say budak umur 18 tahun masih mentah tapi Danny bukan macam tu. Aunty, Danny cuma risaukan keselamatan b. Lately ni Danny selalu rasa tak sedap hati. Aunty Danny nak restu aunty, Danny just nak jaga b." pinta Danial ikhlas.
"Danny, aunty taktau nak kata apa dah. Aunty taktau macam mana nak gitau b pasal ni. Dia takkan boleh terima Danny. B tu degil." keluh wanita itu lagi.
"Soal tu aunty jangan risau, Danny akan uruskan hal tu. Danny sendiri yang akan bagitau dia. Yang penting, aunty restu kami." ucap lelaki itu sebak.
Wanita itu terus merenung Danial.
"Danny, sebenarnya apa yang dah jadi ? Aunty tau Danny sayang kat b tapi Danny bukan macam ni. Danial yang aunty kenal takkan buat keputusan terburu-buru macam ni. Cuba cakap kat aunty, apa yang dah jadi sebenarnya ?" pujuk wanita itu lembut.
Danial terus mengeluh.
"Aunty, Danny cuma taknak tengok orang yang Danny sayang hidup menderita. Danny tak bimbang kalau penyakit asma b tu selalu serang b, sebab apa ? Danny tau b kuat, dia mampu hadap semua tu. Tapi aunty ! Kalini Danny tau b takkan kuat." ucap Danial sebak.
"Takkan kuat ? Maksud Danny ?"
Wajah wanita itu terus ditatap lama.
"B takkan kuat aunty, kalau dia tau orang yang dia sayang, orang yang dia anggap sebagai sahabat ! Sanggup khianati dia, sanggup hancurkan hidup dia. Sanggup nak bunuh dia."
Wanita itu mengoncang bahu Danial berulang kali.
"Apa maksud Danny ? Siapa ?" jeritnya sebak.
Air mata mula mengalir di pipi Danial.
" Sahabat b. The one and only Laila."
Jawapan Danial membuatkan wanita itu terus terduduk ke atas lantai.
Air mata terus mengalir menuruni pipinya.
"Tapi janji dengan Danny aunty, jangan pernah bagitau b pasal ni. Danny taknak dia menderita aunty. Dia terlalu sayangkan Laila, dia sanggup mintak break dengan Danny semata-mata nak tengok Laila hidup bahagia aunty. Tapi apa yang Danny boleh buat ? Danny tak boleh nak paksa hati untuk terima Laila aunty. "
"Aunty ingat lagi tak ? Malam sebelum b mula sedarkan diri, Laila yang beria tu, since pagi lagi dah mula menghilang. Bila Danny dapat tau b dah sedar, kelibat Laila langsung Danny tak nampak ! Then Danny baru dapat tau yang Laila pernah cuba nak bunuh b malam tu, tapi nasib baik plan dia gagal. Sebab tu dia hilang."
"Hmm, satu lagi. B bukan kena samun tapi b kena pukul dengan Laila."
Tubuh Danial terus dipukul kasar.
"Kenapa Danny tak bagitau aunty ? Kenapa Danny masih nak biarkan perempuan tak guna tu hidup senang ? Danny sepatutnya bagitau aunty. Perempuan tu patut masuk penjara Danny, dia tak layak hidup senang !" jerit wanita itu sambil menangis.
Danial terus terduduk ke lantai.
"Maafkan Danny aunty, Danny takde kekuatan untuk bongkarkan kebenaran ni. Danny tak kuat aunty. Danny tak kuat untuk tengok keluarga aunty merana. That why Danny sorokkan hal ni dari aunty dan b. Danny pun baru je dapat tau aunty, that why Danny lama tak jenguk b."
"Danny ambil masa untuk siasat tentang accident yang menimpa b. Sebab Danny tak percaya yang b kena samun. Tapi aunty please janji dengan Danny, jangan bagitau b pasal ni. Dia tak boleh tau aunty." rayu Danial sebak.
"Habis tu, apa yang kita patut buat Danny ?" soal wanita itu sebak.
YOU ARE READING
NIKAH MUDA 🦋 [Completed]
RomanceUsia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, k...