Peminat di Wattpad 🦋

1.6K 103 1
                                    

Malam menjelma dan Aira kelihatan masih sibuk bermain laptop.

Shaila yang baru selesai menyiapkan assignmentnya terus menghulurkan secawan air kopi panas buatannya kepada Aira.

"Thanks." ucap Aira pendek sambil hirup air kopi tersebut.

"Ketua nampak sibuk ? Siapkan assignment ke ?" tanya gadis itu pula.

"Nope, bukan assignment. Aku tengah baca some story kat Wattpad."

Shaila mula ceria.

"Laa nak follow, username ketua apa ? Tak sangka ketua ada akaun Wattpad."

Aira terus senyum.

"Jap, aku wasap kau. Wasap kau !"

"Alah ketua kita duk sebelah je ni, kena wasap jugak ke ?" ujar Shaila naif.

"Yes, sebab kalau aku tell dari mulut ke mulut memang tak fokuslah aku nak baca some story dalam wattpad ! So buka wasap aku dah send. And nama akaun aku rare sikit !" sakat Aira gelak.

"Yelaa ketua, okay Shaila dah follow. Nanti followback tau. Wow ketua, followers ketua ramai gila even tak letak profil gambar ! Ketua femes la ketua ni." puji Shaila tanpa henti.

"Mana tak ramainya Cik Charly ? Gambar Jungkook kut aku letak." respon Aira lagi.

"Dah sebelum banyak lagi soalan muncul, better kau pegi tidur sekarang, okay ?" Aira ingin tutup bicara.

"Yelaa yela." Shaila terus akur dengan kehendak Aira.

Tapi sempat lagi dia berpaling.

"Charly ? Kenapa ketua panggil Shaila Charly?" Aira terus tunjuk aplikasi WhatsApp dalam iphonenya.

Shaila pun bergegas berjalan menuju ke katilnya setelah faham dengan arahan Aira.

Aira mula fokus kembali kearah pembacaannya.

Mata Aira mula kembali fokus kearah notifikasi di akaun Wattpadnya.

"Homegirl" !" terluncur di mulut Aira.

Aira laju memeriksa profil akaun tersebut yang mula mengikutinya di Wattpad.

Aira terus menutup iphonenya apabila melirik jam di Iphonenya yang sudah mencecah angka sepuluh malam.

Niatnya untuk berjaga malam batal begitu saja kerana matanya mula meminta rehat.

Tak sampai 10 minit berbaring, gadis itu terus dibuai mimpi lena. Bunyi deringan Iphonenya langsung tidak menganggu tidur Aira. Tertera nama "My monyet" di skrin iphonenya.

Danial terus mengeluh apabila pangilannya tidak diangkat.

Lantas lampu di biliknya, terus dia dimatikan. Dia pun mula tidur dalam keresahan.

Di pondok pengawal

Pagi lagi Danial muncul di pondok pegawai.

Dia terus menyerahkan beg kertas yang berisi ayam mcd kepada pak guard yang bertugas pada pagi itu.

"Hmm pakcik, nanti tolong bagi pada b eh, I mean Airabella." tutur Danial mula titip pesan.

"Okay tapi kalau cik Aira tak ambil or lupa nak ambil ?" Pak guard itu pula bertanya.

"Rezeki pakciklah kalau dia tak ambil. Takpe saya halalkan." ujar Danial sebaik melihat riak wajah pak guard itu.

"Takpelah pakcik saya gerak dulu, ada kelas." Danial terus beredar dari situ.

"Anak muda zaman sekarang, aishhh masa couple pun dah sweet ! Belum nikah lagi huh ! Remaja sekarang !!" tuduh pak guard melulu tanpa usul periksa.

Aih timbul pula salah faham.

Pakcik guard ni, kalau tak tahu jangan buat palataw !

Aira terus melangkah keluar dari hostel tanpa mengambil beg kertas kiriman suaminya.

Sahabatnya juga mula mengikuti langkah gadis itu dari belakang.

Sampai sahaja di kelas, Aira mula bermain iphonenya.

Dia terus tepuk dahi apabila melihat 30 missed call dari suaminya.

Laju sahaja jarinya membuka aplikasi whatsapp, jarinya mula membuka perbualannya dengan suaminya.

Aira akhirnya menutup kembali iphonenya setelah kelibat Prof Azman muncul.

Dia juga tidak sempat menghantar chat kepada Danial. Dia terus fokus ke arah pembelajaran yang disampaikan oleh Prof Azman itu.

Begitu juga dengan Shaila yang menjadi deskmatenya.

Tanpa Aira sedar ada sepasang mata yang sedari tadi asyik merenungnya dari jauh.

Lelaki itu adalah Johan.

Ternyata Johan juga mengambil course yang sama dengan Aira.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now