NM🦋- Baru putus dah ada gf baru ?

18K 488 31
                                    


"B oh b. Boleh mami masuk tak ? " tanya Datin Maria lembut dari luar bilik.

Aira terus mengelap air matanya. Matanya sudah mula bengkak. Hampir dua hari dia mengurung dirinya dalam bilik.

"Masuklah mami.Your pleasure." respon gadis itu pendek. Datin Maria terus meluru masuk kedalam bilik anaknya.

"B, someone want to see u. He need to talk katanya." ucap Datin Maria jujur.

"Who ?" tanya gadis itu acuh tak acuh.

"Danny. Your boyfriend. Dia dah ada kat ruang tamu tu." respon wanita itu lagi.

"Ruang tamu ? What ? Mami tak patut buat macam ni. Dah now b nak mami halau dia. Just saying b takde kat rumah ok. Please mami." ucap Aira serius.

"Tapi b, mami tak sampai hati nak halau dia. Kat luar tu hujan b. Nanti kalau dia deman , b jugak yang susah kan." pujuk wanita itu lagi.

"No, mami please halau dia. Buat masa ni b tak nak jumpa dia. Tolonglah b merayu dekat mami." rayu Aira lagi.

Datin Maria terus keluar dari bilik anak bongsunya. Danny kelihatan setia menunggu Aira di ruang tamu. Datin Maria terus menghampiri Danial.

"Hmm, Danny aunt lupa nak bagitau Danny. B dia keluar, before danny datang lagi dia dah pom keluar. Sorry tau. Aunty busy sangat harini tu tak sempat nak bagitau Danny." bohong Datin Maria penuh serba salah.

"Oh. Takpe aunty. Danny boleh tunggu." ucap lelaki itu ringkas.

"Noooo Danny. Danny tak perlu tunggu. Mami dah call b tadi. B say dia tidur rumah along dia kat Penang. So better Danny balik Kedah terus. Esok kan Danny ada kelas. Lagipun ni dah malam." ucap Datin Maria lagi.

"Hmmm okay aunty."

Danny terus akur lalu meluru keluar dari rumah Aira.

Datin Maria terus meluru menjengah ke luar.

Dapat dilihatnya kelibat Danny masih kelihatan. Danny masih menunggu di luar rumah walaupun hujan yang lebat laju membasahinya. Timbul rasa bersalah dalam dirinya.

Danial menggigil kesejukan. Habis basah pakaiannya ditimpa hujan. Dia masih setia menunggu di luar rumah.

Aira hanya menjengah di luar tingkap biliknya.

Tubuh tinggi lampai Danial jelas kelihatan. Aira hanya diam sahaja.

Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Dia hanya mampu menangis melihat Danial.

Lantas dia gagahkan semangat, Aira terus menutup tingkap biliknya. Dia tidak mahu lagi melihat Danial.

Di bilik Aira

"Hmm b, kalau boleh mami tahu kan kenapa b minta break dengan Danny ? Apa salah Danny b ?" soal Datin Maria lembut.

"Mami. Jujur b cakap, b memang sayangkan Danny. Tapi b terpaksa, minta putus dengan Danial demi sahabat B. Laila. Semalam masa b keluar makan dengan Laila, dia ada bagitahu b yang dia sukakan Danial. Jadi b tak sanggup nak lukakan hati dia. Dia tak tahu pun yang dah hampir 3 tahun Danny dengan b in relationship."

"Lagipun logik juga dia tak tahu. B kan baru je kenal dia pun masa awal semester. Sekarang ni pun baru midsem. Hm, tapi dia sukakan Danny mami. Dia siap cakap yang dia nak luahkan perasaan dia dekat Danny. So b give up ! B rela serahkan Danny pada dia demi persahabatan kitorang." luah Aira panjang lebar.

Bahu Aira terus wanita tua itu pegang lama.

"Baik sungguh hati b. Tapi b sanggup lukakan hati Danial demi Laila ? Walaupun nanti b yang akan hilang Danial ?" soal Datin Maria.

Aira mula diam lama. Air matanya mula gugur lagi ketika itu.

Lantas, tubuh kurusnya laju dipeluk oleh wanita tua itu.

Rambut perang Aira mula diusap lembut oleh wanita tua itu.

Sayang sekali dia akan anak bongsunya itu.

Danial yang berada di luar rumah itu hanya membiarkan dirinya dibasahi dengan air hujan yang turun dengan lebat itu.

Peristiwa pagi tadi mula bermain - main di mindanya.

Di tempat parking kereta

Sampai sahaja di universiti yang menjadi tempat mereka berdua menimbang ilmu itu, gadis bertubuh kurus itu terus meluru keluar dari kereta kekasihnya, iaitu Danial.

Danial juga mula keluar.

"Danny ! I nak break ! Mulai pagi ni kita putus !" ucap Aira lantang sejurus cincin berlian pemberian Danial itu mula dia tanggalkan dari jarinya.

"What ? You ni dah buang tabiat ke apa ? Kenapa tiba - tiba je you nak minta putus bagai ni ? I ada buat salah ke ?" soal Danial yang mula panik.

"Tak ! You tak buat salah pun cuma i lebih sayangkan friendship i dengan Laila. Laila sayangkan you. So better you jadi BOYFRIEND dia. Nah ambil balik cincin you !" ujar Aira sejurus cincin berlian tersebut dia letak di atas telapak tangan Danial.

Dia mula beredar dari situ.

"Eh Aira ! Apa maksud you ni ! You gurau kan ? Aira ? Aira ?" panggil Danial lantang yang mula mengejar Aira dari belakang.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now