Epilog 5 : Bersatu kembali 🤍🦋

2.7K 125 3
                                    

Di bilik

Danial terus menghampiri isterinya yang sedang bersandar di birai katil. Perut isterinya yang semakin membesar itu terus disentuh lembut.

Kini usia kandungan isterinya sudah mencecah hampir 4 bulan.

"Tak sabar nak jumpa baby daddy ni. Sihat - sihat sayang." ucap Danial sejurus perut isterinya diciumnya.

Aira hanya leka bermain telefon ketika itu.

"Eh mummy ni, leka nampak main phone. Sampai suami dah ada kat sini pun tak perasan ! Tengok apa je tu ?" tanya Danial selepas menjentik dahi isterinya.

Aira terus jeling Danial.

Dahinya selalu menjadi mangsa jentikan Danial.

Eleh Aira ni, dia dulu pun sama.

Dahi Danial dulu pun selalu jadi mangsa jentikan jarinya. Bukan perlahan pula tu, tapi kasar sekali tiap kali dia menjentik dahi suaminya.

"Tak baik jeling - jeling suami macam tu. Ingat pesan arwah mami dulu ...."

Danial terus gelak kecil sejurus isterinya mula mencium tangannya tanda meminta maaf.

"Ya ya maaf. Tapi sakitlah. Hish hubby ni !" ucap Aira yang masih mencium tangan suaminya.

Sempat lagi dia adu rasa tidak puas hati.

Danial terus mengusap rambut isterinya lembut.

"Sakit eh ? Hehe." sakat Danial sambil sengih.

"Sini yang sakit kan ? Meh hubby ubatkan." ucap Danial lembut. Selepas itu dahi isterinya dicium penuh kasih sayang.

Aira hanya senyum sahaja ketika itu. Hilang terus rasa sakitnya saat itu. Ada sahaja cara Danial untuk memujuknya.

Pasti dia akan cair dengan pujukannya dari Danial Lee.

Kemudian, dia terus memeluk tubuh isterinya erat.

"Dah, tak sakit kan ?" sakat Danial sejurus pelukan dileraikan.

"Sakit lagi. Sakit kat sini." sakat Aira sambil tunjuk ke arah pipinya.

Laju tangannya menutupi mulut Danial sejurus dia sedar suaminya ingin menciumnya.

"Mengada dia tahap dewa ! Hmm hubby. B sebenarnya teringin nak pergi konsert jungkook oppa kat LA. Boleh tak b nak pergi sana ?" tanyanya penuh hati - hati.

Dia terus mencebik saat melihat reaksi wajah Danial. Serius sekali dia saat itu.

"Bukan b yang nak pergi sana tahu. Tapi baby yang kat dalam perut ni yang nak gi sana." cover Aira sambil tunjuk ke arah perutnya.

Danial terus senyum sinis.

"Baby yang nak pergi ke, or you sendiri nak pergi ?" soal Danial yang sudah kembali serius.

Lantas tangan suaminya terus dipegangnya.

"Ala, hubby bolehlah. Lagipun b kan nak tengok konsert je pun. Tak dapat jumpa dia depan - depan pun takpe. B mengidam ni tahu. Boleh lah ya ?" pujuk Aira lagi.

Danial terus mengeluh berat.

"Bila konsert tu berlangsung ?" soal Danial tegas.

Aira terus tampak senang saat itu.

"Hujung bulan November ni ! Yeay ! Bolehlah kita gi LA kan hubby ?" soal Aira penuh riang.

"Hujung bulan November ni ? Seriuslah b ni ?" soal Danial seakan - akan tidak percaya dengan permintaan isterinya.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now