Aira ugut nak cerai ? 🦋

2K 117 0
                                    

Aira sedikit tergamam apabila melihat kereta suaminya berada di bahu jalan. Dia terus menghampiri kereta Danial. Lantas cermin kereta terus diketuk dari luar.

Danial yang mula sedar dari tidur terus membuka pintu kereta. Aira terus masuk kedalam kereta tanpa diajak Danial.

Danial juga mula menghidupkan enjin kereta. Dengan serta-merta kereta lamborgininya terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Johan.

"Macam mana kau tahu aku ada kat sini ? Takkan kau guna instinct kau ?" tanya Aira membuka bicara.

Danial kelihatannya hanya fokus kearah pemanduannya.

Soalan Aira langsung tidak dibalas. Aira terus renung wajah Danial tajam. Akhirnya Aira hanya bermain dengan iphonenya.

Tak lama selepas itu dia terus terlelap. Danial hanya memandang Aira seketika.

Sampai sahaja di hostel, Danial terus memberhentikan keretanya. Wajah isterinya ditatap lama. Aira masih lagi terlelap. Ingin sahaja dia mencium isterinya saat itu kerana dia betul - betul merindukan isterinya.

Belum sempat Danial ingin mencium dahi Aira, Aira terus terjaga dari tidur.

"Laa dah sampai, asal tak kejut aku ?" marah Aira sambil mengosok matanya.

Dia ingin keluar dari kereta tetapi tangannya terus dipegang oleh Danial.

"Kau  dah kenapa monyet ?" tanya Aira pelik.

"Nohing, we need to talk tomorrow !" pesan Danial tegas sejurus melepaskan tangan Aira.

"We see, kalau aku free." sakat Aira sambil keluar dari kereta.

"Airabella, lepasni aku dah taknak tengok kau rapat dengan Johan." ucap Danial tiba - tiba.

"Apa maksud kau ? Bila aku rapat dengan Johan, dia kawan aku laa." ucap Aira tidak puas hati.

"Yes kawan ! Kau sure ke dia anggap kau kawan ? Dahlah dengar cakap aku, jangan rapat dengan dia lagi, aku tak suka! Aku ni suami kau !" maki Danial tegas.

"Kau ni dah kenapa monyet ? Aku dan Johan hanya kawan. Dia tu rakan sekelas aku. Yang kau nak bengang ni kenapa ? Takkanlah kau nak jeles bagai." tanya Aira panas hati.

"Kawan ? Aku tak rasa dia anggap kau kawan, dia suka kau. Dia dah bawak kau jumpa mami dia, takkan kau tak boleh nak fikir lagi. Aku tak suka kau rapat dengan dia ! Jangan kawan dengan dia. Aku tak suka ! Aku suami kau ! Kau patut fikir pasal aku ! Jujur aku cakap aku cukup sakit hati bila dia caring pasal kau b ! Sakit hati aku bila dia yang hantar kau balik hostel. Sakit hati aku bila dia asyik care pasal kau. Pleaselah dengar cakap aku." rayu Danial pula.

"Nonsense. ! Kau ni dah over sangat. Janganlah nak jeles bagai. Aku dengan dia kawan je. Kau takyah nak care pasal aku sangat. Itu hak aku untuk kawan demgan siapa pun. Kawal perasaan cemburu kau tu !" pesan Aira yang mula panas hati.

Danial terus keluar dari kereta. Dia terus gelak kecil.

"Kawal perasaan jealous aku ? Okay fine, aku sedar aku ni takde hak untuk nasihat kau ! Okaylah start malam ni aku dah taknak ambil tahu pasal kau, kau nak sakit ke aku peduli apa ! Lantak kau lah b !  Enjoy your life. Lepasni kau dah bebas nak kawan dengan siapa pun !  Aku dah tak halang. Silakan !" sindir Danial bengang.

Aira terus renung Danial tajam.

"Ceraikan aku !" tutur kata Aira terus membuatkan Danial lemah.

Danial terus meluru masuk kedalam kereta.

Dia terus memandu keretanya keluar dari perkarangan asrama Aira.

Aira terus meluru masuk kedalam hostel.

Sampai sahaja di dorm, dia terus menghampiri katilnya.

Laju tangannya menepuk dahinya sendiri.

'Apa yang kau dah buat ni b ?  Kenapa mulut aku ni lancang sangat tadi ?' desis hatinya perlahan.

Iphonenya terus direnung tajam.

Di dalam kereta

Air mata Danial terus mengalir.

Saat itu dirinya betul - betul  lemah. Dia tidak mampu untuk menahan air matanya dari mengalir membasahi pipinya.

Dia cukup kecewa sekali dengan permintaan dari Aira.

Seandainya boleh dia undurkan masa, dia tidak mahu mendengar permintaan cerai itu dari mulut Aira.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now