"I will kill anyone who touch her"
"Assalamualaikum, mummy! Kayla dah balik!" Jeritan Kayla dari depan pintu itu membuatkan Puan Sri Mariam mengelengkan kepalanya sambil tangan menggaul lauk yang sedang dimasak di atas api itu. Hai lah... Anak dara oi. Bising betul.
Kayla mengatur langkahnya ke arah dapur. Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat tubuh wanita itu sedang memasak di dapur. Puan Sri Mariam memalingkan tubuhnya menghadap anak gadisnya yang sedang menghampiri itu. Tangan wanita itu dicium.
"Kejap, mummy. Emergency nak pergi toilet ni." Kata Kayla sebelum dia berlari naik ke biliknya untuk ke tandas. Bukan Arissa Mikayla lah kalau tak kelam kabut. Sekali lagi wanita itu mengeleng kepala.
Puan Sri Mariam menarik senyuman apabila melihat anak sulungnya itu menapak menghampiri.
"Mummy." Panggil Adam. Kot dan begnya diletakkan di atas kitchen island itu. Tangan Puan Sri Mariam itu dipegang untuk dicium sebelum dia memeluk tubuh itu. Kepala wanita digelar ibunya itu dikucup lembut.
Selepas pelukkan dileraikan, Puan Sri Mariam pula memegang pipi anak sulungnya itu kemudiannya wajah tersebut ditarik sedikit sebelum satu kucupan berlabuh di dahinya. Wajah lelaki itu kembali menjauhi namun wanita itu masih memegang wajah anaknya itu dengan kedua tangannya.
Raut wajah Adam yang jelas kelihatan letih itu dipandang sayu. Melihat raut wajah itu sahaja dia tahu, pasti ada yang menganggunya. Naluri seorang ibu.
"Kenapa?" Tanya Puan Sri Mariam dengan lembut. Adam memandang mummy yang tingginya hanya separas leher itu. Senyuman penuh keterpaksaan ditarik. Kepalanya digeleng perlahan tanda tiada apa-apa. Tangan wanita itu diusap perlahan.
Dia mengambil beberapa tapak kebelakang bagi memberi ruang kepada Puan Sri Mariam untuk memasak. Puan Sri Mariam menghela nafas perlahan. Bukannya Si Adam tu suka pun bercakap pasal masalah dia.
"Aqeal tak balik sekali?" Soal wanita itu sambil tangannya mencapai senduk untuk menggaul lauk di atas api tersebut. Adam mengeleng perlahan sambil dia menyandarkan punggungnya di kitchen counter itu.
"Dia pergi jumpa client." Jawabnya. Wanita itu membalas dengan anggukkan. Selang beberapa saat, Mia muncul dari pantri sambil memegang beberapa botol sos dan kicap. Matanya memandang ke arah botol yang dipegangnya itu sambil berjalan.
"Mummy, kita ada- Awak." Terhenti ayatnya apabila kepalanya diangkat dan matanya terus menangkap wajah suaminya. Bibirnya menarik senyuman lebar. Botol sos dan kicap yang dipegangnya tadi itu diletakkan di atas kitchen island.
Terus tangan Adam itu dicapai untuk disalam bagi menyambut kepulangan suaminya itu. Sebaik sahaja Mia menjarakkan bibirnya dari tangan itu, Adam terus menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukkan. Kepala isterinya dicium sekilas.
"Kenapa ni?" Soal Mia apabila pelukkan dipinggangnya diketatkan. Adam merehatkan dahinya pada bahu gadis itu. Tangan Mia turut naik mengusap belakang tubuh suaminya.
"Dah... Pergi naik rehat tu." Halau Puan Sri Mariam. Drama lebih-lebih pula, ye? Nak masak ni. Adam tersenyum kecil mendengar nada mummy. Tangan pada pinggang Mia itu dilepaskan. Kot dan begnya yang diletakkan tadi diambil semula.
Tangan kirinya mencapai beg manakala kot diletakkan diatas lengan yang sama. Sempat dia mengucup sekali lagi kepala isteri dan juga syurganya. Kemudiannya, dia mengatur langkah ke bilik.
"Mia, gaul kejap kuah tu. Lepastu rasa. Elok ke belum." Puan Sri Mariam berkata. Laju sahaja gadis itu menurut. Kuah tiga rasa tersebut digaul sedikit lalu sudu dicapai.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romance[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...