"I will kill anyone who touch her"
"He only listens to her, uncle. She's the only one who can control him." Kayla membalas mewakili Adam dan Mia. Kini semua memberikan perhatian kepada kedua pasangan itu. Betulah tu. Kalau Mia je, semua Adam ikut. Sikit pun tak pernah naik suara kepada gadis itu. Cuba kalau Emelya.
"Really?" Tanya Dato' Luqman kembali. Ini merupakan kali pertama dia berjumpa dengan isteri Adam Mikael. Dia tidak tahu pula bagaimana Adam melayan gadis itu. Baru dia tahu bahawa Adam akan mengikutkan sahaja perangai isterinya.
Tapi bukan queen control tau.
"Of course, tu sebab boleh jadi isteri Tuan Adam Mikael." Balas Aqeal pula. Dah macam Mia dengan Adam dah tak ada mulut. Aqeal dengan Kayla yang jawab untuk mereka. Sebenarnya, Kayla dengan Aqeal sengaja ingin menyakitkan hati Emelya. Mereka dah lama sabar dengan gadis itu. Inilah masanya untuk mereka membalas dendam.
Aqeal dengan Kayla ini pelik sikit. Kalau gaduh tu, rumah pun boleh romboh. Tapi kalau satu team, sekepala, boleh pecah kepala yang dibuli itu. Contohnya, Emelya ketika ini.
"Kalau along senang cair dengan perempuan, dah lama dah melekat dengan orang tu." Kayla pula menyambung bagi menghangatkan lagi minyak yang sudah sedia panas. Emelya dari tadi sedang menahan sahaja apabila dia dibahan oleh Aqeal dan Kayla.
"Apa masalah korang?" Tiba-tiba kata-kata makian yang disebut di dalam hatinya, terlepas keluar dari mulutnya. Kini mata Mia dan Adam memandang ke arah Emelya pula. Terus wajah Emelya berasa malu kerana berkata begitu sedangkan Kayla dan Aqeal tidak menyebut namanya pun. Tetapi dia tahu, itu mengenai dirinya.
"Lah, yang kau panas pahal? Ada kitorang cakap pasal kau ke?" Bidas Aqeal. Makin seronoklah Aqeal dan Kayla membahan Emelya. Aqeal mengenyitkan sebelah matanya kepada Kayla. Datang satu lagi idea di kepala Kayla.
"Ke kau rasa tu kau? Opss." Kayla membuat seperti terlepas cakap. Aqeal menyuakan telapak tangannya. Dia dan Kayla membuat high five kerana berjaya membahan Emelya disitu. Encik Hakim hanya diam melihat anaknya dibuat bahan itu.
Sebelum mereka tiba tadi, sudah berkali-kali dia berpesan kepada Emelya supaya tidak membuat masalah. Dia tahu, Kayla dan Aqeal tidak akan berkata begitu sekiranya Emelya yang tidak mencari pasal terlebih dahulu.
"Kayla, Aqeal. Apa cakap macam tu?" Puan Sri Mariam menghentikan dua anaknya yang sedang sakan ketawa selepas menyakatnya Emelya. Dia rasa bersalah bagi pihak anak-anaknya itu kepada Encik Hakim dan Puan Maria.
"Betul apa mummy. Kita tak sebut pun nama dia. Yang dia tiba-tiba nak panas pahal?" Aqeal membalas. Kayla serta-merta mengangguk laju sebagai tanda setuju dengan kata abang keduanya itu. Adam pula diam dan hanya bercakap bila perlu ataupun dengan isterinya. Dia sedang sibuk menatap wajah Mia yang sedang menikmati ais krimnya itu.
"Aqeal Mifzal, stop it." Kini Tan Sri Amar pula yang bersuara. Ha, bila Tan Sri Amar yang bersuara ditambah pula dengan menyebut namanya panjangnya, terus Aqeal dan Kayla diam. Kalau diteruskan jua memang kena diorang nanti. Tak dengan Tan Sri Amar, dengan Adam Mikael dan semestinya mereka tidak mahu kena dengan abang sulung mereka itu.
꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂
"Tidur dah isteri Ad tu. Kesian dia, letih lah tu." Tegur Datin Harisah apabila terpandangkan isteri Adam yang sudah terlelap di dada suaminya itu. Mereka semua sedang sibuk bersembang tadi. Adam menunduk bagi memandang wajah Mia yang sedang tidur itu. Puncak hidung gadis itu dicuit sedikit.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romansa[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...