35 | A I S Y A M I K A E L

9.9K 545 26
                                    

"I will kill anyone who touch her"

"Sayang..." Tiba-tiba seorang perempuan berpakaian menyeksa mata masuk ke dalam biliknya dan terus memanggilnya 'sayang' dengan panggilan yang meleret. Adam yang sedang membuat kerjanya itu mengangkat mukanya.

"I'm sorry, Tuan Adam. Saya dah halang."

"It's fine. You may continue your work." Adam membalas kepada Linda selaku pembantu peribadinya. Sudah semestinya perempuan dihadapannya itu memang tidak akan makan saman. Irena yang sedang menyilangkan kedua tangannya ke dada itu menjeling Linda.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Adam dengan nada dingin. Kerjanya disambung. Tak hinggin dia memandang muka plastik perempuan dihadapannya itu. Matanya hanya memandang Mia sahaja-- ehh?

"I tak boleh jumpa you dah? I rindu you je." Kata Irena dengan nada yang manja. Tempat kerja Adam perlahan-lahan didekati. Dia berjalan kebelakang lelaki itu. Tangannya naik untuk menyentuh bahu tegap lelaki itu.

"Tak payah sentuh aku, sial." Marah Adam. Naik jijik satu tubuhnya apabila disentuh oleh perempuan murah itu. Irena terus berjalan ke hadapan Adam selepas dia ditolak kasar oleh lelaki itu.

"Sial? Okay fine. Btw, wife you tak duduk rumah ke? Sibuk je kerja. Dia jaga you ke tak ni?" Tanya Irena. Terhenti pergerakkan Adam selama seketika apabila Irena menyebut tentang Mia. Nampaknya, perempuan itu memang selalu memerhatikan isterinya. Kerjanya disambung semula.

"Perempuan murah macam kau, tak ada hak nak sebut pasal isteri aku. Berambus! Meluat tengok muka kau." Adam berkata. Pedas juga ayat lelaki itu. Irena menyilangkan kembali kedua tangannya ke dada. Rambut panjang yang menutupi wajahnya itu dia tolak. Panas juga hatinya apabila Adam menjawabnya begitu.

"Ad, aku nak---"

"Patut lah ada rasa macam vibe sial dekat sini. Rupanya ada perempuan sial dekat sini." Aqeal menyambung ayatnya yang terhenti apabila melihat Irena berada di dalam bilik abang sulungnya itu. Dia ingin menghantar satu fail kepada abangnya, namun wajah hodoh Irena pula yang dilihat.

"Nasib kau bukan kakak ipar aku. Kakak ipar aku jauh beza dengan kau ni." Kata Aqeal berunsur perli apabila dia melihat pakaian Irena yang menjolok mata itu. Pakaian yang ketat dan gaunnya hanya di paras peha sahaja. Naik geli dia tengok.

"Perempuan tu bukan bagus mana lah. Nak kata cantik pun tak." Balas Irena sambil mengulingkan bebola matanya ke atas. Sebelah tangan Aqeal yang dimasukkan ke dalam poket itu dikeluarkan. Fail yang dibawa diletakkan di atas meja Adam yang dia tersenyum sinis apabila Irena mengutuk Mia.

"Mungkin dia tak secantik kau. At least maruah dia lagi tinggi dari perempuan murah macam kau. Tak ada siapa nak pandang kau kalau maruah bawah tapak kaki aku." Aqeal memuntahkan kata-kata yang amat pedas itu kepada Irena sambil tangannya melipat lengan baju kemejanya ke paras siku. Mendalam betul perliannya itu. Irena memalingkan tubuhnya menghadap Aqeal yang sedang merenung ke arah luar tingkap dari pejabat Adam itu. Nak tengok Irena? Buat tambah dosa je.

"Ehh, mulut kau memang tak ada insurance, kan?" Bidas Irena. Suka hati lelaki itu sahaja mengutuknya. Ikut suka hatinya lah apa yang hendak dipakai ataupun dibuat. Itu dirinya, hidupnya, haknya. Desis hati Irena. Aqeal tersenyum kecil.

"Belajar mana kak, mulut ada insurance? Dulu science mesti fail." Balas Aqeal. Makin seronok ingin memerli perempuan tak tahu malu ini. Sebelah lagi lengan baju kemejanya sudah selesai dilipat dan tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Lepas tu belagak pandai depan aku. Pergi mampus!" Wajahnya kembali serius. Wajah Irena dikerling sedikit. Sudah banyak kata sumpahan diberkan kepada perempuan itu di dalam hatinya. Adam hanya diam dan tidak mengambil peduli pertelingkahan Aqeal dan Irena itu.

"Lucca cakap wife you cantik. He likes her. Jaga lah dia betul-betul. Takut jatuh ke tangan Lucca je." Irena berkata. Makin mengelegak darah Adam mendengar kata-kata Irena itu. Giginya diketap untuk mengawal amarahnya. Keberadaan Irena disitu cuba untuk dipedulikan. Irena sudah ingin melangkah keluar namun dia teringatkan sesuatu.

"And one more thing. I miss your sister." Kata Irena. Terjungkit sebelah kening Aqeal apabila mendengar kata-kata Irena itu. Adam yang sedang menandatangani satu surat juga telah berhenti namun wajah masih tidak diangkat.

"Arianna Marissa." Sebaris nama itu meluncur keluar dari mulut Irena. Aqeal yang tadinya tersenyum sinis memerli perempuan itu, kini wajahnya amat tegang. Tiada secalit senyuman terlakar diwajahnya. Dia terus meluru ke arah Irena.

"Kau memang nak mampus sangat-sangat, kan?" Bidas Aqeal selepas dia menghentak belakang tubuh Irena ke dinding dan mencekik leher gadis itu. Adam bersandar pada kerusinya sambil bermain dengan pennya dan sesekali wajah Irena dikerling.

"Abang!" Jerit Kayla apabila dia melangkah masuk sahaja ke dalam pejabat abangnya itu dan terus sistem penglihatannya dihidangkan gambaran Aqeal yang sedang mencekik Irena itu. Dia berlari mendekati Aqeal.

"Kau jangan sebut nama adik aku! Kau punca dia mati! Kau yang patut mati sekarang!" Jerkah Aqeal lagi. Cengkamannya pada leher Irena itu diketatkan lagi. Makin pucat wajah Irena akibat dia tidak dapat bernafas dengan baik. Lengan Aqeal sedikit diketuk namun hanya perlahan.

"Abang! Sudah. Along, do something!" Kata Kayla sambil dia cuba menarik Aqeal menjauhi Irena itu. Dia tidak mahu pula berlaku pembunuhan dipejabat itu. Kayla memandang ke arah Adam yang masih lagi tenang dan tidak berbuat apa-apa. Wajahnya dibekukan sahaja. Tiada sebarang ekspresi diwajahnya.

"Abang!" Jerit Kayla lagi seraya menolak kuat tubuh tegap Aqeal dengan segela kekuatan yang ada. Terbatuk-batuk Irena lepas cengkaman dilehernya itu dilepaskan. Tubuhnya melorot jatuh ke lantai cuba mencari oksigen.

Uhuk uhuk

"Apa masalah kau?!" Aqeal menjerkah Kayla kerana menghalangnya sebentar tadi. Tercungap-cungap juga Kayla akibat menolak tubuh Aqeal itu. Memang jauh berbeza kekuatan dengan kekuatan lelaki itu.

"Abang, you're not yourself right now." Balas Kayla. Mereka tidak akan membunuh selagi mereka tidak diancam. Itu prinsip mereka. Aqeal meraupkan rambutnya kebelakang. Kerusi tetamu dihadapan meja Adam diketuk untuk menghilangkan rasa marah dalam dirinya itu.

Kayla berjalan mendekati Irena yang sudah terduduk di lantai itu. Dia bercangkung untuk menyamai paras Irena. Rambut panjang Irena dicekak dengan kuat sehingga kepalanya sedikit kebelakang.

"Kau berambus sekarang. And jangan datang sini lagi. Aku sendiri yang akan bunuh kau kalau kau berani kacau family aku lagi."

To be continued...

To be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









Okay, so. Today is one of my beloved reader's birthday and she request a double update as her present. So, here you go and happy birthday to you.

I'm sorry because it's late. I tried my very best to wrote two chapter because I'm quite busy now. Kindly ignore all the typos and ayat yang berterabur tu.

That's it and happy birthday to you and all the Novembers's babies!

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Where stories live. Discover now