"I will kill anyone who touch her."
Aireen mencapai senarai nama tetamu utama untuk majlis perkahwinannya. Satu persatu nama dibaca dan tiba-tiba matanya terhenti pada satu nama. Jantung melangkau satu degupan.
"Mama." Aireen memanggil Datin Aimi. Berdebar jantungnya. Dalam hati tidak henti-henti berdoa supaya perkara ini bukan lah apa yang berada difikirannya.
"Fa- family Dato' Akmal ni siapa?" Soalnya. Datin Aimi menjenguk senarai nama yang berada di tangan anak tunggalnya itu. Wanita itu diam seketika untuk memproses.
"Kawan papa. Kenapa?" Jawab Datin Aimi. Aireen diam. Matanya mencari keberadaan kawan baiknya, Mia.
"Akmal!" Suara Dato' Safwan Hadi sampai ke telinga Aireen. Aireen menelan payah air liurnya apabila memandang ke arah sekeluarga itu. Keluarga Haris.
Haris Akashah bin Dato' Akmal.
Lelaki itu terus menapak ke arah Mia sebaik sahaja matanya melihat gadis pujaannya itu. Gadis itu sedang sibuk membungkus goodies untuk tetamu kanak-kanak.
"Mia. Hai." Tegur Haris. Mia mengangkat kepalanya dan matanya sedikit membesar. Terkejut. Melihat sahaja Haris mendekati Mia, terus kedua pengawalnya mula mendekati.
"Go away, Haris." Halau Mia. Mia memandang ke belakangnya. Zayyan dan Zariel sudah mendekati. Haris memegang jantungnya. Konon hatinya terguris.
"Hey, tak baik halau tetamu." Haris berkata bagi mengusik Mia. Gadis itu mengeluh perlahan. Barangan di tangannya dihempas perlahan ke atas meja.
"Puan." Zariel mula menegur. Mia faham akan maksud pemgawalnya itu. Adam sudah berpesan, jauhkan diri daripada Haris. Mia bangkit dari meja tadi dan terus meninggalkan Haris.
"Mia!" Panggil Haris dari belakang namun gadis itu hanya mengabaikan lelaki itu. Butang lif untuk naik ke atas ditekan sebelum ada tangannya diselar oleh Haris.
"Mia-"
"Stay away from her." Zayyan mengeluarkan amaran. Tangan Haris itu direntap dan dia berdiri dihadapan lelaki itu supaya isteri Adam Mikael itu berada jauh dari Haris.
"Kau siapa?!" Haris mula menengking seraya dia maju kehadapan untuk melawan Zayyan. Rasa tercabar egonya apabila ada orang luar yang mula mencampuri urusannya dengan Mia.
BUK
Belakang tubuh Haris dihentak ke dinding tanpa amaran. Tangan Zayyan menahan leher lelaki itu. Terus teguk air liur Mia melihat.
"Malaikat maut yang akan tarik nyawa kau." Jawab Zayyan bagi menjawab pertanyaan Haris sebentar tadi. Mata hitam pekatnya merenung tajam wajah Haris. Menghantar amaran secara halus.
Sudah dia diberi kebenaran untuk bertindak mengikut kehendaknya jika perlu, memang dia manfaatkan arahan tersebut.
"Urm... awak berdua boleh balik bilik. Nanti saya nak keluar, saya call." Mia berkata apabila mereka tiba dihadapan biliknya. Pasti kedua lelaki itu juga perlukan rehat. Terpancar riak risau pada wajah Zariel. Mia tarik senyuman nipis.
"Don't worry. Saya ingat pesan bos awak." Sambung Mia. Dia tahu mereka berdua takut sekiranya dia keluar bersendirian. Namun dia tahu dan dia akan akur pada arahan Adam. Pasti ada sebabnya. Pengawalnya menangguk.
Zayyan mengeluarkan kad akses yang menjadi kunci kepada pintu bilik mereka. Bilik mereka berada betul-betul dihadapan bilik Mia. Mudah sekiranya berlaku kecemasan.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romance[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...