"I will kill anyone who touch her"
"Ibu balik lah dulu. Kesian ibu dari pagi dekat sini." Kata Adam. Wanita itu sudah berada di hospital itu sejak pagi lagi. Semestinya dia mahu berehat. Lagipun di bilik itu tiada tempat untuknya berehat. Hanya ada sofa sahaja.
"Aqeal hantarkan ibu. Esok kalau ibu nak datang, ibu call Ad." Tambah Adam lagi. Dia tidak mahu meninggalkan isterinya yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan itu. Lagipun adiknya juga berada disitu.
"Kalau macam tu ibu balik dulu." Balas Puan Ainul. Adam mengangguk. Puan Ainul berjalan mendekati anak gadisnya yang masih tidak sedarkan diri itu. Dahi bersih gadis itu dicium sekilas sambil kepalanya diusap lembut.
"Qeal, hantarkan ibu jap." Kata Adam kepada adik lelakinya yang baru sahaja pulang dari surau selepas menunaikan solat asar. Aqeal mengangguk. Jam tangannya dipakaikan pada pergelangan tangannya. Adam bersalaman dengan ibu mentuanya itu. Kemudiannya, Aqeal dan Puan Ainul meninggalkan bilik tersebut.
Dia menutup pintu bilik itu selepas menghantar pemergian Puan Ainul. Dia berjalan mendekati isterinya. Selimut yang menutupi tubuh gadis itu dibetulkan sedikit. Kepala isterinya itu diusap lembut sebelum satu kucupan lembut dihadiahkan pada ubun-ubunnya.
Kaki panjangnya melangkah ke arah sofa dimana dia melakukan kerjanya tadi. Fail-fail tersebut dikemas dan laptopnya ditutup. Telefon pintarnya dicapai untuk melihat waktu. Kemudiannya, telefonnya diletakkan semula. Jam tangannya ditanggalkan serta dompetnya dikeluarkan. Dia melangkah masuk ke dalam tandas untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat asar.
Hanya mengambil masa lebih kurang lima minit, dia kembali melangkah keluar dari tandas. Sejadah dikeluarkan dari almari dan kemudiannya dihamparkan mengikut arah kiblat. Kedudukkan badannya dibetulkan dan kemudiannya, dia mula menunaikan solat asar.
Selesai membaca doa, dia bangkit berdiri. Sejadah di lantai diambil semula sebelum dia melipatnya. Perlahan-lahan Mia mencelikkan kelopak matanya. Kepalanya ditolehkan sedikit dan terus kornea matanya melihat suaminya itu.
"Awak..." panggilnya perlahan namun berjaya sampai ke halwa telinga Adam. Adam yang baru sahaja melipat sejadahnya itu terus memalingkan wajahnya apabila mendengar suara si isteri. Senyuman lebar terukir di bibir. Sejadah diletakkan di atas sofa sebelum dia mendekati isterinya.
"Sayang nak air?" tanya Adam sambil tangannya mengusap kepala gadis kesayangannya itu. Mia tersenyum nipis sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan.
"Come. Slowly, slowly." Kata Adam sambil membantu isterinya untuk menegakkan sedikit tubuhnya. Katil pesakit itu ditegakkan sedikit supaya memudahkan gadis itu untuk bersandar. Gelas kaca diambil dan air suam dituangkan. Straw yang disediakan dimasukkan ke dalam gelas.
"Ibu dah balik ke?" tanya Mia selepas kelibat wanita itu langsung tidak kelihatan. Adam meletakkan gelas tadi sebelum mengangguk. Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi di sebelah katil itu.
"Aqeal hantarkan. Aku suruh ibu baliklah. Kesian dia dari pagi dekat sini." Kata Adam. Mia mengangguk mendengar penjelasan daripada suaminya itu. Sambil Adam menyelesakan kedudukan isterinya, tiba-tiba pintu bilik itu diketuk.
"Assalamualaikum..."
"Aireen!" panggil Mia teruja selepas melihat wajah kawan baiknya itu. Agak lama dia tidak berjumpa dengan gadis itu sejak dia berkahwin. Lain pula dengan Hana, setiap hari mereka berjumpa. Adam bangkit dari kerusi tersebut untuk memberi ruang untuk Aireen.
"Susah-susah je datang." Kata Mia. Aireen meletakkan seplastik buah-buahan sebagai buah tangan di atas meja. Aireen tersenyum nipis sebelum dia melabuhkan punggung pada kerusi. Adam pula pergi bersalaman bersama sepupunya.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romansa[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...