27 | A I S Y A M I K A E L

11.8K 611 122
                                    

"I will kill anyone who touch her"

"Assalamualaikum..." Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki berusia memberi salam dari jauh sebelum mendekati meja makan mereka sekeluarga itu. Semua mata memandang ke arah pemilik suara itu.

"Waalaikumusalam, ingatkan tak jadi datang tadi." Jawab Tan Sri Amar apabila melihat wajah Encik Hakim menghampiri. Dia dan Dato' Luqman berdiri untuk bersalaman dengan lelaki itu. Begitu juga para wanita bangun untuk bersalaman dengan Puan Maria dan Emelya.

"Aunty, Emelya, meh lah duduk sini." Sapa Kayla mesra walaupun dia turut menyampah apabila Emelya tiba disitu. Bukan apa, pasti ada sahaja perkara yang dia dan mamanya tidak akan berpuas hati dengan Mia. Apabila Mia menghulurkan tangannya untuk bersalam, Puan Maria hanya menjeling dan sebelum sempat Mia mencium tangannya, dia menarik semula tangannya.

"Sorry lah, Adam. Uncle tak dapat datang tadi. Tiba-tiba kena outstation semalam." Encik Hakim berkata selepas Adam bersalaman dengannya. Mia hanya memberikan senyuman manis kepada Encik Hakim sebelum kembali duduk tempatnya.

"It's okay, uncle." Adam membalas dan kemudiannya kembali melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Kepala Mia diusap perlahan sebelum dia melabuhkan punggung. Mia memberikan senyuman nipis kepada Adam kerana dia melihat Puan Maria yang sedang menjeling ke arahnya.

Kini, Emelya duduk disebelah Kayla yang berhadapan dengan Mia. Disebelah Kayla satu lagi, Aqeal dan Hana. Adam duduk disebelah Mia berhadapan dengan Aqeal. Selepas lebih kurang 30 minit yang diisi dengan perbualan mereka sekeluarga serta gurau senda, akhirnya pesanan makanan mereka itu pun tiba. Beberapa orang pelayan meletakkan juadah mereka di atas meja.

Setelah selesai, pelayan-pelayan itu menundukkan sedikit kepala mereka memandangkan pemilik hotel itu berada di situ. Selepas itu, Tan Sri Amar membacakan doa makan dan mereka semua mula menikmati juadah mereka.

Setelah itu, Adam mengambil sudu dan garfu dan menyuakan suapan pertama makanannya kepada Mia terlebih dahulu. Seperti biasa, Mia yang diutamakan terlebih dahulu. Mia mengeleng tidak mahu kerana ramai orang ketika itu. Namun, Adam tetap berkeras dan Mia mengikutkan arahan suaminya itu.

"Tahu lah baru kahwin, tak payah sweet-sweet depan yang belum kahwin ni ha." Aqeal membidas. Terus semua mata memandang ke arah Mia dan Adam kerana Aqeal menguatkan sedikit suaranya. Terus malu seketul Mia disitu. Wajahnya sudah bertukar merah. Masing-masing tersenyum melihat gelagat pasangan itu kecuali Puan Maria dan Emelya.

"Abang suap lah Kak Hana yang dekat sebelah tu."

Uhuk uhuk

Terus Hana tersedak makanan yang sedang dimakannya itu akibat kata-kata Kayla itu. Semua terus memandang ke arah Hana yang sedang tersedak itu.

"Eh eh, okay tak ni? Bagi air tu." Aqeal terus cemas melihat Hana. Dia mencapai air yang dihulur oleh Adam itu dan memberikannya kepada Hana. Mia dan Aireen kedua-duanya tersenyum melihat Hana. Malu lah tu.

"Makan lah elok-elok." Kata Aqeal. Makin bertambah lah malu Hana. Semuanya mengeleng melihat perangai kedua pasangan adik-beradik itu. Hana meneruskan makan malamnya.

Selepas selesai makan malam, para pelayan mula mengedarkan pencuci mulut pula. Pelbagai jenis pencuci mulut dihidangkan seperti ais krim, puding dan macam-macam lagi. Mia yang sudah melihat ais krim dia hadapannya itu mula terliur. Sudu ditepinya dicapai dan dia hendak mencedok ais krim itu ke dalam mangkuknya.

"Baby, no." Adam menghalang Mia yang cuba untuk mengambil ais krim dihadapannya itu. Sudu ditangan Mia diambil. Terus Mia memasamkan mukanya. Orang nak makan dia tak bagi pula.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Where stories live. Discover now