"I will kill anyone who touch her"
Perlahan-lahan kelopak matanya dicelikan. Kepalanya diangkat perlahan-lahan. Wajah cantik Mia menghiasi permandangannya. Gadis itu masih lagi nyenyak tidur. Matanya jatuh pada tangannya pula.
Tangan besarnya masih disulamkan bersama tangan Mia. Bibirnya mengoyakkan senyuman nipis.
"Assalamualaikum and good morning, my sweet little wife." Bisiknya perlahan. Tidak mahu membuatkan isterinya terjaga. Tangan kirinya naik untuk menyentuh wajah isterinya namun terhenti apabila gadis itu tiba-tiba mengerakkan kepalanya sedikit.
Selepas beberapa saat, barulah tangannya menyentuh kulit lembut di wajah Mia itu. Pipi isterinya diusap lembut dengan belakang tangannya. Wajah tenang Mia itu direnung dengan lama.
"She must be happy if she knew that you are my wife now." Katanya dengan nada perlahan. Jarinya naik mencuit perlahan hidung Mia. Kemudiannya, tangan Mia itu diangkat perlahan-lahan. Tangannya mengusap lembut tangan milik isterinya itu.
"She really wants to see us get married." Tambahnya lagi. Belakang tangan gadis itu dikucup perlahan sebelum bibirnya tersenyum nipis. Kepalanya teringatkan kejadian hitam yang berlaku dihadapan matanya itu...
"Let me go..." Kata si gadis itu dengan perlahan. Dia juga sedang menahan kesakitan dan juga tenaganya semakin berkurang.
"No! I won't!" Adam menjerit sambil tangannya sedang menarik tali yang mengikat tangan gadis itu dengan semua kekuatan yang ada. Timbul semua urat yang berada ditangannya akibat menarik beban sebegitu.
"You will die at this state! Let me go!" Teriak si gadis. Dia tidak mahu lelaki itu terus membahayakan dirinya semata-mata untuk meyelamatkannya. Adam masih tidak mengalah untuk menyelamatkan gadis itu.
"Mikael, le- let me go... You wi- will hurt- yourself-" kata si gadis. Dia juga sudah tidak mampu bertahan. Daripada terus merisikokan nyawa lelaki itu, lebih baik dia pergi. Dia juga sudah penat. Penat dari segi tenaga dan juga mentalnya. Dia sudah penat dengan dunia yang terlalu kejam ini.
"No, I won't!" Lelaki itu masih berkeras. Si gadis mengangkat kepalanya memandang wajah Adam yang berada di atas itu. Bibirnya mengukirkan senyuman manis yang ikhlas.
"You're not going to fucking die in front of me." Kata Adam lagi. Gadis itu mengelengkan kepalanya perlahan. Sekiranya Adam melepaskan pegangannya---
"Awak..." Terus Adam tersedar dari lamunannya apabila sistem pendengarannya menangkap suara milik isterinya. Matanya dikelipkan beberapa kali untuk kembali menyedarkan dirinya. Bibirnya mengoyakkan senyuman kepada Mia.
"Awak fikir apa?" Tanya Mia. Hairan dia melihat suaminya yang seakan-akan termenung sebentar tadi. Tidak pernah dia melihat lelaki itu sebegitu. Adam membantunya untuk duduk bersandar pada katil itu. Adam mengelengkan kepalanya.
"Nothing." Balas Adam dan dia mencapai getah rambut milik Mia dan mengikat rambut panjang isterinya itu kepada sanggul. Sempat dia menghadiahkan satu kucupan pada ubun-ubun gadis itu.
"Can you help me to go to the toilet? Nak mandi!" Balas Mia. Ni semua salah Dr. Farhan. Dia tak bagi Mia jalan. Nanti mula membebel macam nenek. Aip, jahat. Adam menjungkitkan sebelah keningnya. Sengih jahat turut terlakar pada wajah tampannya. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil itu.
"Tolong mandikan pun boleh--"
"Awak! Tak nak kawan!" Belum sempat Adam menghabiskan ayat nakalnya, Mia terlebih dahulu memarahinya sambil memeluk tubuh. Melihat kelalukan isterinya itu, dia teringatkan si gadis itu.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romance[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...