29 | A I S Y A M I K A E L

12.1K 584 62
                                    

"I will kill anyone who touch her"

"Lah, kenapa awak tak kejut je saya. Kan berat angkat saya." Mia tiba-tiba terjaga dari lenanya apabila Adam meletakkannya di atas katil. Adam yang sedang membuka jam tangannya itu memandang ke arah isterinya yang telah terjaga itu sambil tersenyum nipis.

"Tak rasa apa pun lah dukung kau." Balas Adam. Dompetnya dikeluarkan dari poket dan diletakkan di atas meja solek itu. Bukannya isteri dia tu berat pun. Angkat tadi pun tak rasa apa-apa. Sama ada isterinya memang terlalu ringan atau dia yang terlebih kuat.

"Thank you." Mia berkata. Orang susah-susah dukung kau naik bilik kot, cakaplah terima kasih. Yang single tu, kalau tertidur bangun je jalan sendiri. Tak payah berangan lebih-lebih. Adam berjalan mendekati isterinya yang sedang duduk di atas katil itu.

"Go change. Lepas tu tidur." Adam berkata seraya itu dia meletakkan tangannya di atas kepala Mia. Mia mengangguk akur dengan arahan suaminya itu memandangkan dia juga berasa amat mengantuk ketika itu.

Dia membuka tudung yang membaluti kepalanya itu. Kemudiannya, dia masuk ke tandas untuk menukar bajunya kepada baju tidur satin. Mukanya dibasuh dan mengosok giginya.

Selepas itu, dia naik ke katil sambil giliran Adam pula membersihkan dirinya sebelum tidur. Selepas lebih kurang 10 minit, Adam kembali keluar dari tandas itu.

"Let's sleep." Adam berkata. Mia mengangguk setuju. Dia membetulkan bantalnya sedikit dan membaringkan badannya. Sengaja dia baring membelakangi Adam. Adam terdiam memandang ke arah isterinya yang sedang membelakanginya itu.

"Tak baik tau tidur membelakangi suami." Adam menggunakan kuasa vetonya. Mia menrengus kecil apabila Adam berkata begitu. Dia bangun duduk semula dan memalingkan badannya ke arah Adam.

"Salah guna kuasa." Mia berkata. Selepas itu dia menarik lengan kekar Adam dan meletakkan kepalanya di atas lengan lelaki itu. Kemudiannya, dia menyembamkan wajahnya ke atas dada bidang suaminya.

"Siapa yang ambil kesempatan ni?" Usik Adam kembali. Dia marah tapi dia yang peluk suami dia. Mia ketawa kecil sambil wajahnya disembamkan pada dada suaminya itu. Adam mengusap lembut belakang kepala Mia. Ada-ada je perangai dia.

"Good night!" Kata Mia sedikit kasar seolah-olah dia marah suaminya berkata begitu. Tindakannya itu mengundang ketawa kecil Adam. Adam mengeleng perlahan sambil membetulkan kedudukannya.

"Good night, baby. I love you." Ubun-ubun gadis itu dikucup lembut. Lama-kelamaan kedua-duanya terlena.

꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂

"Gooood morninggggg!!!!" baru sahaja Mia hendak membuka matanya, sistem pendengarannya telah dihentam dengan suara milik Raihana Aulia terlebih dahulu. Mia terus melepaskan keluhan berat.

"Ya Allah. Apa kau ni?! Pagi-pagi." Bidas Mia dan kemudiannya dia bangun dari pembaringannya. Dah lah bangun-bangun encik suami tak de dekat sebelah, lepas terus dengar suara yang macam speaker dewan ni. Yang single tu, memang bangun tak de siapa ye dekat sebelah.

"Kau jangan risau, kitorang dah tanya suami kau nak masuk sini." Balas Hana. Bukan main gelabah lagi dia tadi nak minta izin Adam untuk duduk dengan Mia tu. Alih-alih dia minta Aqeal yang cakapkan dengan Adam. Dengan Aqeal berani lah sikit nak cakap, kalau Adam... pakai tak lah.

"Ikut suka hati kau lah, Mrs. Aqeal." Balas Mia selamba. Rambutnya diikat sanggul. Aireen pula membuka langsir dan tingkap balkoni itu supaya dapat memberikan ruang kepada udara luar masuk.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Where stories live. Discover now