"I will kill anyone who touch her"
"Hai. Good morning." Sapa Dr. Ziyad semasa Mia melangkah masuk ke hospital itu. Hari ini dia datang bersendirian kerana Hana mempunyai taklimat mewakili hospital mereka di hospital lain.
"Waalaikumussalam and good morning, Dr. Ziyad." Balas Mia dengan berbaur perlian. Ziyad berjalan di sebelahnya sambil tergelak kecil dengan jawapan Mia itu.
"Aw- awak dah breakfast?" tanya Dr. Ziyad. Memandangkan pelawaannya ditolak semalam, dia mencuba lagi pagi ini. Mia tidak tahu bagaimana hendak membalas. Dia masih belum bersarapan tetapi dia tidak mahu berduaan dengan Ziyad kerana dia merupakan tunang Adam. Dia perlu menjaga hati lelaki itu.
"Oh... urm, say--"
"Dr. Mia! We have GSW patient coming up!" jerit salah seorang jururawat disitu bagi memanggil Mia. Mia dan Ziyad terus memandang ke arah suara itu. Mia tersenyum kelat ke arah Ziyad.
(GSW - Gun Shot Wound)
"Sorry, Dr. Ziyad. I got to go." Kata Mia. Dia amat bersyukur kerana dia tidak perlu membalas pelawaan Ziyad itu dengan alasan ada pesakit kecemasan yang perlu dirawat.
"Yeah, sure..." Ziyad membalas sambil mengangguk lemah. Sekali lagi cubaannya gagal. Dia agak hampa kerana tidak dapat meluangkan sedikit masa Bersama Mia.
꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂
"Awak. Haii." Tegur Ziyad sedang berdiri dihadapan bilik Mia sambil menunggu gadis itu keluar dari pembedahannya. Mia agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu.
"Dr. Ziyad... hi." Balas Mia. Dia kurang selesa dengan sikap Ziyad yang seperti hendak memaksanya itu. Mia memberikan senyuman palsu kepadanya.
"Ziyad je. Okay, how about lunch with me?" tanya Ziyad. Tidak berjaya mengajak gadis itu bersarapan, makan tengah hari pula yang diajak. Niatnya baik, hanya ingin berkenalan dengan lebih mendalam lagi dengan Mia. Mia terkaku tidak tahu ingin menjawab apa. Menerimanya? Oh tidak... malah jauh sekali.
"Dr. Ziyad! Your patient's coding." Panggil salah seorang jururawat itu mengenai pesakitnya. Ziyad mengeluh perlahan. Gagal sekali lagi nampaknya.
"Go ahead." Kata Mia. Ziyad mengangguk dan berlari ke arah bilik pesakitnya. Bertapa Mia mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana dia tidak perlu sekali lagi menolaknya.
"How's your day, my love?" tiba-tiba seorang seorang lelaki dari belakangnya menyapa halwa telinganya. Sedikit terhinjut bahunya akibat terkejut dengan kehadiaran lelaki tersebut.
"Allah. Terkejut saya awak ni." Balas Mia. Kalau bukan tunang dia tadi, dah lama kenapa menampar tadi. Mia membuka pintu biliknya dan mempelawa Adam masuk ke dalam.
"Are you free? Lunch date?" tanya Adam. Sengaja dia datang ke sini untuk berjumpa Mia memandangkan dia berada disekitar kawasan itu. Alang-alang pula waktu makan tengah hari juga hampir. Mia membuat-buat reaksi sedang berfikir.
"Disebabkan tunang saya yang handsome malah penyayang ni susah-susah datang sini... sure." Balas Mia. Dia tidak teragak-agak untuk membalas seperti pelawaan Ziyad tadi. Sekarang makin berani dia menyakat Adam.
"Saya tukar baju dulu. Sayang tunggu sini." Mia berkata dan dia terus berlari keluar dari bilik itu. Terjungkit sebelah kening Adam mendengar ayat Mia itu. Makin kuat dia menyakat Adam.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romantizm[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...