38 | A I S Y A M I K A E L

9.6K 526 29
                                    

"I will kill anyone who touch her"

"Mia." Panggil Hana. Mia yang sedang membuka blazernya itu mengangkat mukanya apabila namanya dipanggil. Melihat wajah Hana, dia hanya memberikan isyarat bertanyakan kenapa.

"A-- aku---"

"Kau kenapa?" Mia memintas ayat Hana yang terketar-ketar itu. Pelik juga dia. Mana pernah kawannya itu terketar-ketar sebegitu. Kot putih disarungkan pada tubuhnya

"Ikut aku jumpa patient." Balas Hana. Mia mengangkat kembali mukanya sambil sebelah keningnya terangkat. Pintu lokernya itu ditutup rapat.

"Patient aku ke? Aku free pagi---"

"Ikut je lah. Round dah nak mula." Hana terus memintas ayat kawannya itu. Melihat Mia yang masih tidak mahu bergerak itu, dia terus bertindak menarik lengan Mia.

"Patient mana ni, Hana---" Mia terus bertanya lagi, namun ayatnya terhenti apabila mereka berhenti dihadapan sebuah bilik pesakit. Mia terus terdiam apabila melihat pesakit yang berada di dalam bilik itu.

"Akak..." Maya memanggilnya perlahan apabila melihat Mia dan Hana berada di situ. Ya, itu merupakan Encik Malik, bapa kandungnya sendiri. Semua mata tertumpu kepadanya. Ibu kepada Maya turut berada di situ.

"Kenapa kau bawa aku datang sini?" Tanya Mia kembali setelah beberapa lama dia berdiam. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Matanya dialihkan ke arah lain.

"Mia, please..." Pujuk Hana apabila Mia seperti hendak beredar dari situ. Lengan gadis itu dipegang. Dari semalam, selepas dia mendapat tahu mengenai hal ini daripada Haura, dia sendiri buntu bagaimana hendak memujuk Mia.

"Okay, is everybody's here?" Tanya Dr. Farhan sambil dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Mia mengalah. Dia masuk ke dalam bilik itu. Kedua tangannya disilang ke dada sambil memandang ke arah lantai. Dr. Farhan memberikan isyarat kepada salah seorang doktor pelatihnya untuk memulakan perbincangan mengenai pesakitnya itu.

"Pesakit bernama Malik bin Ayob. Berumur 52 tahun. Diagnosed with end stage of liver failure." Zap! Semua ahli keluarga Encik Malik terdiam disitu. Termasuklah Aisya Mia sendiri. Perlahan-lahan kepalanya diangkat bagi memandang Hana dan ayahnya.

"Wh-- what?" Tanya Maya sekali lagi seolah-olah dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu. Matanya turut memandang ke arah Mia sekilas.

"You're still conscious are a miracle. Hati Encik Malik, hampir rosak sepenuhnya dan kita perlu ganti yang baharu." Kata Dr. Farhan. Selalunya pesakit seperti Encik Malik, sudah tidak akan sedarkan diri. Namun, berbeza bagi kes lelaki ini. Kolam air mata Maya dan ibunya sudah mula bertakung. Mia hanya berdiam diri disitu.

"Cuma..."

"Cuma apa doktor?" Maya terus memintas ayat Dr. Farhan. Encik Malik menyentuh tangan gadis itu bagi menenangkan anak tirinya itu. Bila-bila masa sahaja air matanya bakal keluar.

"Masalah dia adalah, kita masih tidak mempunyai organ yang baharu. Hati Encik Malik mungkin akan rosak sepenuhnya dalam masa 24 jam." Sambung Dr. Farhan. Tanpa dipinta, air mata Maya terus mengalir. Mia masih lagi diam dan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Sudah bertahun-tahun dia bergelar seorang doktor, sudah berapa banyak kes begini yang dia hadapi. Tetapi tipulah sekiranya dia langsung tidak terkesan dengan berita tersebut.

"Setelah tempoh itu, toksik akan mula berkumpul dalam badan encik. And it can lead to death." Tambah Dr. Farhan lagi. Mereka memerlukan organ yang baharu atau penderma secepat yang mungkin. Maya menyeka air matanya dan terus berdiri.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Where stories live. Discover now