45 | A I S Y A M I K A E L

11.4K 572 55
                                    

"I will kill anyone who touch her"

"Dah lama abang tak balik sini. Abang tak rindu Nia-"

"Papa!" Jeritan seorang kanak-kanak lelaki itu menghentikan ayat Nia itu. Kanak-kanak lelaki tadi sedang berlari ke arah Adam sambil tersenyum riang. Adam terus bertindak mendukung tubuh kecil itu.

"Hanif... Besar dah anak papa ni." Kata Adam sebelum dia mencium sekilas pipi budak lelaki yang dipanggil Hanif itu. Mia masih lagi terpinga-pinga dengan kejadian dihadapan matanya ini.

"Papa!" Lebih kurang 10 orang lagi kanak-kanak berlari ke arah mereka. Semuanya memeluk tubuh Adam beramai-ramai. Adam tersenyum lebar melihat telatah 'anak-anaknya' itu.

"Adam. Kenapa datang tak bagitahu?" Seorang wanita berusia menghampiri mereka. Adam menarik segaris senyuman nipis sebelum dia menyalam tangan wanita itu. Begitu juga Mia.

"Dah lama papa tak datang sini. Hanif rindu papa." Kanak-kanak lelaki yang didukung oleh Adam itu petah berkata. Kanak-kanak yang lain turut mengangguk laju tanda setuju.

Kini, baru lah Mia faham bahawa kanak-kanak ini semua merupakan anak yatim apabila matanya terpandang satu papan tanda yang bertulis, 'Rumah Anak-anak Yatim Ar-Raudhah'.

"Ye ke? Papa busy. Hari ini baru papa boleh datang." Adam membalas kepada anak-anaknya itu. Setelah itu, semua mata memandang ke arah Mia. Terkebil-kebil Mia apabila semua mata dipandang ke arahnya. Suaminya dipandang sekilas.

"Papa. Siapa aunty cantik ni?" Hanif bertanya sambil menunjukkan ke arah Mia yang berdiri disebelah Adam itu. Senyuman lebar terlakar pada wajah Adam. Isterinya itu dipandang sekilas.

"Ini isteri papa. Nama dia, Aisya Mia." Adam membalas. Jatuh rahang gadis bernama Nia itu. Bagai ditarik keluar jantungnya saat itu. Mia memberikan senyuman manis kepada Nia yang sedang merenungnya seperti hendak ditelan itu.

"Cantiknya!" Budak lelaki di dalam dukung Adam itu memujinya. Adam mengangkat kedua keningnya. Muka bangga.

"Cantik isteri Adam. Manis je muka." Umi pula memujinya. Memang tidak dinafikan, memang Mia seorang yang amat cantik.

Nia disebelah uminya itu mengemam bibir. Sedang menahan dirinya dari menitiskan air mata disitu. Sakit hati. Punah cita-citanya ingin menjadi isteri lelaki itu.

Sejak kecil lagi dia menyimpan perasaan terhadap Adam. Dan Adam juga tahu tentang perasaan gadis itu. Namun, sengaja dia membutakan mata kerana dihatinya hanya seorang yang bertakhta. Lagipun, Adam tidak pernah menganggap Nia lebih dari seorang adik.

"Nia. Tunggu apa? Masuk pergi hidang makan untuk Adam dengan Mia ni." Sergahan daripada umi itu mematikan lamunan Nia. Terpinga-pinga dia memandang Adam yang langsung tidak memandangnya. Lambat-lambat dia menganggukkan kepala sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Mama." Suara kecil itu menarik perhatian senua. Hujung baju Mia itu ditarik perlahan olehnya. Mia menunduk memandang budak perempuan itu. Umi, walid dan Adam masing-masing menguntumkan senyuman.

Kepalanya teralih memandang Adam. Adam tersenyum nipis. Kepalanya diangguk perlahan memberi isyarat. Lega hatinya melihat 'anak-anaknya' itu mudah menerima kehadiran isterinya sebagai ibu mereka.

Mama... Panggilan untuk seorang ibu. Pertama kali seseorang memanggilnya begitu.

Melihat isyarat dari suaminya itu, kepalanya memaling ke arah kanak-kanak perempuan itu kembali. Wajahnya dimaniskan. Tubuhnya direndahkan untuk menyamai paras kanak-kanak tadi.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Where stories live. Discover now