20 | A I S Y A M I K A E L

11.8K 604 33
                                    

"I will kill anyone who touch her"

"Mia." Tiba-tiba seorang lelaki menghentikan langkahnya. Mia yang sedang menunduk tadi mengangkat mukanya. Riak menyampah sudah ditayangkan. Nafas dalam ditarik.

"Haris. Ada apa ye?" mukanya mempamerkan senyuman manis yang palsu. Bukan nak sombong, tetapi dah kalau suka sangat menganggunya, bagaimana lagi hendak melayan orang seperti itu.

"Saje nak jumpa awak. Nak ajak dinner sekali." Kata Haris. Dengan bersungguh sekali dia ingin membawa gadis itu keluar makan malam dengannya. Bukannya dia tidak tahu bahawa Mia merupakan tunang orang.

"I'm sorry but my answer is no. Cari lah orang lain." Kalau ditakdirkan dia bukan tunang orang mahupun single ketika ini, simpang malaikat 44 dia nak menerima pelawaan lelaki itu.

"Mia, Mia, wait." Haris menahannya daripada melangkah pergi. Lengan gadis itu dipegang. Mia menjeling lengannya yang dipegang oleh Hari situ. Suka-suka hati dia sahaja nak pegang-pegang orang!

"Let me go." Kata Mia senada. Kalau ikutkan hati nak sahaja dia menjerit disitu. Dah tak nak tu, tak nak lah! Suka sangat paksa-paksa dah kenapa?! Haris masih lagi tidak melepaskan tangannya dan mnyebabkan dia terpaksa merentap lengannya sendiri.

"Haris dengar sini. Saya dah bertunang. And I love him. So, please. Stop this." Mia berkata. Nadanya dicuba sedaya upaya untuk tidak dinaikkan. Haris meraupkan rambutnya kebelakang. Sungguh dirinya rasa tercabar ketika ini.

"Mia, saya ikhlas cinta kan awak." Kata Haris. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu membuktikan cintanya kepada gadis itu. Sungguh Mia terkejut mendengar kata-kata Haris itu. Kalau dulu tak apa, ini dia sudah tahu bahawa Mia sudah bertunang dan bakal berkahwin beberapa hari lagi.

"Ya Allah. Apa benda yang awak tak faham ni? Enough, Haris." Mia mambalas dan terus meninggalkan lelaki itu disitu. Nak cakap banyak-banyak pun kalau tak faham juga apa faedah? Buat buang air liur sahaja.

"Mia dengar dulu--" Haris mengejar langkah Mia. Mia meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan Haris dibelakangnya. Tiba-tiba seorang lelaki lagi berdiri dihadapannya.

"Mia." Panggil Encik Malik. Langkah Haris turut terhenti. Tadi tentang Haris, sekarang ayahnya pula. Satu-satu benda nak menganggunya hari ini.

"Now, what?" Mia berkata sendiri. Kepalanya dan matanya dipandangkan ke arah lain. Nafas dalam ditarik sebelum menyambung langkahnya seperti tiada apa-apa dihadapannya.

Ya, dia tahu itu tindakannya itu kelihatan berlagak dan sombong kerana lelaki itu merupakan ayah kandungnya sendiri. Tetapi siapa sahaja yang mampu menerima lelaki itu selepas semua perkara yang dia lakukan. Dia amat trauma dengan lelaki digelar ayah itu.

"Mia, ayah nak minta maaf." Kata Encik Malik selepas memegang lengannya. Mia terus tersentak apabila lengannya disentuh oleh lelaki itu. Tangannya mula mengeletar.

"Le-- lepas. Lepas, ayah." Katanya. Suaranya juga sudah mula terketar. Kepalanya ditundukkan dan matanya memandang ke bawah. Encik Malik sedikit tidak berpuas hati. Anak gadisnya itu langsung tidak mahu mendengar pengakuan maafnya.

"Ayah nak cakap dengan Mia kejap je." Kata Encik Malik lagi. Lengan gadis itu turut dicengkam sedikit kuat. Mia memejamkan matanya rapat. Peristiwa 10 tahun lepas mula bermain difikirnya apabila ayahnya itu mencengkam lengannya.

Aku nak ajar budak tak guna ni!

"Le-- lepas ayah..." Rayunya lagi. Air matanya mula mengalir. Makin banyak gambaran kejadian itu bermain di kepalanya tanpa henti. Encik Malik masih tidak berpuas hati.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Where stories live. Discover now