41 | A I S Y A M I K A E L

10.9K 551 72
                                    

"I will kill anyone who touch her"

"Thanks. I appreciate your help." Kata Mia sebelum talian tersebut dimatikan. Itu merupakan panggilan daripada wanita yang membantunya untuk mencari hati yang baharu itu. Mia meletakkan kepalanya diatas meja sambil berbantalkan lengannya.

Wanita tadi memberitahunya bahawa mereka tidak dapat untuk membantunya. Kini, mereka hanya perlu menunggu giliran daripada senarai permindahan organ tersebut. Mia juga sudah buntu tidak tahu apa lagi yang patut dibuat.

"Dr. Mia, your father..." panggil Haura. Terus kepalanya diangkat memandang Haura. Bilik ayahnya yang berada dibelakang Haura itu dipandang buat seketika sebelum dia bangkit berjalan. Dia berlari anak ke bilik itu. ayahnya yang sedang terlantar di atas katil dengan wajahnya yang semakin pucat itu dipandang. Wajah Maya disebelah lelaki itu juga dikerling sekilas sambil dia berjalan mendekati Dr. Farhan.

"Mia... we need him in surgery immediately. We can't wait any longer." Kata Dr. Farhan. Tangannya mencapai fail Encik Malik lalu dihulurkan kepada gadis itu. Mia menyambut huluran tersebut dan fail tersebut dibuka.

"If we wait any longer..."

"... I can't guarantee anything in the next few hours." Tambah Dr. Farhan lagi. Mata Mia membaca setiap butiran terkini yang terkandung di dalam fail itu. Segela jenis ubat telah diberikan kepada lelaki itu namun keadaannya semakin kritikal. Mia menutup fail tersebut. Wajah Dr. Farhan dipandang.

"You didn't hear anything yet from them?" tanya Mia kepada Dr. Farhan. Lelaki itu hanya membalas dengan gelengan kepala. Sehingga kini, pihak transplan masih lagi tidak menghubungi mereka. Melihat jawapan daripada Dr. Farhan itu menandakan mereka sudah seperti tiada jalan lagi. Dia memandang wajah ayahnya, wajah Maya, Puan Salina juga wajah ibunya.

Dia mendiamkan diri lagi. Kepalanya memikirkan apa lagi jalan penyelesaian yang dapat digunakan. Maya memandang wajah kakak tirinya itu. Lama. Beberapa saat kemudian, dia berjalan mendekati gadis itu. Lengan Mia dipegang menyebabkan gadis itu tersentak.

"Doktor, tolong lah selamatkan ayah saya..." kata Maya bersama air matanya yang tidak henti mengalir melihat keadaan ayahnya yang semakin kritikal itu. Mia memandang ke bawah menekur lantai. Maya mengocangkan sedikit lengannya itu.

"Akak... please..." kata Maya lagi. Kini, dia menukar panggilannya daripada 'doktor' kepada 'akak'. Tangisannya semakin menjadi-jadi apabila Mia masih mendiamkan diri dan tanpa sebarang jawapan.

"Ma-- Maya..." Encik Malik memanggil nama anak tirinya itu. Dia tidak mahu gadis itu memaksa anak yang dia pernah sakiti untuk menyelamatkannya. Maya memandang Encik Malik yang sedang terlantar itu dengan mata yang berkaca-kaca. Kemudiannya, dia memandang Mia yang masih memandang lantai itu.

"Akak... Maya tahu, he's not your father. He's not there for you..."

"But he's my father... and I need him... please..." kata Maya lagi bersama tangisannya. Dia kini sudah seakan-akan merayu pada gadis itu untuk menyelamatkan ayah tirinya itu. Dia mengangkat mukanya memandang Mia. Tanpa berfikir panjang, dia menjatuhkan tubuhnya dihadapan gadis itu. Kini, dia melutut pula pada Mia. Terkejut Mia dengan tindakan drastik Maya itu.

"Maya minta sangat dekat akak... tolong selamatkan ayah..." rayu Maya. Puan Salina mendekati anak gadisnya itu. Dia juga merendahkan tubuhnya sedikit bagi menyamai paras Maya. Dia menarik perlahan tubuh anaknya itu supaya jangan terus merayu pada Mia. Dia juga kasihan pada gadis itu. Dia hampir mati disebabkan suaminya dan kini, dia pula yang perlu menyelamatkan lelaki itu.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Where stories live. Discover now